Selebriti terkenal Malaysia Neelofa melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk melancarkan Mushaf Al-Quran bagi tujuan waqaf akhirnya terlaksana dengan kerjasama Yayasan Restu. Rupanya impiannya itu mengambil masa yang lama. Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa selaku Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) menyatakan proses penghasilan dan pencetakan Al-Quran Al-Karim edisi khas mengambil masa selama dua tahun. Kami rancang menghasil dan mencetak Al-Quran ini sudah lama, kurang lebih dua tahun juga namun progresnya bergerak perlahan disebabkan kami mahu mencari pencetak yang benar-benar mencapai semua kriteria yang diinginkan. Akhirnya kami bertemu dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian Islam melebihi 30 tahun. Yayasan tersebut juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia. Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran Waqaf Al-Quran dan usrah Ajaibnya Berwaqaf di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, pada Isnin.
Tahukah anda ada banyak keistimewaan yang ada pada Al quran ini. Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, Al-Quran itu istimewa kerana memiliki ciri khas dengan rekaan Kiswah Kaabah yang dihasilkan dengan konsep mushaf mufiq. Antara sebab design ‘kiswah’ dipilih untuk diterapkan kerana ia termasuk dalam empat perkara yang apabila dipandang sahaja akan mendapat pahala. Mufiq bermaksud mudah faham isi Al-Quran. Ia bukan sekadar Al-Quran untuk dibaca tetapi merupakan ensiklopedia lengkap berkaitan Al-Quran Al Karim. Ada 40 kelebihan dengan antaranya ialah pengenalan surah, ulum Al-Quran, Asbabul Nuzul, 189 hadith, 32 sains di dalam Al-Quran, ayat-ayat perumpamaan di dalam Al-Quran, 47 doa termasuk doa Syifa dan 9 fadilat usrah. Paling menarik, ia juga mempunyai atlas dengan ciri QR code yang mana pembaca boleh imbas dan akan mendapat akses tentang lokasi dan kejadian dalam surah tertentu.
Katanya lagi Al quran ini tak dijual di kedai luar. Dalam pada itu, bekas hos MeleTOP mensasarkan lebih 30,000 untuk jualan yang juga boleh dibeli untuk tujuan waqaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau. Bagaimanapun, Al-Quran tersebut tidak dijual di mana-mana kedai kerana hanya boleh dibeli menerusi PKN. Al-Quran ini tidak dijual di luar dan hanya boleh didapatkan menerusi PKN. Sesiapa yang ingin membeli untuk tujuan waqaf juga kami akan bantu edarkan sumbangan mereka ke mana-mana madrasah, pusat tahfiz atau termasuk mereka yang memerlukan. Al-Quran terbitan PKN dan kerjasama Yayasan Restu ini dijual pada harga RM200 dan bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web Yayasan Restu atau Nasyrul Quran Malaysia. Sumber, oh bulan.
Ramai Tertanya Wajah Bilal, Neelofa Dedah Sebab Sebenar Kenapa Tak Nak Tunjuk Wajah Anak. Pelakon terkenal Neelofa kini mempunyai alasan tersendiri yang kukuh kenapa dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya di khalayak ramai. Ianya hanyalah sebab dia juga belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya sediri daripada terkena sakit ‘Ain (gngguan disebabkan pndngan). Malah menurut Neelofa sendiri, tumpuan orang ramai adalah lebih kepada mereka berdua lagi-lagi kedua-dua ibu bapa Bilal adalah seseorang yang ternama di dalam industri seni. “Saya dari dunia seni dan ayah Bilal juga terlibat dalam dunia yang sama walaupun arahnya berbeza. Mungkin fokus orang nak tengok tu lebih. Kita cuba nak elakkan ‘Ain sebab kita tak tahu. Saya sendiri pun tak kuat untuk buat amalan-amalan untuk melindungi anak kami. Katakanlah sakit ‘Ain terkena pada budak-budak, mak-mak mereka yang pening kepala nak menjaga nanti. Jadi kami pun ambil langkah yang selamat untuk menghindari perkara tersebut,” jelasnya ketika ditemubual.
Neelofa ditemui pada majlis Mushaf Musolla dan Mushaf Mufiq edisi khas pertubuhan Kasih Neelofa yang diadakan di Kompleks Kesenian Islamik Antarabangsa Selangor, Shah Alam sebentar tadi. Tambah wanita yang turut bergelar ahli perniagaan itu lagi, dia agak tertekan apabila menerima banyak DM (direct messege) daripada pengikut yang mahu melihat wajah anaknya. “Untuk mereka yang tidak ada dalam industri seni ni, tak terlibat dengan dunia hiburan, mungkin lebih senang. Perhatian orang pada mereka ni tidak sebesar ini. Saya dapat DM hari-hari yang kata nak tengok, nak tengok, saya pun jadi stress. Saya pun tak boleh nak cakap apa sekarang tapi dengan dunia sekarang, kita ada media sosial, tapi nak confirmkan yang saya tak akan kongsi wajah Bilal tu, tak jugak.“Cuma buat masa sekarang, saya tak letak anak saya untuk tatapan umum lah. Saya rasa itu yang terbaik buat masa sekarang,” ujarnya lagi. Sekadar info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022. Sumber, Gempak
Ada Yang Tanya Tentang Cara Nak Menegur Orang Terdekat Yang Belum Tutup Aurat, Terkejut Ini Pula Jawapan Dari Lofa. Umum tahu, pelakon jelita, Izara Aishah merupakan rakan baik kepada selebriti terkenal, Neelofa sejak mereka berusia 15 tahun lagi. Lebih menarik lagi apabila kedua-duanya menyertai serta terpilih sebagai finalis program Dewi Remaja pada tahun 2009. Menerusi video Live di Instagram yang dimuat naik semula oleh Ainun Umirah di TikTok, memaparkan kedua-dua selebriti tersebut membuat sesi perkongsian yang menarik perhatian warganet. Izara sempat bertanya kepada Neelofa mengenai cara untuk menegur adik-beradik jika mereka masih belum menutup aurat dengan memberi gambaran jika dirinya adalah adik kepada Neelofa, bagaimana selebriti berusia 33 tahun itu menasihatinya.
Macam mana Kak Lofa nak bagi nasihat kepada orang tentang aurat. Macam mana kalau saya adik awak yang belum tutup aurat lagi kan macam mana awak nasihatkan. Walau bagaimanapun, Neelofa mengakui bahawa dia berasa takut untuk menjawab soalan berkenaan kerana dirinya masih memiliki banyak kekurangan, namun dia hanya menekankan bahawa ia adalah perkara yang wajib dan tidak boleh dikompromi. Alamak takutnya nak jawab soalan ni. Kalau i jawab tak betul nanti mesti ada yang kata ‘kenapa jawab macam ni’.
Tapi kalau i ada adik, ye lah kita harus lah saling nasihat-menasihati even sekarang Lofa banyak adik. Kita tegur tapi kita tak ada lah perfect dan banyak kekurangan. Kalau nak sebut tentang aurat ni, sebenarnya pasal aurat ni tak boleh nak bawa berbincang. Tak boleh minta kurang. Benda ini adalah suruhan Allah yang perlu kita ikut. Ada sesetengah orang kata, pakai tudung tapi bercakap kotor, perangai tak elok tapi sebenarnya letak tepi dulu benda-benda yang boleh diperbaiki tu dulu. Buat benda yang wajib apa yang Allah suruh. Klik sini untuk tonton video.
KETIKA di kemuncak popularitinya, selebriti, usahawan dan pengacara Neelofa tekad melakukan hijrahnya dengan memakai niqab. Keputusan itu turut mendapat sokongan peminat, malah ada juga warganet yang mengkritik, namun itulah lumrah kehidupan seorang selebriti yang tidak dapat lari daripada gosip sama ada positif atau negatif. Perkongsian berita gembira itu turut mendapat sokongan positif ibu artis cantik anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu, Datin Noor Kartini yang turut berkongsi sebuah video menunjukkan penampilan terbaharu anaknya itu.
Ibu Neelofa juga mengucapkan syukur dan amat gembira dengan perubahan anaknya itu. “Masya-ALLAH Ya ALLAH aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku,” ungkap Datin Noor Kartini terhadap perubahan anaknya itu. Neelofa turut memuat naik foto terbaharu dirinya pada 15 Oktober lalu di laman sosial Instagram dengan penampilan baharu yang mendapat pujian ramai. Neelofa menuliskan isi hatinya terhadap penghijrahan yang baharu dilakukan. Dalam dua perenggan tulisan yang dimuat naik, Neelofa mengaku dirinya kini memilih untuk berniqab. “Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari,” tulis Neelofa. Sumber, ainun.umirah