Bali memang cantik tapi silap sikit boleh jatuh miskin. Ini 4 kesilapan besar jika bercuti ke bali yang boleh buatkan anda jatuh miskin.

Sedar atau tidak, Bali sememangnya menjadi lokasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Kalau ke Bali, duit boleh keluar mengalir macam tu jer, kadang-kadang boleh jadi membazir. Tiket penerbangan ke Bali pun susah nak turun harga, selalunya memang mahal. Kami pernah dengar, ramai yang berhabisan ribuan ringgit di Bali tak sampai seminggu, sedangkan anda boleh lebih banyak berjimat. Sekiranya anda merasakan ini semasa bercuti ke Bali, anda mungkin membuat beberapa kesilapan di bawah.

Bercuti Masa high season

Percutian ke Bali pada musim High Season memang tidak disyorkan. High Season yang dimaksudkan ialah apabila cuti sekolah, cuti percutian, atau tahun baru. Tiket penerbangan ke sana untuk seorang boleh mencapai lebih RM1,000 untuk perjalanan pergi balik pada musim ini, itupun dengan penerbangan tambang murah. Belum lagi, harga penginapan ya! Sebelum tahun baru 2020, hampir semua penginapan di Seminyak dan kawasan Legian penuh. Di samping itu, teksi motosikal dan teksi dalam talian turut mematikan aplikasi itu dan memilih untuk mencari penumpang secara langsung di jalan raya.

Harga yang mereka tawarkan kepada pengunjung juga sangat tinggi. Bayangkan, kadar ‘ojek’ atau teksi motosikal dari Legian ke Kuta pada 31 Disember 2019 boleh mencapai RM30. Alasan mereka mengenakan tarif yang tinggi adalah kerana banyak jalan utama telah ditutup.

Tak Memilih Sewa Kereta & Pemandu

Terlalu bergantung kepada pengangkutan awam atau dalam talian di Bali tidak bijak. Lebih baik jika anda menyewa kereta bersama dengan pemandunya  jika anda datang ke Bali beramai-ramai. Jika datang berdua atau berseorangan, lebih baik sewa motosikal saje. Sebab kesesakan lalu lintas di Bali pun agak teruk. Kenapa tidak digalakkan menggunakan pengangkutan awam atau dalam talian.

Sesetengah kawasan di Bali tidak membenarkan teksi dalam talian atau teksi motosikal beroperasi, ini disebabkan oleh peraturan penduduk tempatan. Sementara itu, jika menggunakan teksi tempatan, kos boleh jadisangat mahal. Jika anda memilih sewa kereta bersama pemandunya, biasanya anda akan dikenakan bayaran dalam lingkungan RM150 selama 10 jam.

Memilih Tempat Penginapan

Menggunakan aplikasi seperti Airbnb nampaknya lebih bijak apabila anda mencari penginapan di Bali. Nak tahu sebab apa? Oleh kerana harga homestay pastinya lebih murah daripada hotel. Cuma bezanya kalau anda menginap di hotel, lokasinya akan strategik dan mereka juga menyediakan sarapan pagi. Tetapi jika anda melancong solo atau hanya bersendirian, homestay kelihatan lebih sesuai. Banyak homestay di Bali mempunyai kadar sewa yang rendah dan kalau anda bijak memilih, mungkin boleh dapat villa dengan kolam renang peribadi dengan harga yang murah.

Makanan

Selain sering menjamu selera di Hotel hampir setiap hari. Apa kata anda mencuba di warung nasi campur atau restoran padang setempat. Mahu lebih jimat lagi? Beli roti atau oat ditambah bijirin dan makan di penginapan untuk pagi dan petang. Itulah 4 kesilapan yang membuat anda melakukan pembaziran besar bercuti ke Bali. Apa yang anda harus pertimbangkan adalah pilih waktu bercuti yang bersesuaian,  soal pengangkutan harian,  menginap di homestay dan pilih restoran yang menyediakan masakan tempatan. Pasti akan lebih jimat! Sumber: murai.my

Sering Dapat Harga Mahal Ketika Membeli Cenderamata. Ketahui 5 Tips Untuk Dapatkan Harga Murah Ketika Melancong.

Membeli cenderamata ataupun ole-ole sudah menjadi kewajipan ketika pulang dari melancong. Kadangkala seringkali rasa takut untuk membeli kerana harganya yang terlampau tinggi sehinggakan anda terpaksa fikir dua kali untuk membelinya. Berikut adalah 5 tips yang boleh digunakan untuk pastikan harga cenderamata jauh lebih murah menurut IDN Times.

Berkomunikasi Dengan Cara Yang Sopan Dan Ramah

Keakraban antara pelancong dan penjual akan muncul walaupun melalui perbualan kecil terutamanya jika pelancong boleh menggunakan bahasa tempatan dari kawasan yang mereka kunjungi. Sekiranya pendekatan ini berjaya, penjual kadang-kadang tidak teragak-agak untuk menurunkan harga jualan cenderamata kepada pelancong.

Tawar Menawar Untuk Harga Yang Dimahukan

Menurut IDN Times, di beberapa lokasi yang menjual cenderamata, tawar menawar telah menjadi amalan biasa antara penjual dan pelancong. Lebih-lebih lagi jika pelancong pandai menawar harga sehingga mencapai harga yang dimahukan. Pasti tips yang ini dapat menjimatkan perbelanjaan semasa percutian.

Tanyakan Cadangan Daripada Penduduk Setempat

Sekiranya anda mempunyai kenalan yang tinggal di kawasan yang anda kunjungi, tanyakan cadangan untuk kedai cenderamata murah. Mungkin anda boleh tanyakan pendapat daripada penduduk setempat mengenai kedai yang paling murah dan sesuai untuk membeli cenderamata.

Membeli Dengan Peniaga Kecil

Menurut IDN Times, biasanya kedai cenderamata berskala kecil selalu mengenakan harga yang lebih berpatutan daripada kedai yang sudah mempunyai jenama. Inilah yang dapat digunakan oleh pelancong untuk mendapatkan cenderamata dengan harga yang lebih rendah.

Membandingkan Harga Dengan Kedai Yang Lain

Mungkin tips ini agak memakan masa, tetapi percayalah hasilnya anda akan berpuas hati. Buatlah survey dahulu dengan membandingkan harga dari satu kedai ke kedai yang lain. Pasti anda tidak menyesal kerana anda telah berjaya membuat pemilihan yang paling tepat. Jadi untuk anda yang merancang untuk melancong dan membeli cenderamata kenangan daripada tempat yang anda kunjungi bolehlah cuba tips di atas sebagai panduan. Selamat Mencuba! Sumber: murai.my

Exit mobile version