Malang tak berbau. Sama lah macam pepatah ni, kemalangan jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh dirancang untuk kita elak. Tapi korang mesti pernah berdepan dengan kemalangan atau paling tidak pun, jadi saksi kemalangan, betul tak? So, min nak tanya apa korang akan buat selalunya bila berada dalam situasi macam ni? Mesti panik kan? Jangan panik. Jom tengok 5 perkara yang korang boleh buat bila hadapi kemalangan!
1. Pastikan bateri phone masih ada
Ada sesetengah orang yang sayang dengan phone, akan guna sampai bateri tu dah tinggal 1% baru nak cas. Tak salah nak jaga phone tu…tapi untuk situasi genting yang kita tak tau bila-bila boleh terjadi ni, kalau boleh jangan biasakan bateri phone korang tu dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’. Ataupun untuk lebih mudah, sentiasa bawa bekalan power bank dalam beg. Jadi, kalau terjadinya situasi kecemasan korang setidaknya boleh gunakan phone tu untuk hubungi pihak polis atau keluarga untuk laporkan apa yang terjadi.
2. Kekal bertenang
Ini perkara yang sangat penting! Sekiranya korang merupakan pemandu semasa kejadian berlaku, pastinya korang akan panik. Tak apa beri sedikit masa untuk diri sendiri bertenang. Sama juga konteksnya kalau korang sebagai penumpang. Pastikan semua yang terlibat untuk kekal bertenang terutamanya pemandu. Tutup enjin dan terus keluar daripada kereta. Hal ini kerana, jika kita dalam keadaan yang panik, susah untuk kita berfikir dalam keadaan yang waras lebih-lebih lagi semasa situasi genting yang memerlukan kita untuk membuat keputusan yang betul.
3. Hati-hati dengan individu yang nak ambil kesempatan!
Jangan tak percaya, individu yang ingin mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain ni, dekat jalan raya pun ramai tau! Lebih-lebih lagi di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan. Confirm ramai dan cepat je orang datang nak tolong. Jadi, korang kena hati-hati. Lebih baik kalau kereta korang masih di bawah insurans, terus hubungi syarikat insurans untuk minta bantuan sepatutnya. Nombor telefon insurans biasanya ada pada pelekat atau di cover letter insurans berkenaan.
4. Rekodkan bukti kemalangan
Jika membabitkan kemalangan yang agak serius dan perlu buat laporan pada pihak polis, bukti kemalangan adalah sangat penting. Jadi, pastikan korang ambil gambar kereta dan juga kawasan kejadian termasuklah semua bukti. Tindakan ini untuk bukan sahaja dapat memudahkan pihak polis membuat siasatan, ia juga dapat sedikit-sebanyak bantu korang untuk claim insurans nanti.
5. Elakkan ‘interview’ mangsa kemalangan
Sesiapa sahaja yang baru berdepan dengan kemalangan pastinya akan mengalami trauma. Walaupun hanya kemalangan kecil yang tak melibatkan apa-apa kecederaan serius, ia masih boleh menyebabkan seseorang itu trauma dengan apa yang telah berlaku. Jadi, jangan lah korang terus pressure mereka dengan soalan yang bertalu-talu. Beri mereka sedikit masa untuk kembali bertenang dan baru lah tanya tentang apa yang telah terjadi saat mereka kemalangan. Jadi, lepas ni andai kata korang terlibat dengan kemalangan, jangan panik dan boleh follow tips ni! Sumber: lobakmerah
JPJ Maklumkan Tindakan Akan Dikenakan Pada Institut Memandu Jika Ramai Pemandu Terbabit Dalam Kejadian Yang Tidak Diingini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kod khas di lesen memandu bagi mengesan institut latihan yang melahirkan ramai pemandu gagal mematuhi peraturan lalu lintas sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini .Menurut ketua pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, jika ramai pemandu dari sesebuah institut itu terbabit dalam kejadian yang tidak diingini di jalan raya, berkemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap pengusaha atau pemiliknya. Katanya, antara tindakan boleh diambil ialah membatalkan permit institut memandu terbabit dan menarik balik sijil tenaga pengajarnya.
Beliau berkata, kod berkenaan akan diperkenalkan pada pelancaran program e-testing April depan.”Kita dalam proses bagi kod dalam lesen memandu… kita boleh tahu calon (pemandu) dapat dari mana lesen.“Jika mereka didapati lakukan kesalahan, terlibat dalam kejadian yang tidak diingini, kita akan tahu mereka dapat lesen dari institut memandu yang mana. Kita akan buat audit, pengesanan untuk tahu jika ada masalah dengan institut terbabit.
“Tindakan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu yang mengeluarkan pemandu gagal mematuhi peraturan jalan raya atau terlibat kejadian yang tidak diingini boleh dikenakan mengikut Kaedah 27 di bawah Kaedah-Kaedah Sekolah Memandu 1992,” katanya.Beliau berkata, ia sebahagian pembaharuan JPJ ke arah pendigitalan dengan modul berkenaan dapat mengenal pasti kelemahan di peringkat institusi memandu.Dalam pada itu, katanya berdasarkan rekod sedia ada, terdapat kira-kira 10,569 tenaga pengajar institut memandu yang memiliki Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di seluruh negara.
Jangan Panik. Ini Beberapa Perkara Yang Anad Kena Buat Kalau Kereta Tenggelam Banjir.
Bencana banjir yang sedang berlaku di beberapa negeri ketika ini seperti di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor memang membimbangkan. Selain rumah dimasuki air, ramai yang gagal menyelamatkan kenderaan mereka untuk dibawa ke kawasan selamat dan terpaksa pasrah melihat kereta kesayangan ditenggelami banjir.
Paling penting, kenderaan yang sudah ditenggelami air, jangan sesekali cuba dihidupkan enjinnya terutama jika air mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Biarkan kenderaan tenggelam di dalam air dan tunggu sehingga banjir surut sebelum mengalihkan kenderaan anda. Ini kerana kenderaan masih boleh diselamatkan dengan melakukan beberapa perkara ini selepas air surut.
1. Jangan hidupkan enjin kereta. Selepas banjir mula surut dan keadaan mula selamat, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin kereta anda. Sebaik-baiknya hubungi lori tunda untuk dibawa ke bengkel. Ini kerana jika anda cuba menghidupkan kenderaan, enjin yang sudah terjejas akibat banjir besar kemungkinan akan mengalami kerosakan lebih teruk.
2. ‘Flush’ minyak. Memandangkan kedudukan tangki minyak pada kedudukan agak rendah, ada kebarangkalian air telah masuk ke dalamnya. Bagi mengelak masalah besar atau kemungkinan kereta perlu overhaul, flush minyak yang ada sehingga benar-benar kering. Tunda kereta ke bengkel berdekatan untuk diperiksa oleh mekanik.
3. Periksa minyak enjin dan gearbox. Antara perkara yang perlu diperiksa adalah sukatan dipstick minyak enjin dan gearbox. Sekiranya paras minyak lebih tinggi daripada kebiasaan, kemungkinan ia telah dimasuki air. Kebiasaannya, mekanik akan mengosongkan minyak enjin dan gearbox dan gantikan dengan yang baharu.
4. Komponen elektronik. Apa sahaja komponen elektronik seperti radio, bateri dan sebagainya hendaklah dicabut. Pastikan kusyen dicuci dan dikeringkan dengan baik bagi mengelakkan bau hapak.
5. Kusyen. Kebiasaannya terdapat bengkel yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian dalam kereta yang basah akibat terkena air banjir. Pastikan kusyen dicuci dengan baik kerana ia mungkin akan tinggalkan bau hapak. Sementara itu, sekiranya kawasan anda berisiko dilanda banjir, beberapa langkah pencegahan juga boleh dilakukan termasuklah;
1. Sebaik-baiknya selamatkan kenderaan dan parkir dikawasan lebih tinggi. 2. Sebagai langkah keselamatan, tutup ekzos kenderaan dengan sesuatu yang padat agar air tidak dapat tembus sekiranya berlaku banjir. 3. Cabut terminal bateri memandangkan situasi banjir diluar jangka. 4. Selamat barang-barang yang penting dan mudah rosak akibat air.
Ini 5 langkah untuk menyelamatkan kereta yang sudah ditenggelami banjir.
#1 Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Kereta. Tow kereta terus ke bengkel / pusat servis. Bila korang cuba start kereta, lagi tinggi potensi untum berlaku litar pintas.
#2 Check Paras Minyak Enjin & Gearbox. Check dipstick minyak kereta. Kalau tinggi melebih lebih tu, besar kemungkinan air dah masuk dalam enjin lah tu. Pastikan buat flushing dan ganti minyak baru. Air bercampur dengan minyak hitam/gearbox boleh rosakkan komponen.
#3 Flush Petrol (Jika Perlu). Tangki minyak kereta kedudukannya agak rendah. Meskipun kebarangkalian untuk air banjir termasuk dalam tangki tu rendah, Tapi min suggest check dengan bengkel / pusat servis sama ada perlu untuk flush dan isi minyak baru.
#4 Cabut & Keringkan Komponen Kereta. Komponen elektronik kereta macam Radio, HUD display, infotainment etc perlu dicabut dan dikeringkan. Senang kata semua yg boleh cabut, kena cabut keringkan.
#5 Keluarkan Air Daripada Enjin. Yang ini bergantung pada kenderaan. Ada yang boleh dipam keluar dengan cabut spark plug sambil enjin running. Dapatkan nasihat bengkel / pusat servis. Bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat menyelamatkan kenderaan yang dimasuki air banjir untuk kembali 100 peratus seperti asal.
Jika anda berada di kawasan perumahan yang berisiko banjir dan berdekatan sungai, anda dinasihati untuk memperbaharui insurans dengan perlindungan bencana alam. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Trending sgt