Terdapat beberapa cara untuk membuatkan solekan anda tetap mampan meskipun memakai topeng wajah. Cuaca panas seperti di Malaysia dan harus memakai topeng muka untuk mengecah Covid-19 membuatkan wajah seseorang lebih mudah berpeluh. Bagi kaum wanita yang menggunakan solekan, ia juga mudah luntur dan itu belum lagi ia melekat pada topeng muka yang dipakai. Tapi jangan bimbang, ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan bagi mencegah solekan anda cair dan antaranya adalah;
1. Menggunakan pelembap
Solekan yang tahan panas dan peluh perlu memiliki dasar yang padu. Sebelum bersolek, berikan nutrisi kepada kulit wajah dengan menggunakan pelembap untuk menghindar kulit daripada kering selain membuatkan solekan anda tahan lebih lama.
2. Memakai primer
Sebelum menggunakan bahan lain, sapu primer pada kulit. Primer dipakai setelah pelembap dan menyapu bedak asas. Primer membuatkan kulit wajah tampak halus dan rata, malah ia akan menjadikan bedak asas melekat dan tahan lebih lama. Sebaik-baiknya pilih produk primer yang sesuai dengan kulit wajah dan paling penting ia memiliki fungsi mencegah kulit berminyak.
Dengan kaedah yang betul, solekan mampu bertahan lebih lama.
3. Sapu bedak asas
Selepas melakukan dua langkah tersebut, baharulah sapukan bedak asas yang sesuai dengan warna kulit anda. Untuk mendapatkan hasil yang cantik, gunakan beauty blender agar bedak dapat bersatu dengan kulit.
4. Solekan kalis air
Antara kunci solekan tahan lama adalah dengan memilih produk kalis air. Pilih maskara, pembayang mata dan kening yang kalis air.
5. Semburan penahan solekan (setting spray)
Akhiri proses solekan anda dengan menggunakan setting spray sebagai sentuhan terakhir. Ia berfungsi sebagai pengunci solekan agar ia terletak dan tahan lebih lama. Setting spray juga sangat berguna sebagai agen pencegah minyak pada wajah anda terutamanya yang banyak menjalani aktiviti luar. Sumber: mstar
Beli Produk Kecantikan Di Farmasi Dengan Mudah. Ini Tips Mudah Berbelanja Produk Kecantikan Di Farmasi.
Walaupun saat in banyak online store tetapi drugstore masih menjadi kegemaran orang ramai untuk berbelanja produk kecantikan. Produk kecantikan sudah sebati dengan masyarakat kini sehingga mudah didapati secara dalam talian dengan menekan butang klik ‘buy’ ke jenama pilihan, namun masih ramai berkunjung ke farmasi untuk mendapatkan keperluan diri. Secara teorinya, farmasi sememangnya menjadi tempat yang praktis untuk berbelanja produk kecantikan dengan kelengkapan dan stok banyak.
Kebiasaannya, farmasi atau kedai ubat-ubatan itu menawarkan kelengkapan seperti produk rawatan kulit, barangan solek, rawatan rambut, dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, kebanyakan kedai kecantikan sering memberikan promosi menarik seperti diskaun besar-besaran atau beli satu percuma satu. Ia tentunya untuk menarik lebih ramai pelanggan datang sekaligus mendapatkan pelanggan tetap. Pun begitu, anda disarankan untuk membuat perancangan sebelum berbelanja produk kecantikan, termasuklah:
1. Senaraikan produk
Tip pertama ini merupakan kaedah paling penting sebelum pergi berbelanja ke drugstore, kerana senarai produk yang ingin dibeli boleh menjadi panduan untuk anda berada di kedai ubat. Anda disarankan untuk mencatat produk apa sahaja yang perlu restock di rumah yang diperlukan, contohnya skincare seperti toner, serum, lipstick, haircare atau produk lain. Setelah mencatat semua produk yang diperlukan, anda tidak akan tergesa-gesa atau bingung mencari sesuatu yang ingin dibeli disamping dapat mengelakkan membeli barangan yang tidak diperlukan sekali.
2. Cari review produk
Setelah produk yang ingin dibeli selesai dicatat, tip kedua perlu mencari reviu produk terlebih dahulu sama ada kualiti barang pilihan itu mempunyai penilaian menarik atau sebaliknya. Kaedah itu berkesan untuk mendapatkan pengetahuan berkenaan produk kecantikan yang dijual di pelbagai kedai, malah mudah untuk kita bandingkan produk jenama A dan B. Dalam pada itu, kebimbangan dan rasa bingung pengguna akan mulai reda kerana telahmenentukan produk yang akan dibeli sesuai dengan reviu sebelumnya.
3. Bandingkan harga
Bercakap mengenai harga, siapapun ingin mendapatkan harga yang terbaik keatas pembelian produk selain kualitinya yang tinggi. Bandingkan terlebih dahulu harga produk disetiap media sosial yang dimiliki oleh drugstore tersebut tentang promosi yang ditawarkan. Begitu juga, ketika anda berada di pusat beli-belah, kunjungi beberapa drugstore dan lakukan perbandingan harga sehingga mendapat produk yang harganya lebih murah ataupun promosi menarik.
4. Transaksi tanpa tunai
Bagi memudahkan seseorang untuk berbelanja, sebaiknya gunakan kaedah pembayaran secara cashless atau tanpa tunai. Anda boleh mengamalkan penggunaan kad debit, kad kredit, atau aplikasi dalam talian yang mudah digunakan. Dengan cara itu, pelanggan tidak perlu menunggu wang kembalian dari juruwang dan merapikan wang satu persatu ke dalam dompet. Bukan itu sahaja, bayaran tanpa tunai juga boleh meminimumkan hubungan kita dengan orang lain, seperti kurang bersentuhan atau menerima wang secara bertukar-tukar dari juruwang disamping dapat mengelakkan penularan Covid-19. Sumber: mstar.