Masalah gangguan bekalan air kini tiba lagi, Penduduk KL dan Selangor dah boleh siap sedia

Umum lagi kita ketahui penduduk sekitar KL dan Selangor memang dah ‘masak’ dan sedia maklum yang gangguan bekalan air selalu terjadi. Bila dapat je info dari Air Selangor, terus masing-masing kelam kabut nak tadah air supaya urusan seharian seperti masak, mandi dan basuh baju dapat dilakukan dengan lancar. Baru-baru ni, Air Selangor ada buat pengumuman terdapat gangguan bekalan air di Gombak dan KL. Antara beberapa kawasan yang terjejas di wilayah Gombak adalah Kampung Baru Batu Caves, Jinjang Utara, Jinjang Selatan, Taman Batu Muda, Lotus Selayang dan Selayang Baru. Antara kawasan terjejas area Kuala Lumpur pula adalah Jalan Ipoh, Bandar Baru Sentul, Kampung Batu, Segambut, Sentul, Taman Sejahtera dan banyak lagi. Penduduk sekitar KL dan Gombak boleh access dan baca sendiri senarai penuh kawasan yang terlibat di laman web Air Selangor.

Menurut Bernama, sebanyak 144 kawasan area Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tak berjadual yang disebabkan oleh injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching. Kawasan korang termasuk sekali tak. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sudah memaklumkan dalam kenyataan pada Selasa lalu bahawa kerja-kerja baik pulih injap bocor akan dijalankan bermula pada 11 pagi Rabu dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama. Air selangor mengeluarkan kenyataan. “Simpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan”, “Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat kepada premis setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan”. Kalau korang nak ikuti update terkini berkaitan gangguan bekalan air, korang boleh search laman web www.airselangor.com. Korang jangan risau tau walaupun air takde, bantuan alternatif air melalui lori tangki masih ada. Sumber, lobak merah

Exit mobile version