Warganet terpegun bila tengok kucing ni elok je jadi model pakaian. Si bulus ni memang tak bergerak langsung.

Bagi penggemar kucing atau mereka yang membela haiwan comel ini, korang pasti sudah ‘masak’ benar dengan keletah haiwan tersebut yang bermacam-macam. Boleh dikatakan tak semua kucing suka duduk diam dan ada juga yang sensitif bila kita pegang dia sampai nak mencakar. Aippp!

“Cik miao jadi model pakaian” Tapi lain pula dengan kucing yang tular baru-baru ini di Facebook, apabila ia dilihat sangat baik dan mengikuti kesemua arahan tuannya. Wah, wah! Video yang dipercayai berasal dari Indonesia itu juga memaparkan seorang penjual wanita sedang membuat sesi live di aplikasi Bigo Live untuk menjual pakaian kucing dan menjadikan kucingnya itu sebagai model.

Menurut satu perkongsian di TikTok, kucing itu katanya diberi nama Pororo dan tuannya memang menjual pelbagai jenis pakaian kucing yang cantik-cantik. Nah korang tengok Pororo bergaya dengan macam-macam jenis baju kat bawah ni.

“Baiknya dia pandai jadi model berdisplin betul”  Video comel kucing itu ternyata dapat perhatian warganet yang suka melihat keletahnya yang dikatakan sangat sopan dan ‘berakhlak’. Tidak sama macam kucing-kucing yang mereka bela atau jumpa.

Sumber: Facebook

Kalau kucing ni ada depan min ni, memang min gomol dia habis-habis. Comel sangat aih!

Si Bulus Ni Macam Manusia Jugak Tau Siapa Sangka Dia Pun Boleh Cemburu. Ketahuilah Ini Beberapa Punca Dan Cara Atasi Kalau Kucing Korang Cemburu.

Seperti manusia, kucing juga mempunyai jenis personaliti yang berbeza. Salah satu daripadanya adalah sifat cemburu, atau seolah-olah sedang cemburu. Antara contoh tingkah laku yang menunjukkan kucing anda cemburu adalah kecenderungan untuk menjadi agresif, kuat berdaya saing, atau berhierarki dalam mendapatkan apa yang diingini seperti makanan atau perhatian.

Kucing yang cemburu lebih cenderung untuk menarik perhatian dan ‘clingy’ berbanding dengan kucing yang lain. Meskipun telatah kucing yang cemburu ini kadang kala memenatkan, ada beberapa langkah yang anda boleh buat untuk menghentikan rasa cemburu kucing ini. Kuncinya adalah dengan mengenal pasti mengapa kucing anda berasa cemburu.

Kenapa kucing boleh cemburu?

Seperti manusia, kucing juga boleh berasa cemburu apabila mereka disisihkan atau persekitaran menjadi lain. Ada beberapa punca kecenderungan si bulus menjadi cemburu, antaranya adalah: 1. Kurang perhatian daripada tuan sendiri. Boleh jadi si tuan lebih memberi perhatian kepada haiwan lain atau kedatanganbayi baru.

2. Cara penjagaan semasa kucing kecil boleh membuatkan mereka menjadi terlalu bergantung kepada anda, sehingga menunjukkan tanda-tanda cemburu jika kurang perhatian. 3. Tiada ruang sendiri seperti tempat tidur boleh membuat kucing berasa terancam oleh haiwan peliharaan lain.

Tanda-tanda kucing cemburu: Tingkah-laku si bulus yang cemburu kebiasaannya termasuk mendesis (hissing), menggeram (growling) dan juga memukul objek yang dicemburui seperti telefon bimbit dan mainan. Kucing yang cemburu juga akan menceroboh ruang peribadi anda. Sebagai contoh, kucing akan menyelit atau baring di hadapan anda semasa anda sedang bermain permainan video atau menggunakan telefon bimbit. Kucing akan berusaha untuk membuat anda memberi perhatian kepada mereka.

Si bulus yang cemburu juga boleh bertindak mencari perhatian dengan menjadi lebih agresif seperti mencakar dan menggigit. Jadi, jika wayar pengecas telefon bimbit anda sering putus digigit kucing, mungkin dia memerlukan perhatian? Sesetengah kucing pula akan sengaja membuat air kecil ke dinding atau mana-mana kawasan rumah dengan sengaja meskipun mereka sudah dilatih untuk membuang ke pasir yang disediakan.

Macam mana nak atasi masalah ini? 1. Kenal pasti punca kucing anda cemburu. Boleh jadi ia disebabkan oleh kemunculan haiwan peliharaan baru ataupun kelahiran bayi. 2. Luang masa bersama kucing adalah cara yang paling mudah untuk atasi masalah ini. 3. Beri kucing ruang privasi yang secukupnya. Ingatkan pasangan je boleh cemburu, kucing pun sama?!

Kredit: The Spruce Pets

Kalau Kucing Kesayang Sakit Jangan Sesekali Bagi Ubat Manusia Pada Kucing. Ini Masalah Lain Yang Akan Datang.

Siapa yang tak bimbang kalau kucing kesayangan kita sakit, tapi tambah sakit teruk lagi apabila ada yang sanggup berikan ubat sendiri hanya kerana mahu melihat si bulu kembali ceria. Tetapi persoalannya, adakah ubat-ubatan yang dihasilkan untuk kegunaan manusia boleh membantu melegakan haiwan yang sakit? Kalau ada yang pernah buat sedemikian, rasanya boleh hentikan cara itu kerana perbuatan itu sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada haiwan kesayangan anda!

Sistem badan haiwan seperti kucing dan anjing berbeza dengan manusia dan memberi mereka makan ubat yang biasa diambil manusia boleh mendatangkan bahaya. Ini termasuk perubatan semulajadi atau tradisional seperti menyapu minyak angin atau seumpamanya sekiranya haiwan anda mengalami luka kerana ia boleh menimbulkan masalah lain.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku termasuk pendarahan dalaman, masalah neurologi, munta-muntah, cirit-birit yang boleh membawa kepada kehilangan. Jadi sekiranya haiwan peliharaan anda sakit atau pun tercedera adalah lebih baik terus membawa mereka ke klinik veterinar.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Bukanlah Haiwan Yang Gemar Akan Tidur. Tak Sangka Sebenarnya Ia Lindungi Kita Daripada Sesuatu.

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita memelihara dan menyayangi kucing. Memelihara kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.

Memelihara kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan kasih sayang. Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.

Pencinta kucing harus baca…rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual. Ramai yang menyangka kucing tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yang hanya tahu makan dan minum. Hurm, bukan itu sebenarnya!

Adakah anda tahu bahawa di zaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing ???

Saya akan merungkai beberapa tip rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui. Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian utk menyingkirkan energi negatif dr tubuh kita. Sebaik sahaja kita tidur, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai org dlm satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini.

LEPASKAN ENERGI NEGATIF

Apabila mereka tidur, badan kucing akan melepaskan energi negatif yg telah mereka serap dari kita tadi. Jika kita terlebih stres, kucing akan mengambil lebih masa utk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yg kita berikan!

“Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban utk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka.”

Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yg tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur. “Sebab itu mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik2 sahaja, mereka tidak akan tidur dengan kita di malam itu.” Sekiranya ada sesuatu yg pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita.

CUBA LINDUNGI TUANNYA

Jika ada orang yang berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada bahaya atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita utk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.

Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pd saat itu…

‘Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!”. Berterima kasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh si kucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yg sesuai untuknya. Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab2 yg diketahui, dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda. “Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing.” Kerana ia pasti kembali kepada anda untuk memenuhi tanggungjawabnya kucing menyembuhkan kita.”

Kucing adalah makhluk yg comel, kasih mereka kepada kita sgt jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yg berbeza utk menzahirkan kasih mereka.

“Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua2 sahabat…” *Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka.”

Sumber Kredit: My Own Pet Shop

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Antara Kesalahan Pemilik Kucing Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan Si Bulus. Ini Antara Kesilapannya.

Kebanyakan pemilik kucing melakukan yang terbaik untuk menjaga rakan-rakan kucing mereka, dan apabila kesilapan dibuat dan kucing mengalami akibatnya, biasanya kerana pemilik kucing tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang tepat untuk mengelakkan masalah. Di bawah ini anda akan mendapati 8 kesilapan berbahaya yang pemilik kucing tidak boleh membuat:

1. Declawing Cat Outdoor

Oleh kerana bahaya seperti binatang dan kenderaan lain, kucing luar jarang hidup lebih lama daripada lima tahun, berbanding dengan kucing dalam, yang boleh hidup sehingga 20 tahun. Anda harus membantu kucing luar anda melindungi diri dengan mengekalkan cakarnya utuh. Mereka memerlukan senjata mereka. Sekiranya haiwan kesayangan anda akhirnya bertempur dengan binatang lain, ia boleh mendapat sakit yang teruk jika tidak dapat melindungi dirinya sendiri.

2. Tinggalkan Makanan Keluar

Sekurang-kurangnya 60% kucing Amerika mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Terdapat satu punca utama ini – meninggalkan semangkuk makanan sepanjang hari. Melakukan ini akan menggoda kucing anda menjadi berlebihan, terutama jika jenama makanan yang tinggi dalam karbohidrat. Letakkan semangkuk makanan turun dua atau tiga kali sehari.

3. Berkhidmat Makanan Tinggi Karbohidrat

Kucing adalah karnivora sebenar dan badan mereka tidak direka untuk mencerna makanan berasaskan tumbuhan sahaja. Anda perlu memberi makan kucing anda tanpa diet berasaskan beras, supaya mereka dapat mendapatkan protein yang mereka perlukan. Jika anda prihatin terhadap hak-hak haiwan, pertimbangkan jenama seperti Open Farm, yang menggunakan protein beretika secara etnik.

4. Menghindari Doktor Perubatan

Kucing yang seolah-olah sihat perlu melawat doktor haiwan sekurang-kurangnya sekali setahun, jadi jangan biarkan kucing anda takut peti menyimpan anda daripada menjaga kesihatannya. Doktor anda boleh melihat sakit buah pinggang, diabetes, sakit tiroid, sakit usus radang, dan keadaan lain yang mungkin anda ketinggalan. Kesemua sakit ini boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal sifar atau sangat halus sehinggalah sakit itu telah berkembang dengan ketara.

5. Melangkau Vaksinasi untuk Kucing Dalaman

Hampir setiap negeri di Amerika memerlukan haiwan peliharaan untuk mempunyai vaksin rabies melainkan doktor haiwan mengatakan ada sebab perubatan tidak, dan hanya kerana kucing anda tidak pernah meneroka di luar tidak bermakna ia selamat dari penyakit itu. Kucing anda mungkin satu hari membuat luncuran di luar atau raccoon atau kelawar dengan rabies mungkin menemui jalan masuk ke rumah anda.

6. Tidak Melindungi terhadap kutu, Ticks, dan Heartworm

Sama seperti dengan vaksin, anda tidak boleh menganggap kucing dalaman anda selamat dari perosak. Jika anda secara tidak sengaja membawa kutu atau kutu dari luar, kucing anda boleh terdedah kepada sakit Lyme atau wabak. Selain itu, jika kucing anda digigit oleh nyamuk, ia boleh mengecutkan cacing jantung. Ubat pencegahan bulanan mudah boleh menyelamatkan nyawa untuk kucing kesayangan anda.

7. Mengabaikan Perubahan Tingkah Laku

Beri perhatian jika kucing anda nampak bersembunyi atau merengek, atau jika selera makan telah berubah. Kucing biasanya cukup cerdik, jadi jika mereka mula bertindak dengan cara yang biasa, anda harus membiarkan doktor haiwan anda tahu. Mereka boleh menjalankan beberapa ujian darah untuk memastikan organ-organ kucing anda semua berfungsi dengan baik supaya masalah itu dapat diperbaiki sebelum ia tidak dapat dikendalikan.

8. Menghias dengan Tumbuh-tumbuhan

Lilies itu mungkin kelihatan cantik di atas meja kopi anda, tetapi mereka tidak akan begitu cantik jika kucing anda memakannya. Sebilangan besar tumbuhan adalah toksik kepada kucing, jadi anda perlu yakin bahawa tumbuh-tumbuhan kucing selamat sebelum membawa mereka ke rumah anda. Anda boleh mencari senarai tumbuh-tumbuhan yang ber4cvn untuk kucing di sini.

Sumber: rd

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Exit mobile version