Bahaya jika si bulus susah untuk kencing, Ketahui tanda tanda ini dan bertindak dengan cepat

Tahukah anda ada beberapa tanda kucing mengalami kesukaran membuang air kecil. Memelihara kucing memiliki banyak tanggungjawab, bukan sekadar memberinya makan dan tempat tinggal selesa tetapi juga memastikan si comel sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang sakit berbahaya. Salah satu masalah yang boleh berlaku kepada kucing adalah sukar kencing. Biasanya ia disebabkan masalah saluran tersumbat atau jangkitan kuman pada pundi kencing. Jangkitan kuman ini berlaku ketika ada sesuatu menghalang saluran air kencing melalui uretra seperti ketidakseimbangan mineral yang membentuk batu atau pasir. Keadaan ini adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh menyebabkan k3mti4n sekiranya ia tidak dirawat dengan segera.

Masalah kesukaran kencing pada kucing boleh meragut nyawanya. Jadi bagaimana hendak mengetahui si bulus sukar membuang air kecil. Kucing umumnya akan membuang air kecil dua hingga empat kali sehari bergantung kepada jumlah pengambilan air, kesihatan dan cuaca. Misalnya, ketika cuaca panas, kucing akan lebih kerap minum air yang membuatkannya akan kerap kencing. Bagaimanapun ketika mengalami masalah ini, kucing akan dilihat sukar membuang air kecil sehingga pada satu tahap langsung tidak boleh berbuat demikian. Ketika sampai ke tahap itu, kucing akan menunjukkan pelbagai gejala atau tanda yang perlu diketahui sekali gus dapat membantu menyelamatkan nyawanya.

Bawa kucing kesayangan anda berjumpa doktor dengan segera bagi merawat masalah itu sebelum terlambat. Antara tanda-tanda kucing sukar buang air kecil termasuklah. Ia tidak henti-henti mengorek pasir dalam kotak atau di laman rumah. Kucing akan berkelakuan aneh seperti ulang-alik masuk ke bilik air atau kotak pasirnya. Terdapat darah dalam air kencing. Kucing akan kencing di tempat bukan kebiasaannya. Nafsu makannya menurun dan sering muntah (tanda komplikasi pada buah pinggang).The Spruce pula melaporkan, tanda-tanda lain yang perlu diberikan perhatian adalah si bulus kelihatan lesu dan gelisah sepanjang masa. Tanda seterusnya adalah kucing akan bersembunyi atau menghindari daripada pemilik atau haiwan peliharaan yang lain kerana ia sedang menahan kesakitan. Sumber, mstar.

Teringin Mahu Bela Si Bulus. Ketahui 5 Perkara Perlu Pertimbangkan Sebelum Bela Si Bulus. Kucing berlainan jantina mempunyai sikap dan personaliti berbeza. Memelihara kucing yang sesuai dengan gaya hidup seseorang memerlukan beberapa pertimbangan termasuklah jenis jantina si bulus. Bagaimanapun ramai tidak mengambil berat tentang perkara ini padahal kucing jantan dan betina memiliki sifat dan personaliti berbeza yang dapat mempengaruhi pemiliknya. Jadi apa yang membezakan sifat kucing betina dan jantan.

Satu perbezaan yang jelas di antara kucing jantan dan betina adalah berat badan mereka di mana kucing jantan lebih besar dan berat. Saiz kucing juga boleh disebabkan oleh faktor kacukan dan jenisnya. Kucing betina diketahui dapat hidup lebih lama berbanding kucing jantan namun itu bukan perkara utama kerana umur kucing biasanya dipengaruhi pelbagai faktor termasuk penyakit, pemakanan dan kesihatannya. Kebiasaannya kucing jantan lebih bersikap terbuka dan ramah berbanding kucing betina meskipun tanggapan ini tidak sepenuhnya benar. Jika seseorang lebih gemarkan kucing yang tidak terlalu aktif, si bulus betina lebih sesuai. Pakar haiwan berpendapat, kucing jantan lebih ramah kerana ia tidak memiliki naluri keibuan dan membuatkan ia lebih mudah bergaul dengan kucing lain mahupun manusia. Bagaimanapun, ada juga kes di mana kucing betina lebih aktif dan ia boleh disebabkan pelbagai faktor seperti usia.

Jika sudah ada kucing di rumah dan ingin membela yang lain – kucing betina mungkin lebih sesuai kerana perilakunya yang mudah menyesuaikan diri lebih cepat. Ini kerana kucing betina lebih cenderung bekerjasama dalam kelompok kucing manakala kucing jantan lebih bersikap teritorial terhadap kucing lain terutamanya kucing jantan. Kucing betina juga lebih selesa tinggal dalam ruang lebih kecil manakala kucing jantan lebih gemar berkeliaran dan tidak suka duduk terperap di sesuatu kawasan dalam tempoh lama. Baik kucing jantan atau betina, mencakar adalah salah satu aktiviti kegemaran mereka namun kucing jantan lebih kerap melakukan perkara itu sebagai cara menanda wilayah mereka. Perilaku itu akan bertambah kerap jika terdapat kucing jantan lain yang cuba masuk ke dalam wilayahnya. Sumber: mstar

Si Bulus Ni Macam Manusia Jugak Tau Siapa Sangka Dia Pun Boleh Cemburu. Ketahuilah Ini Beberapa Punca Dan Cara Atasi Kalau Kucing Korang Cemburu. Seperti manusia, kucing juga mempunyai jenis personaliti yang berbeza. Salah satu daripadanya adalah sifat cemburu, atau seolah-olah sedang cemburu. Antara contoh tingkah laku yang menunjukkan kucing anda cemburu adalah kecenderungan untuk menjadi agresif, kuat berdaya saing, atau berhierarki dalam mendapatkan apa yang diingini seperti makanan atau perhatian. Kucing yang cemburu lebih cenderung untuk menarik perhatian dan ‘clingy’ berbanding dengan kucing yang lain. Meskipun telatah kucing yang cemburu ini kadang kala memenatkan, ada beberapa langkah yang anda boleh buat untuk menghentikan rasa cemburu kucing ini. Kuncinya adalah dengan mengenal pasti mengapa kucing anda berasa cemburu.

Seperti manusia, kucing juga boleh berasa cemburu apabila mereka disisihkan atau persekitaran menjadi lain. Ada beberapa punca kecenderungan si bulus menjadi cemburu, antaranya adalah Kurang perhatian daripada tuan sendiri. Boleh jadi si tuan lebih memberi perhatian kepada haiwan lain atau kedatanganbayi baru. Cara penjagaan semasa kucing kecil boleh membuatkan mereka menjadi terlalu bergantung kepada anda, sehingga menunjukkan tanda-tanda cemburu jika kurang perhatian.Tiada ruang sendiri seperti tempat tidur boleh membuat kucing berasa terancam oleh haiwan peliharaan lain. Tingkah-laku si bulus yang cemburu kebiasaannya termasuk mendesis (hissing), menggeram (growling) dan juga memukul objek yang dicemburui seperti telefon bimbit dan mainan. Kucing yang cemburu juga akan menceroboh ruang peribadi anda. Sebagai contoh, kucing akan menyelit atau baring di hadapan anda semasa anda sedang bermain permainan video atau menggunakan telefon bimbit. Kucing akan berusaha untuk membuat anda memberi perhatian kepada mereka.

Si bulus yang cemburu juga boleh bertindak mencari perhatian dengan menjadi lebih agresif seperti mencakar dan menggigit. Jadi, jika wayar pengecas telefon bimbit anda sering putus digigit kucing, mungkin dia memerlukan perhatian? Sesetengah kucing pula akan sengaja membuat air kecil ke dinding atau mana-mana kawasan rumah dengan sengaja meskipun mereka sudah dilatih untuk membuang ke pasir yang disediakan. Kenal pasti punca kucing anda cemburu. Boleh jadi ia disebabkan oleh kemunculan haiwan peliharaan baru ataupun kelahiran bayi. Luang masa bersama kucing adalah cara yang paling mudah untuk atasi masalah ini. Beri kucing ruang privasi yang secukupnya. Ingatkan pasangan je boleh cemburu, kucing pun sama. Kredit, The Spruce Pets.

Exit mobile version