Pengapit adalah orang penting dalam majlis kahwin. Ini ciri ciri pengapit yang boleh diharap.

Saat pengantin berarak menuju ke mahligai cinta, pastinya mempelai diiringi oleh pengapit yang ditugaskan untuk menjaga dan memastikan pengantin sentiasa tampak terjaga dan sempurna. Peranan pengapit di majlis perkahwinan amat penting dan tidak boleh diambil remeh. Ini kerana pemilihan pengapit yang salah dan tidak tepat boleh menyebabkan majlis persandingan terjejas dan tidak berjalan dengan lancar.

BUSANA PENGAPIT

Busana pengapit lelaki dan perempuan haruslah tidak lari rona dan perlu senada. Selain itu, pastikan rona yang dipilih match dengan rona busana pengantin. Jangan sesekali memakai busana yang sarat dan melebihi pengantin itu sendiri. Cukup sekadar menyarungkan pakaian ringkas seperti kurung moden, kebaya mahupun dress ringkas untuk dijadikan pilihan.

DATANG AWAL KE LOKASI

Pastikan anda tiba awak ke lokasi ataupun rumah pengantin. Datang sekurang-kurangnya 1 jam awal sebelum majlis berlangsung. Sebaiknya tinggal berhampiran rumah mahupun lokasi perkahwinan agar memudahkan urusan anda dengan pengantin.

TAHU TUGAS PENGAPIT

Sebelum anda bersetuju untuk menjdai pengapit, pastikan anda mengetahui tugas-tugas seorang pengapit. Tugas pengapit bukan sahaja mengiringi mempelai ke atas pelamin, namun anda perlu menjaga pengantin dari semua aspek seperti mengurangkan gementar pengantin, Menarik kerusi ketika sesi makan beradap, kipas mereka semasa bersanding, mengelap peluh dan sebagainya. Ibaratnya anda perlu melayan mereka seperti raja dan permaisuri untuk satu hari.

BAWA SPONGE MAKEUP

Hal ini amat penting bagi pengapit untuk membawa sponge makeup untuk mengelap peluh mempelai. Perkara ini mungkin nampak remeh, namun perlu dititikberatkan agar penampilan mempelai sentiasa terjaga. Jagan sesekali menggunakan tisu kerana mungkin akan menyebabkan solekan mempelai terjejas. Anda boleh meminta sponge tersebut daripada jurusolek yang menatarias pengantin.

SENTIASA SENYUM

Pastikan anda sentiasa melemparkan senyuman manis ketika menjadi pengapit. Berikan senyuman seikhlas mungkin kerana selain pengantin, tetamu juga akan melihat anda ketika mengiringi pengantin ketika bersanding. Harus diingatkan, jangan tinggalkan pengantin sebaik sahaja pengantin bersanding. Tugas anda adalah sehingga selesai majlis, Sekiranya pengantin mempunyai sesi bergambar outdoor, sebaiknya anda ikut sekali agar dapat membantu pengantin dan jurugambar melancarkan sesi fotografi tersebut.

JAGA PENAMPILAN ANDA

Anda harus tampak kemas dan mengikuti tema majlis perkahwinan yang telah ditetapkan. Pastikan penampilan anda tampak cantik dan sempurna. Bagi lelaki,Jangan sesekali memakai selipar atau pun seluar jeans ketika menjadi pengapit. Untuk wanita pula, elakkan berpakaian yang seksi dan menjolok mata. Khuatir tetamu akan memberi perhatian lebih kepada anda. Sumber: pesonapengantin.

Teringin Geng Dengan Ipar. Perlulah Pandai Ambil Hati. Ini 5 Cara Ambil Hati Ipar. Yang Kelima Tu Paling Sesuai.

Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita. Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kitab oleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.

Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.

1. Ajak keluar makan

Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.

2. Sering menghubungi

Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.

3. Ambil tahu

Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.

4. Saudara sendiri

Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.

5. Jemput ke rumah

Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!

6. Kenalpasti hobi mereka

Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!

7. Jangan sekat hubungan persaudaraan

Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang. Nah, tak susah pun kan nak jadikan ipar duai kita lebih rapat. Cuma kenalah ada usaha sikit. Benda mudah tak datang bergolek tau!

Exit mobile version