Siapa kat sini yang pernah melalui zaman di mana kita memiliki telefon bimbit mainan yang ada keluar bunyi dan lagu Ay yai yai yai tu? Handphone tu memang legend habis, budak yang membesar pada hujung tahun 90-an dan 2000 keatas mesti ada phone mainan tu kan. Potongan lagu sebagai nada dering telefon mainan Barbie itu sangat terkenal pada suatu ketika dahulu namun tahukah anda lirik sebenar yang dilantunkan oleh penyanyinya. Baru-baru ini, lagu ini telah menjadi tular semula apabila video liriknya dikongsikan menerusi aplikasi TikTok.
Ha, kalau dulu kita hanya faham beberapa patah perkataan je dalam lirik lagu tersebut iaitu bahagian ‘Ay yai yai yai, I’m your little butterfly,’ kali ini kami nak kongsikan dengan anda tentang keseluruhan liriknya yang lain. Sebelum itu, min nak ceritakan terlebih dahulu sedikit informasi tentang lagu ini. Ia merupakan sebuah lagu bertajuk Butterfly yang telah dinyanyikan oleh kumpulan, Smile yang berasal dari Sweden. Difahamkan, lagu berkenaan telah dilancarkan pada tahun 1998. Boleh tengok video YouTube ini untuk fahami lirik penuhnya. Rata-rata warganet di ikTok juga mengatakan lagu ini telah menggamit memori zaman kanak-kanak mereka sebab zaman dahulu, telefon mainan dengan lagu ini sangatlah sinonim.
Ada juga yang tak sangka rupa-rupanya lagu telefon mainan ini merupakan sebuah lagu yang memang ada penyanyinya yang tersendiri. Ramai yang pada mulanya ingat lagu ni dibuat semata-mata untuk jadi nada dering telefon mainan berkenaan. Menggamit kenangan zaman kanak-kanak betul lagu ni sampai terngiang-ngiang pulak lagu Ay yai yai yai yai ni dekat telinga min. Sumber, lobak merah
Nostalgik Betul. Ini 7 Snek Kesukaan Ramai Zaman Kanak-Kanak Yang Mesti Korang Tak Boleh Lupa. Zaman kanak-kanak merupakan antara zaman yang paling seronok dalam hidup kita semua, betul tak? Waktu itu, yang difikir cuma “nak main apa petang ini?”. Paling best, bila dah penat main tiba-tiba ada ‘uncle’ jual jajan lalu naik motor. Itulah saat paling bahagia sekali! Mesti korang pun ada memori macam tu kan? Jom kami kongsikan antara snek paling best waktu kecik-kecik dulu;
Murukawa Bubble Gum
Zaman dulu, tak pernah tahu pun nama dia. Selalunya, kita akan panggil chewing gum 20 sen. Gula-gula getah ini mempunyai rasa yang manis dan berwarna putih kekuningan. Apa yang best tentang gula-gula getah ini bukanlah perisanya mahupun rupanya tetapi ia didatangkan dengan tatu sementara yang boleh dilekatkan pada kulit. Nano Nano, Ini antara gula-gula lejen yang mempunyai rasa paling unik! Siapa sangka, kombinasi manis dan masin menjadi pilihan kita pada waktu itu. Walaupun ia mempunyai rasa yang agak berlainan daripada gula-gula yang lain tetapi kita semua sanggup beli satu pek yang berharga hampir 50 sen semata-mata untuk menikmatinya! Best betul!
Biskut UFO
Walaupun teksturnya nipis, tetapi sesuatu tentangnya yang membuatkan kita sangat suka kepadanya. Rasanya juga tidak terlalu manis, memang syok makan petang-petang. Paling sedih, kalau tengah makan biskut itu tiba-tiba ia patah dan hancur. Wafer Coklat Apollo, Kalau zaman min dulu, siapa yang beli coklat ini boleh dikira sebagai ‘bertuah’. Sebabnya,wafer ini cepat betul habis. Ia merupakan wafer yang disaluti coklat nipis dan mempunyai bungkusan merah jambu yang sangat ikonik! Makan satu tak cukup.
Keropok Toki
Apalah ertinya zaman kanak-kanak kalau tak ada keropok kan? Antara keropok yang diminati masa zaman kanak-kanak dulu, mestilah keropok Toki. Walaupun rasanya agak masam kerana ia diperbuat daripada perisa tomato, tetapi zaman itu ramai betul yang menyukainya. JoJo, Ding Dang & Tora, Kalau sekarang ada Kinder Joy, zaman dulu ada JoJo, Ding Dang dan Tora. Ia mempunyai konsep yang sama iaitu sebuah kotak yang berisi mainan serta keropok dalam pek kecil. Ironinya, zaman dulu kita bukan makan pun keropoknya tetapi kita lebih teruja dengan permainan yang terdapat dalamnya. Kalau Ding Dang dan Tora itu harganya murah sedikit berbanding JoJo, siapa yang masyuk mesti beli JoJo!
Gula-gula Udang
Walaupun namanya begitu, tetapi sebenarnya gula-gula ini tidak mengandungi secubit udang pun! Ia sebenarnya adalah gula-gula yang manis dan mempunyai inti berperisa kacang. Kalau balik sekolah, mesti beli dekat kedai runcit dengan harga 20 sen boleh dapat 5 biji! Seronok betul. Zaman kanak-kanak merupakan antara waktu yang paling seronok dan banyak kenangan. Lebih-lebih lagi apabila kini ramai diantara kita sudah mencapai usia dewasa. Masa tidak boleh diundur tetapi memori kekal sampai bila-bila. Emosi pulak!