Pertanyaan Zulin Aziz buat ramai pula yang tak puas hati. Sekali warganet syak pertanyaannya itu untuk seseorang ini.

Hiburan Viral

Pelakon Zulin Aziz dikritik warganet selepas bertindak mempersoalkan nilai saman RM200,000 yang dituntut penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap lima individu baru-baru ini. Menerusi komen yang ditingggalkan pada hantaran dimuat naik Nana dalam Instagram, kenyataan Zulin menimbulkan pelbagai reaksi warganet selain menyifatkan dia cemburu dengan tindakan s4man tersebut.

“Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubati hati yang terluka,” tulis Zulin pada ruangan komen. Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan Zulin mengeluarkan komen sedemikian yang disifatkan tidak matang dan hanya sekadar mahu meraih publisiti. “Dengki ke tu? Nak kak Nana saman awak juga ke?” soal warganet membalas komen yang ditulis Zulin.

Pada masa sama, terdapat segelintir warganet cuba menerangkan kepada Zulin tentang nilai saman yang dituntut Nana. “Pengajaran untuk mereka ini. Dah berusia kan semua, tak kan nak jadi mak cik pak cik bawang mengata kawan sendiri. Berjuta saman pun tetap tidak dapat ubat hati, tapi bagi pengajaran itu pasti,” tulis warganet.

Terdahulu, nama penyanyi dan pelakon drama Dia Semanis Honey itu dipetik dan didkwa menjadi penyebab karier penyanyi Syura dan Lan Solo terjejas. Pendedahan yang dikongsi isteri Lan, Sheila Razlan mencetuskan tanda tanya ramai. Sheila bahkan memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu dalam Instagram.

Sheila menerusi InstaLive berkata, tindakan itu dibuat kerana terkejut apabila Nana mendkwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama. Syura turut meluahkan rasa terkilan apabila sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepadanya dan perkara tersebut dipercayai berpunca daripada ‘mulut’ sahabat baiknya iaitu Nana. Nana terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap lima individu tersebut selepas tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat seperti yang dituntut. – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.