Banyak risiko cahaya biru dari gajet untuk mata kanak kanak. Ini antara perkara wajib yang ibu bapa perlu ambil tahu.

Mata adalah organ anugerah Pencipta yang sangat berharga. Justeru, kesihatan mata perlu diambil serius dan itu semua bagi memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan. Tidak kiralah berapa usia kita, penjagaan rapi perlu dititik beratkan. Apatah lagi warga emas, bayi dan kanak-kanak. Golongan inilah yang sangat sensitif. Bercerita tentang mata, seorang pegawai perubatan, Dr Redza Zainol melalui bebenang Twitternya melontarkan pesanan berharga kepada ibu bapa di luar sana.

Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak.

Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari. Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak. Ini kerana merujuk kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada cahaya biru (blue light) yang terhasil daripada skrin gajet jika digunakan lebih dari sejam sehari,” tulisnya. Untuk pengetahuan semua, sinaran ultraviolet daripada matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin. Namun, cahaya biru tadi pula boleh menembus sehingga ke bahagian saraf mata. Memang menakutkan!

Pegawai perubatan dalam bidang pediatrik itu kemudian berkongsi catatan American Academy of Pediatrics tentang limitasi penggunaan skrin gajet:

Penggunaan skrin gajet untuk bayi di bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan kecuali sesi pendek semasa membuat panggilan video bersama keluarga. Justeru itu, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 5 tahun pula, disarankan cuma sejam sahaja. “Namun, tak semua mak ayah ikut pun nasihat ini. Ingat, apabila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, sakit kepala, mata jadi kering dan boleh jadi rabun jauh,” beritahu Dr Redza. Menerusi bebenang itu, pegawai perubatan itu turut mengemukakan amalan senaman mata bagi mengelak masalah penglihatan. Antaranya adalah:

i) Peraturan 20-20-20.

Caranya, untuk setiap 20 minit berhenti dan berehat melihat skrin tersebut. Kemudian minta anak kecil memandang tempat lain sejauh 6.1 meter (m) selama 20 saat. Mudahkan? Walaupun mudah, ia dapat memberi manfaat besar untuk mata yang sihat kerana peraturan itu dapat membantu merehatkan mata dan mengelak daripada mata terlalu penat.

ii) Fokus jauh dan dekat.

Caranya, letakkan ibu jari pada jarak 20 sentimeter (sm) dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat. Selepas itu, pandang tempat yang 6.09m jauhnya selama 20 saat. Ulangi langkah tersebut beberapa kali. Sehubungan itu, jika anda, ahli keluarga lain lebih-lebih lagi si cilik yang mempunyai simptom masalah mata, segeralah dapatkan nasihat pakar agar ia tidak melarat. Awasi juga perilaku anak-anak kita. Jangan biarkan mereka berterusan melekat dengan telefon pintar mahupun komputer. Tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan satu situasi yang agak sukar sebenarnya untuk mama dan papa mengawal anak-anak yang barangkali kebosanan. Namun, demi kebaikan, anda kena bertegas ya! Kredit: SinarPlus,

Rakyat Korea Selatan Diberi Insentif Hingga RM300 Ribu Untuk Tambah Zuriat. Difahamkan Tiada Faedah Pinjaman Dikenakan Kepada Yang Melahirkan Seorang Anak

Kalau korang suka tengok K-drama, mesti perasan kan banyak watak keluarga dalam cerita Korea hanya ada seorang anak sahaja kan. Rupa-rupanya, di dunia nyata pun, rata-rata rakyat Korea Selatan sememangnya hanya mempunyai maksimum dua orang cahaya mata. Kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Seoul membuatkan mereka menolak jumlah anak yang ramai.

Disebabkan itu, populasi rakyat Korea Selatan juga semakin menurun sejak kebelakangan ini. Jadi, dalam usaha untuk meningkatkan lagi populasi penduduk, kerajaan negara itu telah mengeluarkan insentif terbaharu di mana bantuan kewangan akan diberikan kepada pasangan yang berkahwin, lapor UPI.Com.

Kerajaan Korea Selatan akan memberikan insentif sehingga RM369,279 iaitu 100 juta Won kepada pasangan suami isteri yang tinggal di bandar Changwon, Gyeongsang Selatan.Difahamkan, mana-mana pasangan yang tinggal di bandar tersebut berpeluang untuk menerima insentif kewangan tersebut dan tiada faedah pinjaman akan dikenakan kepada mereka jika mereka melahirkan seorang anak.

Manakala, pinjaman tersebut tidak perlu dibayar semula jika mereka berjaya mempunyai tiga orang anak sebab wang tersebut akan dianggap sebagai hadiah kepada keluarga berkenaan. Jadinya, kalau taknak bayar pinjaman, dorang kena ada tiga orang anak lah kan. Namun, jika mereka mempunyai dua orang zuriat, hanya 30 peratus daripada pinjaman tersebut sahaja yang tidak perlu dibayar.

Menurut Kim Jong Pil yang merupakan wakil Jabatan Perancangan bandar Changwon, polisi tersebut dibuat untuk menggalakkan pasangan untuk berkahwin dan memperolehi zuriat.Tahun lalu, Korea Selatan telah merekodkan lebih banyak kadar pemergian berbanding kadar kelahiran, lapor Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan negara itu.

Mahu Ziarah Bayi Baru Lahir. Jangan Lakukan 5 Perkara Ini.

Setiap kali kita dengar berita ahli keluarga atau kawan kita selamat bersalin, mesti kita excited kan. Selain nak ucap tahniah kepada ibu bapa baru, kita juga taknak lepaskan peluang untuk jumpa baby kan. Sebelum korang nak pergi ziarah bayi yang baru lahir, ada beberapa perkara yang korang kena ambil peduli. Ada 5 perkara yang korang patut elak untuk keselamatan bayi dan kesejahteraan ibu yang baru melahirkan anak. Korang boleh baca thread @drluqman untuk tahu apa perkara yang wajib elak di bawah.

Jangan pegang atau cium

Kadang-kadang tu kita geram tengok bayi baru lahir, tapi kena ingat, jangan pegang, dukung, atau cium. Kalau boleh elak untuk cium sebab kita tak tahu kuman apa yang ada pada kita. Lagi-lagi musim pandemik ni kan. Kena berjaga-jaga tau.

Jangan kejutkan bayi tidur

Tuhan je tahu macam mana susahnya nak tidurkan bayi yang baru lahir. Jangan kita gata-gatal nak kejutkan dia pulak. Kesian parents yang baru je tidurkan baby tu. Bayi baru lahir ni belum develop lagi deria pengelihatan. Kalau main cak-cak dengan dia pun, yang dia nampak banyang-bayang je.

Jangan kongsi petua sesuka hati

Tidak dinafikan, ketika seorang ibu sedang berpantang, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan macam orang normal. Kalau ibu berpantang tu tak minta atau tanya apa-apa, jangan sibuk-sibuk bagi petua. Kalau boleh tu, bagi sokongan moral je. Pulihkan balik semangat dia dan bagi kata-kata motivasi.

Jangan ziarah lama-lama dan buat bising

Kadang-kadang tu excited kan, memang kalau boleh nak duduk lama-lama kat rumah tu. Kena beringat juga, ibu yang baru melahirkan anak ini perlukan rehat. Bagi ruang untuk privasi.

Bagi ruang untuk ibu berehat. Jangan sembang kuat-kuat, nanti ibu tak selesa, baby pulak boleh terjaga. Jangan buat sampai meroyan sebab stress bertambah pulak. Ziarah kejap je cukup.

Jangan merokok

Mungkin perkara ni dilakukan oleh perokok sebelum nak pergi menziarah. Kalau dah tahu nak pergi ziarah petang tu, kalau boleh jangan merokok dari pagi. Jangan sebab kelalaian kita membuatkan bayi tu jadi tak sihat. Kalau merokok tu, tolonglah jangan datang ziarah. Harap semua ambil peduli perkara yang wajib elak ketika ziarah ibu dan anak yang baru lahir. Kalau boleh video call je, senang dan selamat.

Orang Dewasa Boleh Menggunakan Syampu Bayi Untuk Membersih 5 Benda Ini Dan Bukan Sekadar Cuci Rambut.

Syampu bayi mempunyai pelbagai kegunaan selain mencuci rambut. Tahukah anda syampu bayi tidak hanya boleh digunakan untuk mencuci rambut? Sebaliknya ia mempunyai pelbagai kegunaan lain termasuk membersihkan barang dan kotoran pada pakaian. Apa sahaja kegunaan lain syampu bayi? Berikut adalah enam kegunaan untuk pelbagai perkara di rumah.

1. Membersihkan berus solekan

Membersihkan berus solekan yang kotor boleh menjadi perkara yang menyusahkan. Tetapi dengan menggunakan syampu bayi ia memudahkan malah mampu membersihkannya dengan lebih baik. Caranya cukup mudah, celup berus yang kotor ke dalam air panas dan titiskan syampu bayi secukupnya. Kocakkan berus dalam air itu untuk mengeluarkan kotoran yang terperangkap di antara bulu berus dan bilas dengan air panas.

2. Menghilangkan kotoran cat

Syampu bayi dapat menghilangkan kesan cat berasaskan air daripada pelbagai permukaan seperti kulit dan pakaian.

3. Menghilangkan kotoran akibat peluh

Tidak hanya itu, syampu bayi juga boleh menghilangkan kesan peluh pada pakaian. Caranya, rendam pakaian dalam air bancuhan syampu bayi selama sejam sebelum menyentalnya dengan berus. Bilas menggunakan air bersih atau masuk ke dalam mesin pencuci.

4. Membersihkan bahan berasaskan kulit

Mencuci sofa atau kasut kulit bukan perkara mudah tetapi menggunakan syampu bayi boleh mengembalikan kilauannya. Caranya juga mudah, titiskan syampu bayi di atas kain kering dan sapu di atas permukaan kulit yang ingin dibersihkan. Ia bukan sahaja membersihkan kotoran tetapi membantu menjaga barang-barang kulit kesayangan anda terlihat lebih baik dan berkilat.

5. Alternatif serbuk pencuci

Jika serbuk pencuci sudah habis, syampu bayi boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Sebaik-baiknya rendam terlebih dahulu pakaian yang ingin dicuci sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Exit mobile version