Wow ada juga tandas termahal di dunia. Ketahui 5 jenis tandas yang termahal di dunia.

Kita tidak pernah terfikir untuk membelanjakan jumlah yang banyak untuk sesebuah tandas. Menurut Money Inc, berikut adalah 5 jenis tandas yang dikategorikan tandas paling mahal di dunia:

Tandas ISS

Dengan harga $19 juta, tandas ini adalah tandas termahal yang pernah dibuat dalam sejarah tandas. Ia dibina oleh Rusia untuk stesen angkasa pada tahun 2008 dan kosnya agak tinggi kerana menggunakan teknologi khas bagi membolehkan angkasawan menggunakannya di angkasa lepas yang mempunyai sifar graviti.

Tandas Emas Hang Fung

Tandas daripada emas yang berharga $5 juta ini dihasilkan oleh syarikat Hang Fung Gold Technology Group untuk satu bilik demonstrasi tandas yang dikenali sebagai “The Hall of Gold”. Menurut Money Inc, tandas ini dapat dilihat dan dikunjungi oleh orang ramai, dan banyak pelancong berduyun-duyun ke ruangan ini untuk mengambil gambar mereka bersama tandas ini.

Tandas Taman Seni Moon River


Tandas ini merupakan tandas awam yang terletak di Taman Seni Moon River di China. Tandas ini dikatakan terletak dalam sebuah gua buatan manusia dan pengguna perlu menunggu sehingga 2 jam untuk merasai pengalaman membuang air berlatar belakangkan keindahan semula jadi.

Tandas Bertatahkan Swarovski


Menurut Money Inc, tandas ini merupakan hasil idea Jemal Wright, seorang pereka yang mencipta tandas bertatahkan batu permata Swarovski. Rekabentuk tandas ini menampilkan setiap inci bahagian dan bucu tandas ini bertatahkan batu permata Swarovski.

Tandas Kayu Dagobert

Tandas yang diperbuat daripada kayu ini dihasilkan oleh syarikat Herbeau dan dijual pada harga $14,123. Apa yang menjadikannya mahal adalah reka bentuk yang unik, tempat meletakkan tangan dan tandas ini juga akan memainkan lagu, “Le Bon Roi Dagobert,” setiap kali penutupnya diangkat. Jelas sekali, dari dulu sehingga sekarang, masih ramai yang menghasilkan barang-barang yang unik dan salah satunya adalah tandas yang seperti di atas. Sumber: murai.my

Binaan Yang Pelik Oleh Orang Kaya Di Seluruh Dunia. Ini 5 Binaan Yang Pelik Dan Tak Pernah Dilihat

Di Malaysia, salah satu kayu ukur kekayaan adalah dengan adanya rumah banglo yang besar dan juga beberapa asset lain yang mewah. Tapi tahukah anda menurut Iluminasi, terdapat 5 orang kaya yang memilih untuk membina bangunan mengikut cita rasa mereka disebabkan terlalu banyak wang.

Pagar Akuarium, Turki

Mehmet Ali Gökçeoğlu telah membina sebuah pagar akuarium di sekeliling rumah agamnya. Akuarium sepanjang 50 meter yang diisi ratusan ekor ikan dan sotong kurita itu telah berjaya menarik minat sehingga ribuan pengunjung setiap hari untuk melihat sendiri rumah dan pagar unik itu.

Gunung Peribadi, Beijing

Zhang Biqing, seorang doktor jutawan dari Beijing telah membina sebuah gunung di atas bangunan apartmentnya setinggi 26 tingkat. Ia mengambil masa selama lebih enam tahun untuk dibina. Menurut Iluminasi, di sebabkan terlalu banyak aduan, Biqing terpaksa akur apabila pihak berkuasa akhirnya mengeluarkan arahan untuk merobohkan binaan tersebut pada tahun 2013.

Pulau Lanun, United Kingdom

Pulau Lanun ataupun Pulau Challis yang dibina oleh seorang pemida berusia 30-an ini sangat menarik kerana bertemakan lanun dan lokasi pulau ini lengkap dengan sebuah dok kapal, air terjun dan pantai.

Istana Fairytale, China

Liu Chonghua merupakan seorang jutawan dari China sedang dalam misi untuk membina 100 buah istana kisah dongeng. Menurut Iluminasi, Chonghua telah melaburkan lebih 100 juta yuan untuk membina rumah idamannya.

Gereja Ayam, Indonesia

Bangunan pelik ini terletak di tengah-tengah hutan belantara di Indonesia. Gereja Ayam yang sudah lama ditinggalkan ini merupakan sebuah tarikan pelancong di kawasan Magelang, Jawa Tengah. Ia menjadi salah satu lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Jadi untuk anda yang mempunyai lebihan duit, mungkin boleh cuba bina landmark sendiri. Mungkin dapat menjadi salah satu tarikan pelancong. Sumber: murai.my

Sangat Menakutkan Alasannya. Ini 5 Pulau Misteri Yang Haram Untuk Dijejaki.

Bukan semua pulau yang ada di dunia ini boleh diterokai sewenang-wenangnya, terdapat bahaya dan risiko besar yang menanti jika menjejaki pulau-pulau yang diklasifikasikan sebagai bahaya dan dilarang mengunjunginya. Dipetik dari IDN Times, lima pulau ini dilarang sebarang manusia untuk menghampirinya apa lagi menjejakkan kaki di pulau tersebut kerana berisiko tinggi dan boleh meragut nyawa jika mengendahkan larangan tersebut.

1 Pulau Sentinel Utara, Kepulauan Andaman

Pulau ini cukup terkenal dengan suku kaum orang asli yang dikenali sebagai kaum Sentinel, kelompok peribumi yang mendiami pulau ini sangat agresif dan bertindak meny3rang sesiapa saja yang menghampiri pulau tersebut.

2 Pulau North Brother, Amerika Syarikat

Siapa sangka berdekatan dengan bandaraya elit New York, Amerika Syarikat terdapat sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai pulau North Brother. Pulau ini dulunya dijadikan lokasi kuarantin bagi pesakit yang menghidap sakit b3rbahaya, kemudian tempat tersebut ditukar menjadi pusat rehabiliti bagi penagih dadah. Namun pada tahun 1963, pulau tersebut ditinggalkan dan menjadi tempat tinggal burung bersama fasiliti yang usang dan kelihatan mengerikan di waktu malam.

3 Pulau Surtsey, Islandia

Pulau ini telah di isytihar sebagai pulau warisan dunia dan di bawah perlindungan UNESCO, justeru itu sebarang manusia tidak boleh sewenang-wenangnya mendekati apa lagi menjejaki pulau tersebut.

4 Pulau Diego Garcia, Wilayah Lautan Hindi Britain

Pulau ini merupakan aset penting bagi Angkatan Laut Amerika Syarikat kerana mempunyai pangkalan ketenteraan di sana. Mengikut sejarah kerajaan Britain menyewakan pulau ini kepada Amerika Syarikat semasa perang dingin, dan dimaklumkan tempoh sewaan pulau tersebut adalah selama 20 tahun. Tempoh sewaan pulau tersebut berakhir pada tahun 2016, tetapi pihak Britain telah memanjang tempoh sewaan selama 20 tahun lagi. Dan ini bermakna pulau ini tidak boleh di kunjungi oleh orang awam, apatah lagi kawasan ini menjadi pangkalan ketenteraan penting buat Amerika Syarikat.

5 Pulau Queimada Grande, Brazil

Pulau Queimada Grande atau juga dikenali sebagai pulau ular ini, terletak sekitar 100 kilometer daripada pantai Sao Paulo, Brazil. Disebabkan pulau ini di huni dengan pelbagai spesies ular yang berb1sa di dunia, menyebabkan pihak berkuasa Brazil mengeluarkan arahan larangan kepada orang ramai agar tidak menjejaki pulau tersebut jika tidak nyawa bakal jadi taruhannya. Ngeri betul! Tak boleh bayang apa akan jadi kalau manusia jejakkan juga kaki di pulau-pulau berisiko tinggi ini. Sumber: murai.my

Exit mobile version