Tumbuhan ini hidup menumpang tapi banyak kebaikan. Rupanya ketumpang air banyak khasiat termasuk hilangkan jerawat.

Ketumpang air atau Sirih Cina mempunyai pelbagai khasiat. Jika anda perhatikan di sekeliling pasu bunga yang terbiar atau di tepi-tepi longkang pasti akan ada sejenis tumbuhan yang tumbuh ‘menumpang’ dan bentuknya seakan-akan daun sirih. Biasanya, tumbuhan itu akan dicabut dan dibuang apatah lagi ia mudah tumbuh di tempat lembab dan kurang cahaya matahari. Tumbuhan itu dikenali sebagai ketumpang air atau nama lainnya Sirih Cina yang dikatakan mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan manusia selain sering digunakan sebagai ubat tradisional oleh orang pada zaman dahulu kala.

Katumpang air cukup mudah tumbuh di kawasan lembap dan kurang cahaya matahari.

Ketumpang air berbentuk seperti hati, seluruh bahagian daun dan batangnya juga mengandungi kadar air yang tinggi manakala akarnya pula berwarna putih. Tumbuhan itu dikatakan mengandungi pelbagai zat bagi kesihatan seperti alkaloid, tanin, kalsium oksalat, lemak dan minyak pati. Berikut adalah lima kebaikan dan kegunaan ketumpang air dan cara memprosesnya sebagai ubat.


1. Ubat sakit kepala ketika demam

Cuci 15 helai daun ketumpang air sehingga bersih dan kemudian tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, tempelkan daun yang sudah ditumbuk tadi kepada bahagian tepi dahi kiri dan kanan.

2. Ubat bisul, jerawat

Cuci dua batang pokok ketumpang air berukuran saiz kecil sekitar 7cm-10cm sehingga bersih dan rebus bersama 300ml air sehingga mendidih. Minum segelas air rebusan itu ketika ia masih suam dan amalkan dua kali sehari.

3. Ubat sakit perut

Ambil daun ketumpang air dalam jumlah secukupnya dan tumbuk sehingga halus. Lalu masukkan ke dalam kain nipis dan perah bagi mengeluarkan air untuk diminum ketika mengalami sakit perut.

4. Ubat luka terbakar

Tumbuk sehingga lumat daun ketumpang air dan tempelkan pada kesan luka dan balut dengan kain bersih. Ganti beberapa kali sehari sehingga luka kering dan sembuh. Sumber: mstar.

Menarik Dan Banyak Manfaat. Ini 4 Cara Mudah Tanam Bunga Telang.

Bunga telang mempunyai pelbagai manfaat selain mudah ditanam dikawasan rumah. Bunga telang atau nama latinnya Clitoria ternatea merupakan sejenis tumbuhan yang cukup terkenal dengan warna biru tuanya yang cantik. Selain sesuai sebagai tanaman hiasan, bunga ini dikatakan mempunyai khasiat. Ia juga digunakan dalam campuran kosmetik, pewarna makanan, hinggalah minuman teh yang boleh membantu menurunkan berat badan. Menurut Healthline, bunga telang bermanfaat untuk menghalang pembentukan jaringan lemak sama aada sebagai diet atau makan seperti biasa. Bagaimanapun, selain pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada bunga serba kebiruan itu, anda juga boleh menanamnya dengan cara mudah di kawasan rumah tanpa perlu membeli di luar. Caranya termasuklah;

1. Sediakan bibit bunga telang

Terlebih dahulu, asingkan benih yang boleh diguna dengan yang tidak sesuai disemai dengan merendamnya kira-kira 3-5 minit. Benih yang terapung di permukaan air bermakna tidak cukup baik untuk ditanam dan perlu dibuang. Kemudian, teruskan merendam benih yang tidak terapung lebih kurang 7 hingga 12 jam dengan tujuansupaya benih lebih mudah bercambah.

2. Semai bibit telang

Manakala, cara menanam bunga telang seterusnya ialah menyediakan tempat semaian dengan campuran tanah, pasir, dan bahan organik seperti baja. Kemudian sediakan bekas seperti pasu atau tin terpakai. Buat lubang di bahagian bawah bekas, isi dengan campuran semaian, kemudian tanamkan benih ke dalam semaian lebih kurang 0.8-1.2 cm. Jangan lupa pada bahagian atas perlu ditutup dengan beg plastik yang telah ditebuk. Walau bagaimanapun, tanaman itu perlu disimpan di tempat yang teduh dan lembap – tunas bunga telang akan muncul dalam 2-7 hari dan mengeluarkan 2 hingga 5 helai daun saat berusia lima minggu.

3. Tanam bunga telang dari batang

Apabila putik bunga sedia untuk ditanam, ia perlu dipindahkan dengan segera ke dalam pasu yang lebih besar. Caranya, letakkan kerikil di bahagian bawah periuk dan isi dengan campuran tanah, baja dan pasir. Setelah itu, sediakan kayu atau bahan lain yang boleh digunakan sebagai medium pembiakan bunga dan pasang pada jarak 4-8cm, barulah pucuk bunga dapat dipindahkan ke dalam pasu.

4. Merawat bunga telang

Penjagaan bunga telang perlu dilakukan supaya tanaman tumbuh dengan baik dan subur, ia termasuk dalam proses menyiram tanaman, membaja, mengawal perosak yang mengancam, dan teliti akan persekitarannya. Untuk penyiraman, boleh lakukan mengikut medium penanaman, jika sudah lembap maka buat sekali sahaja pada waktu pagi atau petang. Manakala pembajaan hendaklah diberikan sekali dalam 2 minggu menggunakan baja organik atau baja kalsium. Dalam pada itu, bunga telang juga perlu diikat dengan halus dan betul mengikut aluran objek yang digunakan ketika tanaman mulai tumbuh dengan banyak, disamping dapat dituai selepas 49-73 hari. Sumber: mstar.

Pasti Ada Yang Alami Susah Nak Tidur Lena. Ini Antara Pokok Hiasan Yang Mampu Buat Kita Tidur Nyenyak.

Walaupun penat seharian bekerja kesihatan perlu diutamakan selain mendapatkan tidur yang cukup. Seiring dengan perkembangan, masyarakat kini lebih banyak menghabiskan masa dalam pekerjaan dan pembelajaran sehingga kurang mendapat tidur yang cukup kerana terlalu memikirkan hal kerja.

Persekitaran yang tidak selesa juga akan membuatkan anda tidur kurang lena. Seperti yang diketahui, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mendapati beberapa tumbuhan popular seperti lidah buaya membantu meningkatkan kualiti udara dalam rumah.

Hasil kajian itu juga mendapati ada beberapa tumbuhan boleh membantu seseorang mendapat tidur malam yang lebih nyenyak, selain kualiti tidur yang baik diperoleh daripada persekitaran bilik yang sihat dan selesa. Malah, bukan sahaja dari keupayaan tumbuhan meningkatkan kualiti udara, aroma yang dikeluarkan oleh tumbuhan juga dapat membantu meningkatkan kualiti tidur. Pun begitu, kehadiran beberapa tumbuhan hiasan ini di dalam bilik boleh membantu anda tidur dengan tenang, termasuklah;

1. Melati

Tumbuhan jasmine atau melati bercirikan bunga putih kecil yang cantik, ia juga terkenal dengan aromanya selain memberikan ketenangan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa bau melati boleh mengurangkan tahap kebimbangan dan mampu meningkatkan kualiti tidur. Dalam pada itu, bunga melati perlu diletakkan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari disamping menyiram dengan kerap semasa tempoh berbunga.

2. Bunga Cina/Gardenia

Adapun bunga gardenia merupakan tumbuhan semerbak wangi asal dari China dan Jepun yang terbukti bermanfaat sebagai sleeping pills seseorang. Dikatakan, penyelidik di Jerman mendapati bahawa bahan kimia dalam bunga gardenia boleh meningkatkan aktiviti neurotransmitter GABA yang sering bertindak di dalam otak selain menyampaikan kesan santai ketika seseorang tidur. Namun perlu diketahui, gardenia juga memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya empat jam sehari disamping menyiram tanaman itu dengan kerap apabila berada dalam bilik tidur yang bersuhu lembap.

3. Lavender

Manakala lavender terbukti untuk membantu individu itu tidur lebih nyenyak, malah dikatakan sebilangan wanita di era Victoria mengisi bantal mereka dengan lavender untuk memberikan kesan menenangkan. Bagaimanapun, tumbuhan lavender ini memerlukan pendedahan cahaya matahari secara langsung sekaligus kaedah penyiraman yang lebih kerap. Anda juga perlu menentukan keperluan dalam penjagaan tumbuhan ini supaya lavender terus memberikan manfaat kepada pengguna.

4. Lidah buaya

Bukan sahaja terkenal dengan khasiat kesihatan dan kecantikan, aloe vera juga berfungsi sebagai pembersih udara. Namun, anda disarankan meletakkan tumbuhan ini di satu sudut bilik yang terdedah kepada cahaya matahari. Atas dasar itu, lidah budaya akan berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada matahari selain tidak melupakan menyiram setiap dua minggu selepas tanah tumbuhan terasa kering.

5. Peace lily

Peace lily digelar sebagai loji pembersih udara dan tersenarai antara tumbuhan terbaik menurut NASA, malah tumbuhan ini dikatakan tidak rumit untuk dijaga dengan menyiramnya apabila daun layu yang biasanya berlaku seminggu sekali. Para penyelidik mendapati bahawa bunga itu berkesan untuk mengeluarkan toluena dan xilena dari udara, iaitu menyingkirkan hidrokarbon aromatik yang tidak larut dalam air dengan bau seperti pelarut cat dalam sesuatu ruang. Menariknya, bunga ini diketahui lebih suka berteduh dan boleh bertahan lama di dalam bilik walaupun tanpa tingkap, selain ia perlu dielakkan dengan udara sejuk. Sumber: Mstar

Exit mobile version