Kebanyakan bantal yang dijual di pasaran berwarna putih dan mlngnya meskipun menggunakan sarung bantal, ia mudah kotor dan menjadi kuning akibat peluh dan kotoran lain. Membersihkan kotoran kekuningan itu bukan perkara mudah kerana sabun pencuci biasa tidak mampu menghilangkan kesan itu dan biasanya ramai hanya menjemur bantal di bawah cahaya matahari yang kononnya dapat mem.4tikan kuman pada bantal. Tidak perlu cemas, ada beberapa cara boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran kuning pada bantal dan cara mencegahnya.
Cara menghilangkan kotoran kuning pada bantal
Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang membuatkan bantal menjadi kuning seperti peluh, air liur atau minyak dan tetesan air dari rambut. Jangan terus buang… Ada cara nak bersihkan kotoran pada bantal anda. Selain serbuk pencuci, anda boleh menggunakan cecair cucian badan atau syampu untuk menghilangkan kesan kotoran itu. Caranya juga mudah, hanya dengan menyapu cecair itu pada kesan kotoran dan rendam di dalam air panas selama setengah jam.
Gunakan baldi besar untuk merendam bantal anda agar memudahkan anda memijak bantal yang direndam dalam cecair badan atau syampu bagi mengeluarkan kotoran yang melekat sebelum dibilas dengan air bersih. Cara lain adalah merendam bantal anda dalam larutan campuran air dan cuka selama sejam dan kemudian mencucinya seperti biasa menggunakan mesin basuh. Kesan kuning pada juga bantal boleh dihilangkan dengan melakukan beberapa cara lain, termasuklah; Menggunakan pemutih pakaian – Anda hanya perlu memasukkan sedikit pemutih ke dalam air lalu rendam bantal selama 15 menit. Menjemur bantal di bawah sinar matahari selepas dicuci – cara ini boleh memutihkan sarung bantal kerana sinaran matahari membuatkan kain berwarna pudar. Menggunakan soda bikarbonat – Anda boleh menambahkan soda bikarbonat ketika mencuci.
Syampu dan cecair mencuci badan boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada bantal. Selain mencuci kesan kuning pada bantal, anda juga boleh mencegah kotoran itu daripada melekat pada bantal dengan cara berikut; Sebelum tidur, sebaik-sebaiknya mandi terlebih dahulu untuk meghilangkan kotoran dan peluh dari badan agar tidak melekat pada bantal. Anda boleh menggunakan sarung bantal dengan fabrik yang lebih tebal dan berwarna gelap agar peluh tidak mudah melekat pada bantal. Campurkan cuka dan soda bikarbonat ketika mencuci bantal kerana selain ia boleh menghilangkan kotoran, ia juga mampu membersihkan bantal dengan lebih baik. Sumber, Mstar
Bahaya Juga Kalau Sering Tidur Dalam Keadaan TV Terpasang Ni, Banyak Risiko Yang Menanti Anda Tidak Tahu
Tahukah anda bahaya menanti anda sekiranya tidur di hadapan televisyen yang terpasang. Ada antara kita sering mengalami kesukaran untuk tidur ketika suasana di rumah atau bilik dalam keadaan sunyi. Bagi membantu seseorang hilang rasa cemas dan takut, membiarkan televisyen terpasang antara yang sering dilakukan bagi mempercepatkan mata terlelap. Tidur dengan televisyen terpasang umumnya adalah perkara biasa. Tetapi adakah perbuatan itu selamat termasuk dari segi kesihatan. Pakar menyatakan, perbuatan itu bukan idea yang baik kerana seseorang akan terpapar kepada cahaya biru dari televisyen yang meningkatkan risiko diabetes, obesiti dan sebagainya. Berikut adalah beberapa masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku disebabkan tabiat itu.
Menurunkan penghasilan melatonin. Melatonin merupakan hormon yang membantu seseorang tidur. Hormon ini yang memberi signal kepada tubuh untuk berehat dan tidur. Televisyen dapat mengurangkan penghasilan melatonin dan mengganggu otak untuk mengetahui sama ada seseorang itu sudah bersedia untuk tidur ataupun sebaliknya. Ia senang merangsang otak. Penyelidik mengatakan menonton atau mendengar suara dari televisyen membuatkan banyak stimulasi berlaku kepada otak. Ketika televisyen dipasang, otak akan tetap menerima rangsangan yang membuatkan ia tetap aktif.
Risiko obesiti sangat tinggi. Sebuah kajian pada 2019 mendapati tidur dengan cahaya buatan seperti yang berasal dari televisyen dikaitkan dengan peningkatan berat badan. Kajian ini mendapati bahawa risiko ini disebabkan penurunan kuantiti dan kualiti tidur seseorang sehingga memberi kesan kepada berat badan mereka. Banyak masalah kesihatan lain juga. Selain obesiti, tabiat itu juga boleh meningkatkan risiko kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetes. Sumber, mstar.