Tahukah anda banyak rupanya herba yang boleh dijadikan penawar sakit, masalah tekanan darah tinggi adalah keadaan yang tidak boleh diabaikan. Ini kerana tekanan darah tinggi dapat menyebabkan pelbagai komplikasi berbahay seperti penyakit jantung dan angin ahmar. Lebih parah, hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga pesakit tidak menyedari mereka mempunyai masalah itu.Ini membuatkan hipertensi sebagai silent kill3r. Oleh itu, ketika membaca tekanan darah sistolik lebih daripada 140mmHg dan diastolik 90mmHg, kita harus memperbaiki gaya hidup agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Selain ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah, penderita penyakit itu juga boleh cuba tanaman herba dalam memastikan tekanan darah mereka sentiasa dalam keadaan baik. Namun penggunaan tanaman herba ini sebagai ulam atau masakan perlu dibuat secara berhati-hati dan sebaik-baiknya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Salah satunya adalah daun Saderi, saderi sangat terkenal sebagai tanaman herba yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Apigenin yang terdapat di dalamnya mampu bertindak sebagai pendinding yang memperlahankan degupan jantung sekaligus menurunkan aliran darah. Sementara itu, glikosida yang bersifat diuretik dapat membantu buah pinggang mengeluarkan lebihan cecair dan garam dari tubuh yang akan menurunkan tekanan darah. Kedua ialah misai kucing, misai kucing mengandungi kalium pada bahagian daunnya malah dapat dimanfaatkan sebagai diuretik dan membantu memecahkan batu karang. Kehadiran inositol serta flavanoid juga menyumbang kepada tumbuhan itu sebagai agen diuretik dan turut membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Seterusnya ialah pegaga, pegaga banyak digunakan dalam masakan masyarakat Melayu termasuk sebagai ulam. Kajian turut menunjukkan penggunaan pegaga mampu membantu menurunkan kadar tekanan darah. Kandungan zat aktif iaitu asiatikosid yang terdapat di dalamnya berperanan dalam melancarkan aliran darah. Selain itu, tanaman temulawak, temulawak adalah tanaman yang secara tradisional digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk hipertensi. Temulawak terbukti mengandung flavonoid yang memiliki fungsi melindungi endotel vascular. Hasil kajian turut menunjukkan pemberian temulawak dalam kombinasi dengan misai kucing, saderi, pegaga dan kunyit dapat menurunkan tekanan darah pada tikus yang mengalami hipertensi.
Akhir sekali ialah bawang putih, bawang putih bukan hanya dapat memberi rasa enak pada makanan tetapi ia juga memiliki kemampuan untuk menurunkan tekanan darah dengan membantu meningkatkan zat tubuh dalam badan, iaitu oksida nitrat yang dapat menyebabkan pembuluh darah berada dalam keadaan rileks dan melebar. Keadaan ini membolehkan aliran darah lebih baik dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk memasukkan bawang putih dalam pelbagai masakan anda. Sumber, mstar
Menarik Dan Banyak Manfaat. Ini Cara Mudah Tanam Bunga Telang. Bunga telang mempunyai pelbagai manfaat selain mudah ditanam dikawasan rumah. Bunga telang atau nama latinnya Clitoria ternatea merupakan sejenis tumbuhan yang cukup terkenal dengan warna biru tuanya yang cantik. Selain sesuai sebagai tanaman hiasan, bunga ini dikatakan mempunyai khasiat. Ia juga digunakan dalam campuran kosmetik, pewarna makanan, hinggalah minuman teh yang boleh membantu menurunkan berat badan. Menurut Healthline, bunga telang bermanfaat untuk menghalang pembentukan jaringan lemak sama aada sebagai diet atau makan seperti biasa. Bagaimanapun, selain pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada bunga serba kebiruan itu, anda juga boleh menanamnya dengan cara mudah di kawasan rumah tanpa perlu membeli di luar. Caranya termasuklah;
Sediakan bibit bunga telang. Terlebih dahulu, asingkan benih yang boleh diguna dengan yang tidak sesuai disemai dengan merendamnya kira-kira 3-5 minit. Benih yang terapung di permukaan air bermakna tidak cukup baik untuk ditanam dan perlu dibuang. Kemudian, teruskan merendam benih yang tidak terapung lebih kurang 7 hingga 12 jam dengan tujuansupaya benih lebih mudah bercambah. Manakala, cara menanam bunga telang seterusnya ialah menyediakan tempat semaian dengan campuran tanah, pasir, dan bahan organik seperti baja. Kemudian sediakan bekas seperti pasu atau tin terpakai. Buat lubang di bahagian bawah bekas, isi dengan campuran semaian, kemudian tanamkan benih ke dalam semaian lebih kurang 0.8-1.2 cm. Jangan lupa pada bahagian atas perlu ditutup dengan beg plastik yang telah ditebuk. Walau bagaimanapun, tanaman itu perlu disimpan di tempat yang teduh dan lembap – tunas bunga telang akan muncul dalam 2-7 hari dan mengeluarkan 2 hingga 5 helai daun saat berusia lima minggu. Haruslah tanam bunga telang dari batang.
Apabila putik bunga sedia untuk ditanam, ia perlu dipindahkan dengan segera ke dalam pasu yang lebih besar. Caranya, letakkan kerikil di bahagian bawah periuk dan isi dengan campuran tanah, baja dan pasir. Setelah itu, sediakan kayu atau bahan lain yang boleh digunakan sebagai medium pembiakan bunga dan pasang pada jarak 4-8cm, barulah pucuk bunga dapat dipindahkan ke dalam pasu. Penjagaan bunga telang perlu dilakukan supaya tanaman tumbuh dengan baik dan subur, ia termasuk dalam proses menyiram tanaman, membaja, mengawal perosak yang mengancam, dan teliti akan persekitarannya. Untuk penyiraman, boleh lakukan mengikut medium penanaman, jika sudah lembap maka buat sekali sahaja pada waktu pagi atau petang. Manakala pembajaan hendaklah diberikan sekali dalam 2 minggu menggunakan baja organik atau baja kalsium. Dalam pada itu, bunga telang juga perlu diikat dengan halus dan betul mengikut aluran objek yang digunakan ketika tanaman mulai tumbuh dengan banyak, disamping dapat dituai selepas 49-73 hari. Sumber: mstar.