BB Cream dan foundation sering dilabel mempunyai fungsi yang sama namun ia sebenarnya ada perbezaan. Tidak hanya melitupi celahan pada wajah, BB (beaty balm) Cream dan foundation (bedak asas) termasuk rangkaian produk mekap yang lain juga berfungsi sebagai base untuk meratakan warna serta tekstur kulit. Walaupun kedua-duanya adalah produk kosmetik dan sering dianggap mempunyai fungsi yang sama, namun terdapat perbezaan antara BB Cream dan foundation. Malah, cara penggunaan, tekstur, sehinggalah formulanya juga berbeza. Justeru penting untuk anda mengetahui perbezaan dua produk ini supaya ia digunakan mengikut keperluan.
Apa itu BB Cream?
BB Cream ialah krim kecantikan yang umumnya mengandungi pelembab, pelindung matahari, alas bedak dan primer, untuk memberi perlindungan dan menyekatakan tona kulit. BB Cream boleh dikatakan sebagai produk baharu dalam dunia solekan. Bagaimanapun, konsep blemish atau beauty balm telah dicipta sejak tahun 1950-an lagi. Menurut sejarah, pengasas BB Cream yang juga pakar kulit Jerman, Dr Christine Schrammek merawat pesakit dengan rawatan pengelupasan muka. Christine memberikan Blemish balm cream untuk melembutkan dan melindungi kulit kepada pesakit – tidak terhenti setakat itu sahaja, krim sebenarnya berkesan untuk menyembunyikan bintik-bintik hitam dan kemerahan pada wajah yang didatangkan dengan tekstur ringan.
Apa itu Foundation?
Seperti namanya, foundation merupakan alas bedak dan selalunya digunakan sebagai permulaan tatarias sebelum memakai solekan pada wajah. Foundation telah digunakan sejak zaman Yunani dan Mesir kuno atau sebelum Masihi. Pada masa itu bahan asas adalah serbuk plumbum dan kapur putih. Penggunaan foundation dicipta untuk menyerlahkan penampilan kulit wajah agar kelihatan licin, cerah di samping tahan lama. Pada masa ini, terdapat banyak inovasi yang berkaitan dengan formula asas berbeza, yang direka daripada cecair, krim, bedak, atau water-base. Berikut merupakan fakta mengenai perbezaan antara BB Cream dan Foundation, termasuk;
1. Tekstur
Dari segi tekstur, BB Cream cenderung lebih ringan malah ada juga yang cair sehingga mudah disapu pada muka. Untuk tekstur foundation, ia direka agak tebal, berat sedikit apabila digunakan supaya ia memberikan kemasan yang lebih matte tanpa gloss.
2. Tahap liputan
Tahap liputan atau keupayaan untuk menutup dan meratakan tona kulit dengan BB Cream adalah sederhana. Tahap sederhana ini malah cenderung ringan, sesuai untuk anda yang sukakan penampilan solekan ‘no makeup’ kerana ia kelihatan natural. Manakala coverage yang dihasilkan oleh foundation pula agak tinggi dan berkesan menutup ketidaksempurnaan pada wajah seperti menutup parut jerawat atau bintik hitam.
3. Formula
Disebabkan formula yang ringan, BB Cream agak selamat digunakan sebagai asas solekan harian kerana ia tidak menutup pori-pori wajah. Jika anda ingin mendapatkan wajah yang sangat sekata dan tertutup sempurna, anda boleh memilih foundation kerana formulanya yang pekat. Walaupun terdapat perbezaan antara BB Cream dan foundation, pada masa ini kedua-dua produk telah menyediakan pelbagai rona yang boleh disesuaikan dengan warna kulit. Formula BB Cream atau foundation juga jauh lebih kompleks, malah sesetengahnya dilengkapi dengan serum anti-penuaan, pelindung matahari SPF tinggi, dan bahan aktif untuk kulit yang berjerawat. Sumber: mstar
Nak Kulit Muka Cantik Jangan Kerap Cuci Muka. Kerap Cuci Muka Adalah Satu Pantang Larangnya
Walaupun dalam tempoh PKP, kesihatan kulit muka tetap perlu dijaga. Malah, disebabkan duduk di rumah, lagi penting untuk kita pastikan kulit tidak tersumbat dengan lebihan minyak sehingga menyebabkan iritasi dan jelmaan jerawat yang menakutkan! Itu belum termasuk bahaya sinaran blue light dari skrin telefon dan komputer. Setiap hari kita menghadap skrin baik untuk bekerja mahupun sekadar melayari laman sesawang. Macam mana rutin harian mencuci muka boleh dikekalkan sama macam kita berada di luar rumah? jom baca ni.
Fokus
Nak fokus apa ya? Untuk menjaga kulit wajah, janganlah suka mencampur adukkan satu jenama dengan jenama yang lain. Sekiranya tidak ada kerengsaan pada kulit wajah dengan satu jenama yang digunakan, teruskan sahaja dengan jenama itu. Selain mengelakkan pembaziran, anda juga perlu mengenali kulit wajah dengan baik. berilah masa produk itu bertindak pada kulit anda dalam masa satu bulan dan tukar sekiranya ia memberi reaksi tidak sesuai.
Wap
Apabila di rumah, kita ada masa untuk menggunakan kaedah wap. Wap panas ini boleh mengecutkan liang pori pada wajah. caranya mudah sahaja. Masukkan air di dalam periuk berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian tutup kepala anda dan bahagian atas periuk dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu. Sekiranya inginkan kesegaran atau sedikit haruman yang menyenangkan, gunakan essential oil pilihan anda seperti lavender atau ros. Anda pasti terasa nyaman selepas itu!
Masker
Anda boleh menghasilkan masker sendiri di rumah! hanya gunakan pati timun, telur, tomato dan madu sudah mencukupi untuk proses pembersihan kulit wajah. Mungkin agak leceh tetapi sesekali bolehlah diamalkan di rumah. Anda juga boleh mencuba masker menggunakan bedak sejuk yang dicampurkan dengan bahan semula jadi lain seperti tomato, timun dan madu. Hanya 30 minit sebelum tidur, kulit anda terasa tegang dan segar sebaik sahaja ia dibersihkan.
Detoks
Jangan sesekali lupa untuk detoks! Minum air detoks dari rendaman timun, lemon, buah beri dan sebagainya untuk mencuci toksin di dalam tubuh. Kecantikan wajah bukan hanya dari luaran tetapi perlu juga dibersihkan dari dalaman. Ada juga yang memilih untuk mengambil supplemen untuk ‘mencuci’ bahagian usus bagi menyingkirkan toksin dalam tubuh. Asalkan sesuai dengan anda, apa salahnya!
Senaman wajah
Dengan cara urutan lembut pada wajah atau hanya menyebut Ma Me Mi Mo Mu sebanyak 10 kali boleh menguatkan otot muka dan bibir.
Kurangkan mencuci muka
Hanya dua kali sehari sudah memadai untuk membersihkan kotoran pada wajah. ini kerana, bahan pencuci mempunyai bahan kimia yang boleh membuatkan kulit wajah lebih berminyak dan rosak. Pilih pencuci muka yang menepati ‘kehendak’ kulit wajah anda. Namun ia berbeza sekiranya anda hanya memcuci wajah tanpa produk. Air sahaja sudah mencukupi untuk anda menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah. Dua minggu sekali, bersihkan wajah dengan menggunakan skrub. Jangan overdo!