Khas buat ibu bapa untuk memudahkan urusan seharian. Ini 7 tips sangat berguna yang melibatkan kerja seharian.

Zaman sekarang ni, bukan suami sahaja yang berkerjaya. Kaum isteri juga turut memikul tanggungjawab mencari rezeki bagi menyara keluarga. Oleh sebab kedua-dua pasangan suami isteri bekerja, pengurusan rumah tangga kadang kala tidak sempat diuruskan dengan baik. Kewujudan tips-tips dan petua yang dikongsikan orang ramai boleh membantu pasangan suami dan isteri untuk mengendali kerja rumah dengan lebih terurus dan cepat. Memahami kekangan masa terhad pasangan suami dan isteri yang mungkin tidak berpeluang mengkaji tips yang sesuai, ini kami senaraikan tujuh tips yang sangat berguna untuk anda sekeluarga;

1. Tips Jimat Beli Dan Simpan Lauk

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Facebook Fieya Badar yang berkongsi cara-cara untuk berjimat sewaktu membeli lauk dan bagaimana cara penyimpanan yang dilakukan. Hanya dengan bajet RM150 hingga RM200 sahaja, Fieya sudah siap menyimpan bekalan lauk tiga minggu untuk keluarganya. Jom ikut cara Fieya!

2. Tips Simpan Sayur Tahan Lama

Sayur ni memang agak sensitif. Selalu sahaja ada sayur yang kita beli cepat kering dan layu walaupun disimpan dalam peti ais. Oleh sebab itu, Rohanoradila Aidil telah berkongsi di laman Facebook miliknya bagaimana untuk membuatkan sayur lebih tahan lama. Selain tidak membasuh sayur-sayuran yang dibeli supaya tidak mudah lembik, Rohanoradila juga berkongsi beberapa tips berguna lain. Haa pergi tengok dekat Facebook!

3. Petua Hilangkan Karat Kuali Dan Periuk

Bila dah kerap kali memasak, kuali dan periuk kita pasti akan bertukar wajah. Dari putih bersinar jadi berkarat dan berkerak hitam, satu akaun di Facebook ini berkongsi cara menghilangkan karat pada kuali dan periuk kita dengan cara mudah. Salah satu caranya adalah dengan menggosok asam jawa pada permukaan kuali yang berkarat itu. Jika tiada asam jawa, anda boleh juga cuba beberapa lagi cara lain yang dikongsikan.

4. Tips Masak Cepat

Memasak ni selalunya memang mengambil masa yang lama. Kalau tidak dua jam, satu jam tu sudah pasti. Dengan banyak lagi senarai perkara yang perlu disiapkan dalam sehari, kadang-kadang kita boleh rasa terbeban kerana memakan masa. Moeder Penyeri Mama berkongsi di laman Facebook bagaimana nak memasak dengan cepat, semua siap dalam 20 minit je! Selain mengupas bawang di hujung minggu, banyak lagi tips yang dikongsikan.

5. Tips Halau Serangga

Keadaan rumah tidak lari dari dikunjungi serangga-serangga seperti semut dan lalat. Kadang-kadang lipas pun ada. Untuk mengatasi masalah ini, sebuah akaun Facebook telah berkongsi tips-tips untuk menghalau serangga. Tahukah anda daun kari boleh halau lalat? Baca pelbagai tips menarik dan mudah untuk halau semut, lipas dan tikus di entri itu.

6. Tips Kemas Kain

Setiap hari pasti ada kain untuk dilipat dan disimpan.  Kuantiti pakaian juga semakin banyak seiring usia sehingga kadang kala tidak cukup untuk disimpan dalam satu almari sahaja. Satu akaun Facebook telah berkongsi cara melipat pakaian dengan lipatan kecil bagi menjimatkan ruang almari. Anda boleh baca tips kemas pakaian dan memaksimakan ruang dalam almari. Berguna juga tips macam ni!

7. Tips Persiapan Bersalin

Ini penting untuk bakal ibu yang mahu menimang cahaya mata. Jika anda tidak pasti keperluan ibu dan bayi yang mana perlu di bawa ke hospital untuk diguna selepas bersalin, Nadyia Yaya telah berkongsi di laman Facebook berkenaan apa yang patut dipersiapkan. Persalinan baju untuk ibu dan bayi sudah menjadi kemestian, Nadyia menyenaraikan beberapa barangan lain seperti termos dan baby wipes yang perlu di bawa. Sudah tentu, semua ini bukan hanya dilakukan oleh kaum ibu atau isteri. Bagi suami atau bapa juga boleh amalkan untuk bantu pasangan anda kan! Berguna tips-tips ni semua ?

Sumber: lobakmerah

Pokok Yang Anda Tanam Degil Dan Tak Mahu Berbuah. Ketahui Cara Buat Teknik Kelaran. Hasilnya Memang Lebat.

Jika di halaman rumah kita ada menanam pokok buah-buahan tapi setelah sekian tak juga berbuah mungkin sudah sampai masa anda buat teknik kelaran seperti yang dikongsi oleh Abdul Hamid Ahmad ini. Daripada merungut depan pokok, sebaik ambil parang dan buat teknik kelaran ini. Buat dengan penuh perasan ya.

Teknik kelaran atau girdling

Sebelum ini saya ada menyebut teknik kelaran (atau girdling technique) yang telah saya buat pada pokok tin dan pokok mangga. Beberapa sahabat serta tuan admin Izham Alias mencadangkan dibuat pautan kepada maklumat ini. Maka dikesempatan ini saya tuliskan sebuah nota ringkas yang menerangkan sedikit-sebanyak tentang teknik ini.mTeknik girdling diamalkan oleh penanam pokok buah-buahan, baik untuk kegunaan sendiri atau di ladang. Ada dua tujuan teknik ini dilakukan:

a) Untuk mendapatkan buah yang banyak pada sesuatu musim, dan untuk menjadikan buah lebih besar dan lebih perisa.

b) Untuk memaksa pokok berbuah.

Ramai yang merungut pokok yang ditanam sehingga kini tak berbuah. Maka mahu ditakik dan ditabur garam. Ada yang cadangkan bakar pangkalnya. Disuruh bercakap dan berunding dengan pokok. Malah ada yang suruh ikatkan selipar buruk. Paling dahsyat, disuruh sarungkan coli pada pokok durian! Apa sahajalah, asalkan bahagia. Jika tak dapat buah, dapat lucunya. Apa kata buat teknik kelaran?

Teori

Tumbuhan membentuk makanan (dalam bentuk karbohidrat, atau disebut juga “gula”) melalui fotosistesis di daun. Kemudian gula ini disebarkan ke seluruh pokok, tetapi akhirnya dihantar ke akar untuk tujuan simpanan. Jalan penghantaran bahan gula ini adalah melalui tisu floem yang banyak terdapat pada kulit. Pokok yang lambat berbuah itu terus-terus sahaja menyimpan gula ini di akar. Ini kita tak mahu. Kita mahu dia simpan di dahan-dahan dan apabila cukup bekalan, cepat-cepat membentuk bunga dan buah. Jika itu yang kita mahu, maka lakukan sesuatu supaya gula itu tidak dihantar ke akar. Bagaimana?  Potong jalan penghantaran itu. Iaitu dengan membuat kelaran pada kulit. Kelaran boleh dibuat pada:

a) pangkal dahan-dahan utama
b) sekeliling paksi pokok.

Cara membuat kelaran

  • Senang sahaja. Kelar.
  • Potong kulit sehingga menyentuh tisu kayu. Sentuh saja. Jangan potong kayu itu. Buat potongan pertama. Kemudian potongan kedua. Lebar kelaran ini hendaklah tidak lebih daripada 5mm. Jika pokok kecil seperti pokok tin, 2mm cukuplah.
  • Potonglah menggunakan pisau yang tajam. Jika pokok ini subur, selepas dua potongan dibuat, tinggal siat sahaja. Kulitpun tanggal. Lihat gambar.
  • Selepas kelar, terpulanglah. Boleh dibalut dengan plastik cantuman. Boleh cat. Boleh biarkan sahaja.
  • Maka selepas beberapa minggu, seharusnya pokok mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Selepas dua bulan, kelaran tadi sudah bercantum semula. Sebab itu jangan kelar lebar. Nanti pokok mati. Tinggal bacakan talkin sahajalah.
  • Jika kelaran ini bertujuan untuk membesarkan dan memaniskan buah, kelarlah selepas bunga kembang. Jangan lewat. Jangan terlalu awal.
  • Jika kelaran bertujuan untuk memaksa pokok berbuah, buatlah bila anda geram dan marah-marah.

Kaedah

Saya tunjukkan gambar sebenar girdling pada dahan mangga Honey Dew yang saya buat. Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.

a) Bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.

b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.

Kalau tak bertemu? Kalau tak bertindih?.Kalau tak ikut teknik dan nasihat cikgu, tak menjadilah. Selamat mencuba. Sumber: Rose Merah

Exit mobile version