Terhibur memang terhibur, tapi ramai di bahagian yang terkejut bahawa fobia terhadap sos sememangnya wujud. Fobia tersebut merupakan Mortuusequusphobia.
Ternyata, ada lagi empat fobia terhadap makanan yang nampak biasa tapi sememangnya wujud tau gais! Jom kita explore keempat-empat fobia tu:
1. Acerbophobia – Takut dengan makanan masam
Ada tak kawan-kawan atau kenalan rapat korang yang tak boleh tengok limau purut ke, lemon ke? Kalau diorang sampai ke tahap menggigil atau menggeletar bila nampak buah-buahan yang masam, itu merupakan salah satu simptom yang mereka mempunyai fobia dengan makanan masam yang digelar acerbophobia. Korang jangan buat main dengan fobia ni tau. Sebab ada kajian yang mengatakan bahawa orang yang mengalami acerbophobia ini akan mudah mendapat mimpi buruk dan akan berpeluh teruk kalau dekat dengan makanan masam.
2. Ovophobia: Takut dengan telur
Korang jangan terkejut tau,lagenda pembuat filem iaitu Alfred Hitchcock juga merupakan seorang yang mempunyai ketakutan terhadap telur iaitu ovophobia. Lebih tepat lagi, dia takut dengan putih telur dan itu telah menyebabkan dia mengalami kesukaran dalam menjalankan rutin hariannya. Malah dia sendiri pernah memaksa dirinya untuk menyiapkan filem The Birds kerana mempunyai banyak babak yang memerlukan telur yang mentah dan yang telah siap dimasak.
3. Turophobia: Takut dengan keju
Orang yang mengalami turophobia ini sangat susah untuk lihat mereka makan pizza dan juga keju malah akan cuba sehabis baik mereka dari pergi atau dekat dengan kedai pizza. Difahamkan ketakutan mereka disebabkan oleh tekstur keju yang melekit dan rasa leleh cheezy. Fobia ini bukanlah satu fobia yang boleh dikesan dalam hidupan seharian kerana hanya sebilangan dari mereka yang betul-betul takut sehingga mengelakkan diri dari ternampak keju walaupun hanyalah di dalam iklan.
4. Carnophobia: Takut dengan daging
Carnophobia merupakan sejenis ketakutan yang tinggi terhadap daging. Malah, ada yang pernah dimasukkan ke hospital kerana dirinya termakan daging tanpa disedari. Ini kerana diorang akan mudah diserang panik disebabkan ketakutan yang teramat sangat. Walau bagaimanapun, orang yang mengalami fobia ini bukanlah vegetarian dan faktor takut kesihatan terjejas merupakan antara sebab tertentu ketakutan terhadap daging semakin menebal.
Jadi, kalau korang tahu kawan ada mengalami fobia-fobia ni, jangan sesuka hati nak mengusik tau. Sememangnya ini semua wujud cuma belum dapat dibuktikan dengan insiden di negara kita. Sumber: lobak merah.
Kerap Makan Nasi Dirumah. Tapi Tak Gemuk. Ini Antara Caranya.
Saranan kuantiti nasi, banyak mana suku pinggan? Bila Dietitian pesan makan nasi suku pinggan, ada yang tinggi betul suku nasi dia. Ada pula yang secuit pula suku nasinya. Bila kata 2 senduk rata, macam-macam saiz pula senduknya. Nasib tak pernah lagi tunjuk saiz senduk kawah. Jadi ini Cik SAS sertakan gambar biar jelas, terang dan mudah faham bagaimana suku pinggan itu menggunakan konsep pertukaran unit karbo.
1. Bagi wanita, suku pinggan boleh ambil 2-3 pertukaran nasi. Bersamaan 2-3 senduk nasi rata atau 8-12 sudu makan.
2. Bagi lelaki pula, suku pinggan boleh ambil 3-4 pertukaran nasi. Bersamaan 3-4 senduk nasi rata atau 12-16 sudu makan.
“Kalau nak ambil kurang lagi boleh ke Cik SAS?” Minimum untuk wanita adalah 2 senduk nasi rata dan 3 senduk nasi rata bagi lelaki untuk 3 kali hidangan utama: sarapan, tengahari dan makan malam. Kuantiti ini penting untuk memastikan tubuh badan, fizikal, mental dan emosi kita kekal berfungsi dengan baik walaupun dalam proses penurunan berat badan. Kalau berdiet tapi cepat melenting, penat ada la tu yang tak kena. Besar kemungkinan terlalu lesu kerana kurang karbohidratnya. “Kalau tak nak makan nasi, boleh ke Cik SAS?” Boleh tak ada masalah. Gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti kentang, ubi keledek, roti, tosei, capati, oat, bubur dan sumber karbohidrat kompleks yang lain.
Malu Seluar Kelihatan Sendat Sebab Kaki Besar. Ini 5 Cara Kecilkan Bahagian Paha Dan Betis Anda.
Kaki lebih mudah menyimpan lemak terutamanya bahagian paha dan betis. Ukuran kaki yang besar dan gemuk cukup mempengaruhi penampilan sekali gus membuatkan postur tubuh kelihatan tidak seimbang. Healthline melaporkan, bahagian kaki merupakan anggota badan paling mudah menyimpan banyak lemak terutamanya di bahagian paha dan betis.
Bagaimanapun terdapat cara mengecilkan kaki yang gemuk termasuk dengan melakukan beberapa gerakan senaman dengan memfokuskan pada bahagian otot kaki. Terdapat beberapa cara mudah agar lemak-lemak tersebut dihapuskan dan menjadikan kaki nampak lebih kecil, ukuran ideal dan jenjang!
1. Diet
Cara terbaik untuk mengecilkan kaki yang gemuk adalah melakukan diet sihat dan seimbang serta senaman secara rutin. Tidak hanya itu, defisit kalori juga boleh dilakukan dengan mengurangkan sekitar 250-500 kalori sehari. Campuran diet dan senaman juga sebenarnya dapat meningkatkan proses metabolisme dan pembakaran lemak lebih cepat.
2. HIIT
HIIT atau senaman berintensiti tinggi berkala merupakan salah satu latihan paling efektif untuk membangunkan kekuatan otot kaki sekali gus menghancurkan lemak dalam tubuh. Disebabkan intensiti latihan HIIT cukup tinggi, kebanyakan orang melakukannya hanya dua ke tiga kali dalam seminggu sesuai dengan ketahanan tubuh seseorang.
3. Kardio
Cara mengecilkan kaki yang gemuk termasuklah latihan kardio seperti berlari, lompat tali, berbasikal atau berenang. Selain melatih kekuatan otot jantung, kardio juga bermanfaat memperkuatkan otot kaki serta memaksimumkan pembakaran lemak tubuh. Senaman ini tidak hanya baik untuk mengecilkan kaki malah turut mampu mencairkan lemak sekiranya ia dilakukan sejam setiap minggu.
4. Latihan kekuatan otot
Strength training atau latihan kekuatan otot dikatakan dapat membakar lebih banyak kalori dan mampu meningkatkan otot, sendi dan menurunkan berat badan. Latihan kekuatan otot ini melibatkan 30 peratus seluruh anggota badan terutamanya bahagian tubuh ke bawah termasuk kaki iaitu 70 peratus.
5. Latihan otot
Untuk menjaga kaki agar tetap kuat, sebaik-baiknya imbangkan dengan latihan khusus otot kaki. Latihan otot ini termasuklah sumo squat, side lunges, curtsy lunge, skaters dan side-lying adduction.