Tiada keyakinan ketiak hitam dan berdaki, Ini petua yang harus kita cuba untuk cerahkan ketiak

Tanpa kita ketahui terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk putihkan ketiak anda masa kini. Warna kehitaman yang terdapat pada kulit ketiak seringkali menyebabkan seseorang kurang keyakinan untuk tampil berpakaian tanpa lengan di hadapan orang ramai. Biasanya permukaan kulit ketiak adalah licin sama seperti kulit di kelopak mata. Namun, ia menimbulkan ketidakselesaan pada seseorang apabila lipatan pada kulit ketiak menyerap mana-mana produk di kawasan itu sehingga menyebabkan bahagian berkenaan menjadi hitam dan kasar. Dalam pada itu, terdapat beberapa cara yang boleh mencerahkan kulit ketiak yang kehitaman hasil daripada penggunaan pelbagai produk, termasuklah dengan menggunakan scrub, salah satu sebab paling biasa yang menyebabkan kulit ketiak menjadi gelap adalah pembentukan sel kulit mati. Walaupun ia adalah kejadian semula jadi, namun jenis kulit yang lebih kering, penggunaan sabun yang keras dan kerap terdedah kepada matahari menjadikan kulit ketiak sebagai tempat pembiakan bakteria dan kulit mati. Tetapi dalam kes ini, anda disarankan untuk menggosok kawasan ketiak secara lembut yang boleh membantu melawan pembentukan kulit mati.

Seterusnya, kita patut guna waxing daripada pencukur. Antara sebab lain yang menjadikan kulit ketiak menjadi gelap adalah penggunaan pencukur dan krim pencukur. Ini kerana, kaedah sedemikian hanya memotong rambut di permukaan yang menjadikan pertumbuhan semula rambut di masa akan datang menjadi lebih tebal dan kasar. Atas dasar itu, anda disarankan untuk menukar pencukur kepada kaedah waxing. Bukan sahaja menarik seluruh rambut dan akar, malah ia tidak meninggalkan kesan kehitaman. Baking soda juga salah satu cara. Jika keadaan ketiak gelap teruk, anda disarankan menggunakan baking soda. Ia berfungsi sebagai ejen peluntur yang terbukti berhasil dapat mencerahkan kawasan kulit. Cara penggunaannya, dengan mengambil satu sudu baking soda yang telah diletakkan sedikit air. Kemudian gosok pada kulit ketiak sekuatnya lalu bilas. Adapun alternatif lain, anda juga boleh menggunakan bahan semula jadi yang mudah ditemui di dapur seperti cuka sari epal.

Selain itu, pilih deodoran yang betul. Walaupun tidak terbukti secara saintifik, ramai yang percaya bahawa deodoran boleh menyebabkan ketiak gelap. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu berhenti menggunakan ubat ketiak, sebaliknya pilihlah deodoran jenama lain yang bertekstur lembut. Namun perlu diketahui, pemakaian deodoran hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana, apabila seseorang memakai ubat ketiak dengan banyak, cairan itu akan mengeras bukan sahaja pada kulit malah pada baju yang meninggalkan kesan kuning berpanjangan. Guna pakaian longgar juga penting. Percaya atau tidak memakai pakaian ketat di sekitar kawasan ketiak boleh menyebabkan geseran sehingga mengakibatkan kawasan bawah lengan menjadi lebih gelap. Keadaan itu sebenarnya akan menyebabkan perubahan warna pada kulit seseorang, malah akan mengundang kulit mati atau kulit kasar. Sudah tentu, penyelesaian paling mudah adalah elakkan pakaian yang ketat selain pilihan pakai yang lebih longgar. Sumber, mstar.

Selalu Runsing Nak Hilangkan Kesan Kuning Pada Ketiak Baju, Rupanya Cuka Dapat Bantu Selesaikan Masalah Tersebut, Warna Pakaian Juga Akan Kekal. Cuka mempunyai pelbagai kegunaan termasuk mencuci baju. Selain dijadikan bahan tambahan dalam masakan, cuka juga dapat digunakan sebagai bahan pencuci pelbagai barangan di rumah termasuk mencuci pakaian. Namun tidak ramai menggunakan cuka ketika mencuci pakaian kerana bimbang baunya yang kuat akan melekat pada baju. Jangan bimbang, pakaian bukan sahaja tidak akan berbau cuka tetapi ini beberapa manfaat menggunakan bahan itu ketika mencuci pakaian anda. Jika kita menggunakan cuka sebagai bahamn pencuci ia juga dapat mengekalkan warna. Caranya dengan menambahkan setengah cawan cuka putih ketika membilas pakaian akan menghilangkan sisa sabun yang membuatkan pakaian berwarna hitam tidak kelihatan kusam.

Tahukah anda cuka juga dapat menghilangkan bau asap. Jika pakaian anda berbau seperti rokok atau asap jerebu, tambahkan sahaja setengah cawan cuka ke dalam mesin basuh ketika mencuci. Ia mampu menanggalkan semua bau-bau yang melekat pada pakaian anda. Selain itu, cuka juga dapat menghilangkan kotoran pada ketiak baju. Penggunaan deoderan boleh menyebabkan bahagian ketiak baju berwarna kuning tetapi dengan menyental sabun pencuci dan cuka ke bahagian itu, ia boleh menghilangkan kesan itu dengan cepat. Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik, rendam pakaian yang sudah disental ke dalam bekas berisi air selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Pada masa yang sama cuka juga dapat membersihkan mesin basuh. Mesin basuh adalah antara tempat yang paling kotor kerana bakteria dan kotoran ketika mencuci baju akan melekat di celah-celah dan menyebabkan cucian seterusnya tidak bersih sepenuhnya. Selain menggunakan serbuk pencuci mesin basuh, cuka juga boleh digunakan untuk mencuci mesin basuh dan hasilnya cukup menakjubkan. Sumber, mstar.

Memang Jimat Duit Betul. Ketahui Cara Mudah Membuat Pembersih DIY Ini. Ia Mampu Buat Rumah Anda Harum Bersih Dan Segar. Pelbagai bahan semula jadi boleh digunakan untuk membuatkan rumah anda berbau harum. Siapa yang tak suka berada dalam ruang yang memiliki aroma segar dan nyaman? Apatah lagi kalau sudah seharian di pejabat dan akhirnya dapat pulang ke rumah yang bersih dan wangi. Tapi sayangnya, ada sahaja penyebab membuatkan rumah kita mempunyai bau yang tidak sedap termasuklah bau sampah, masakan atau permaidani yang sudah hapak baunya. Hendak membeli wangian rumah, mungkin kena fikir dua-tiga kali. Mana tidaknya, harganya sahaja adakala boleh digunakan untuk membeli bekalan makanan selama seminggu. Bagaimanapun untuk berjimat dan hasil yang cukup memberangsangkan terdapat beberapa cara yang boleh anda buat sendiri (DIY) bagi membuatkan kediaman anda berbau harum. Seperti dikongsi Nik Zainah Muhammad, berikut adalah empat cara untuk membersihkan rumah sekali gus memberi haruman segar kepada kediaman anda.

Habuk juga tak melekat pada perabot. Bahan-bahan ialah satu penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air. Cara-caranya: Bancuh kedua-dua bahan ini sehingga sebati dan kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini akan membuatkan habuk tidak mudah melekat pada perabot anda malah membuatkan rumah berbau harum. Dapat Mengilatkan lantai. Lantai melekit memang boleh buat rasa tidak selesa apatah lagi di bahagian dapur. Jangan bimbang, ada cara mudah untuk selesaikan masalah itu! Bahan-bahan: Satu penutup pencuci lantai, cuka dan air panas. Cara-caranya: Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu sehingga kotoran dan habuk dibersihkan. Satukan semua bahan-bahan di atas dan mula mengemop lantai anda. Ulang proses mengemop beberapa kali sehingga lantai bersih. Hasilnya lantai akan menjadi lebih licin dan berkilat seperti baharu menukar jubin. Kena cuba!

Dapat jadikan wangian rumah. Selain menggunakan penyegar udara, anda boleh juga cuba petua ini untuk memastikan kediaman anada sentiasa wangi dan segar. Bahan-bahan: Satu penutup pelembut fabrik dan cuka. Cara-caranya: Mudah! Gabungkan kedua-dua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan kedua-dua bahan ini akan memberi bau yang segar dan memberi udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan semua perabot berfabrik disembur dengan rata agar baunya lebih tahan lama. Dapat Segarkan bilik air. Bahan-bahan ialaah satu sudu kecil soda bikarbonat, satu sudu kecil cuka dan satu cawan air. Cara-caranya: Satukan kesemua bahan-bahan ini dan masukkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya, bilik air berbau lebih segar dan harum. Sumber, mstar.

Exit mobile version