Siapa tak kenali akan pelakon jelita ini, Intan Najuwa sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan di media sosial apabila tidak hanya menjadi pelakon kegemaran dengan bakatnya itu malah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini. Untuk info, Intan Najuwa kini mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang. Perkara itu sekali gus mengundang Intan Najuwa dikagumi kerana kebolehannya itu namun baru-baru ini juga perkongsian Intan Najuwa diruangan akaun TikTok miliknya atas nama, intannajuwaaa yang turut diikuti hampir 400,000 pengikut ini turut mencuri tumpuan umum. Jika diikuti perkembangan Intan Najuwa, pasti ramai yang tahu dia turut mempunyai tempat tinggal yang cantik namun perkongsiannya pada kali ini memaparkan pula suasana rumah ibu bapanya. Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai kerana suasana rumah ibu bapa Intan Najuwa ini tak kurang cantiknya juga. Ada juga yang meminta agar pelakon jelita ini turut membuat youtube.
Kali ini ialah video tentang rumah Intan Najuwa. Pelakon berumur 24 tahun ini, sedang berehat dan pulang ke rumah keluarganya di Johor Bahru. Intan kemudian ada muatnaik sedikit sedutan ruangan rumah keluarganya itu. Ternyata ramai yang kagum melihat rumah family Intan Najuwa. Rumah berkenaan dilihat amat besar, selesa dan cantik sekali, dah macam hotel pun iya juga. Menjengah ke ruangan komen, nampaknya permintaan peminat Intan Najuwa itu turut mendapat respon daripadanya manakala rata-rata warganet juga dilihat meninggalkan pelbagai respon positif kepada dirinya ini. Ini ruang luar dan dalam rumahnya.
Bakal Jadi Peguam, Intan Najuwa Sibuk Bergelumang Dengan Buku. Dalam diam, pelakon Intan Najuwa kini bergelar pelajar dalam jurusan undang-undang di sebuah pusat pengajian di Singapura. Baru-baru ini perkongsian Intan menjadi perhatian ramai apabila dimana dia sentiasa menghabiskan masa terluang dengan menulis nota dan bergelumang dengan buku. “Habiskan masa cuti saya dengan buku-buku. Otak ini tak pernah berhenti. #lawstudentlife” tulisnya. Melihat perkembangan terkini pelakon ini sebagai pelajar undang-undang di media sosial, rata-rata peminat mengagumi Intan serta mendoakan yang terbaik. Malah, ada yang tertanya-tanya bagaimana Intan menguruskan masa sebagai seorang pelajar dalam masa sama bergelar pelakon dan menguruskan perniagaan. Bagus Intan, walaupun bergelar pelakon namun masih pentingkan pelajaran untuk masa depan yang lebih cerah, barulah digelar ‘beauty with brain’. Sumber, trending sangat.
Tak pernah saya buat perkara-perkara tersebut. Pelakon berbakat, Intan Najuwa mengakui watak Dilaila yang dilakonkannya di dalam drama terbaharu, Bunga Hati berbeza dengan karakter yang pernah dibawakannya sebelum ini. Kata Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, watak tersebut cukup mencabar kerana melibatkan banyak adegan lasak yang memerlukan ketahanan fizikal. “Dilaila agak lasak. Jadi ada adegan terjun sungai, masuk selut dan terjun bendang.“Pertama kali saya buat perkara-perkara tersebut. Jadi ia menarik dan menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan,” katanya. Kata anak kelahiran Johor Bahru ini, bekerja dalam musim pandemik cukup mencabar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil kira dan dijaga lebih-lebih lagi soal keselamatan. “Kena jaga prosedur operasi standard (SOP). Tak boleh cuai. “Agak susah juga, sebab kerja dalam kumpulan dan orang ramai. Kena lakukan ujian saringan Covid-19 untuk pastikan semua sihat,” katanya lagi.
Tambah Intan lagi, selain proses penggambaran yang kebanyakannya diadakan di kawasan terbuka, dia, pelakon dan kru penggambaran yang lain terpaksa bergerak ke luar ibu kota memandangkan proses rakaman berjalan di Perlis. “Banyak adegan luar. Jadi perlu berdepan hujan dan panas. “Shooting pula dilakukan di Perlis. Oleh itu, kena sesuaikan diri di tempat orang,” tambahnya. Disoal tentang pengalaman berlakon dibawah arahan pengarah Jamal Khan dan Che Mi, Intan memberitahu dia selesa lebih-lebih lagi kedua-dua pengarah saling membantu menjayakan karakter dilakonkannya. “Jamal dan Che Mi sangat membantu untuk saya bawakan karakter. Untuk setiap adegan, kami sama-sama berbincang,” jelasnya. Sumber, utusan.
Kini Gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa pula hangatkan ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’, penerbit lega drama dapat sambutan. Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa yang sedang ditayangkan slot Samarinda TV3 kini mendapat sambutan penonton. Bersyukur dengan maklum balas positif yang diterima, penerbit drama berkenaan iaitu Jaja Ishak mengakui terpaksa menempuh pelbagai cabaran untuk menyiapkan naskhah tersebut. Menurut Jaja, mereka terpaksa menangguhkan penggambaran yang sepatutnya dapat diselesaikan awal disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Gandingan Intan dan Idris memang ditunggukan. “Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Sebenarnya kami telah memulakan penggambaran awal tahun 2021. “Namun kerana kekangan PKP yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri. “Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan.
Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” katanya. Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Selain Idris Khan dan Intan Najuwa, drama itu turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Dalam pada itu, Jaja bersyukur kerana drama yang menggandingkan Idris dan Intan itu menjadi perhatian peminat kerana jalan cerita yang ditampilkan.
Malah, Jaja juga berasa bertuah dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat yang berjaya menjiwai watak masing-masing. Intan Najuwa sebagai teraju utama. “Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama Saat Kau Takluk Cinta Ini begitu kuat dan penuh dramatik. “Saya berasa beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini. Semua memberikan kerjasama yang baik. “Dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” ujarnya. Baru-baru ini, Jaja turut melancarkan lagu Takdir nyanyian penyanyi Aliff Iskandar yang dijadikan runut bunyi untuk drama tersebut.