Amalan minum cuka epal pada bulan ramadhan akan lebih nampak hasil, Ini khasiat cuka epal

Tahukah anda pengambilan cuka epal atau apple cider vinegar sememangnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Dengan cara yang betul, ia mampu memberi kesan yang positif, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Cuka epal diperbuat daripada cider (jus perahan untuk cuka) dan mempunyai rasa masam kerana asid asetik dan asid malik. Pada zaman dahulu, pahlawan Samurai Jepun dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan imunisasi mereka. Antara khasiat terbaik cuka epal adalah menurunkan berat badan dan mengekalkan tahap gula drh. Jadi cukup dengan mencampurkan sesudu cuka epal dengan kira-kira 250ml air untuk mendapatkan khasiatnya. Mengambil hikmah berpuasa iaitu menahan lapar dan dahaga, waktu ini juga sesuai untuk mengimbangi semula kesihatan dalaman perut dengan cuka epal. Namun, elakkan tiga kesilapan ini ya!

Kuantiti

Ketika berpuasa, tubuh badan lazimnya tinggi stres. Ini akan meningkatkan histamin, seterusnya asid perut dan keradangan bagi mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Jadi, elakkan mengambil cuka epal dalam kuantiti banyak. Memadai 2-3 titik, dan naikkan kuantitinya sedikit demi sedikit. Bukan terus satu sudu ya. Masa Pengambilan, bimbang rasa kurang senang selepas mengambil cuka epal? Nah, mungkin anda salah masa pengambilannya. Sebaik-baik waktu adalah selepas makan, pagi atau selepas bersahur. Bancuh dulu dengan air sejuk dan madu.

Cuka Dalam Botol Plastik

Sebenarnya botol plastik akan cepat rosak apabila terkena asid asetik di dalam cuka. Bahan yang rosak ini bukan sahaja menjejaskan hormon, malah meningkatkan histamin dan asid perut. Sebab itu kena beli cuka epal dalam botol kaca. Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dulu sebelum memulakan diet berasaskan cuka epal. Walaupun ia merupakan makanan semula jadi, tapi reaksi setiap badan tu berbeza! Selamat mencuba. Sumber, nona

Ada Yang Pernah Alami Batuk Batuk Setelah Makan Kurma, Kenalpasti Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Makan Kurma. Bulan Ramadan ini buah kurma merupakan antara makanan yang sangat sinonim dengan bulan puasa, malah kita disunatkan untuk berbuka dengan beberapa biji buah dari timur tengah itu. Pun begitu, kadangkala ada yang makan kurma ini dan tiba-tiba terasa gatal di tekak dan ada juga yang perutnya menjadi sedikit tidak selesa. Perkongsian daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menerangkan punca badan anda mempunyai reaksi yang sebegitu dalam laman Facebook mereka.

Difahamkan, buah kurma yang dibeli perlu dibasuh dahulu kerana ia mungkin mengandungi pasir dan kekotoran ketika dalam proses mengimport. “Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada pembeli, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.” Dalam posting Facebook itu juga, anda disarankan untuk merendam kurma di dalam air garam selama 5-10 minit dan ditoskan selepas itu, bilas semula dengan air biasa dan toskan. Elok juga selepas itu dijemur di bawah cahaya matahari untuk mendapatkan kurma yang lebih juicy. Lepas ni, jangan ambil mudah ok? Sumber, Lobak Merah

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal, Rupanya Banyak Khasiat Yang Kita Perlu Ketahui

Memang sudah kita ketahui setiap kali tibanya Ramadan, buah kurma akan menjadi pilihan sebagai menu utama ketika bersahur dan berbuka puasa. Menjengah ke pasaran tempatan, terdapat pelbagai jenis kurma seperti Rabbi, Mazafati, Medjool, Safawi, Sayer, Zahidi, Nour, Dayri, Ajwa dan sebagainya. Salah satu yang paling popular dan menjadi pilihan adalah kurma premium Ajwa yang pertama kali ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Ia juga adalah kurma kegemaran Baginda kerana terdapat pelbagai manfaat luar biasa untuk kesihatan. Memiliki rasa yang tidak terlalu manis dan sedikit masam seperti kismis, isi kurma Ajwa sangat lembut apabila dikunyah.

Menghindari daripada sihir dan sebarang racun

Dalam sebuah hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut,” [Riwayat al-Bukhari (5445) dan Muslim (20547)]. Hal ini kerana kurma Ajwa memiliki kandungan protein, asid folid, zat besi, kalsium, dan antioksida yang cukup tinggi. Meningkatkan kesuburan dan membantu ibu mengandung serta menyusu, dengan kandungan nutrisi dan mineral, kurma Ajwa terbukti mampu meningkatkan hormon libido dan mempercepat pembuahan rahim wanita. Dalam erti kata lain, Ajwa mampu digunakan untuk perbaiki kesuburan lelaki dan wanita. Zat oksitosin dalam kurma ini sangat membantu tatkala proses persalinan serta merangsang pengeluaran susu ibu.

Melancarkan proses pencernaan

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, kurma Ajwa adalah solusi yang sesuai untuk pencernaan kerana mempunyai serat larut yang tinggi. Selain itu, pengambilan kurma ini boleh dijadikan makanan untuk diet kerana ianya mampu mengenyangkan perut anda. Meningkatkan daya tubuh badan, kurma Ajwa ini penuh dengan khasiat vitamin A, B, C, E, hingga K. Ia bagus untuk menjaga kesihatan kerana mampu menjaga sistem imunisasi badan. Antioksidan yang terdapat di dalam kurma ini mampu melindungi badan daripada sakit dan virus.

Menstabilkan tekanan drh, menjaga kesihatan jantung, dan mencegah diabetes

Manfaat kurma Ajwa mampu menurunkan tekanan drh. Khasiat ini didapati dari kandungan serat dan mineral seperti zat besi dan potasssium. Selain itu, ia mampu melancarkan sistem peredaran dengan mencegah sakit jantung dan strok. Bagi mencegah diabetes, kurma Ajwa mempunyai kandungan gula monosakarida. Gula ini tergolong dalam golongan paling sederhana yang tidak dapat dipecahkan. Serat tambahan dalam kurma ini telah menunjukkan impak positif kepada sakit diabetes. Sumber, mstar

Exit mobile version