Umum sudah pun kita ketahui semenjak covid-19 melanda Malaysia, rata-rata majikan membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah, atau dalam bahasa mudahnya, work form home (WFH). Bekerja dari rumah boleh dikatakan digemari oleh rata-rata pekerja kerana ia dapat menjimatkan masa dan wang yang selalunya dihabiskan untuk pengangkutan. Malah, bekerja dari rumah juga lebih efisyen dan fleksibel memandang pekerja boleh bekerja pada bila-bila masa, dan boleh berehat apabila kepenatan. Namun begitu, ada sesetengah golongan pekerja yang tidak mandi memandangkan mereka tidak berpeluh dan berbau apabila bekerja dari rumah. Adakah ini selamat? Sebenarnya, banyak kesan buruk jika anda tidak kerap mandi, lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap. Berikut adalah 5 perkara yang akan terjadi jika anda tidak mandi:
Meningkatkan kadar untuk mendapat sakit
Apabila anda mandi, anda membersihkan kuman yang anda temui sepanjang hari, termasuk yang boleh masuk ke dalam badan melalui mata, mulut dan hidung, serta mampu membuat anda sakit. Dengan tidak mencuci dan membersihkan badan, berkemungkinan beberapa jenis pepijat dan kotoran yang berbeza ada pada tangan dan muka anda. Ini menyebabkan anda lebih berisiko untuk mendapat jangkitan.
Kulit tidak sihat
Apabila anda tidak mandi dengan kerap, kulit anda boleh menjadi berminyak dan kotor. Situasi ini akan membawa kepada jeragat dan jerawat. Sebum (lapisan minyak nipis) yang dihasilkan oleh kulit akan terkumpul apabila anda tidak membersihakn kulit. Lapisan ini, bersama-sama dengan bakteria yang ada pada kulit akan menyebabkan liang boleh tersumbat dan tumbuh bintik-bintik.
Anda boleh mengeluarkan sehingga 30 bau busuk
Untuk pengetahuan anda, bau badan bukanlah disebabkan oleh peluh. Namun, ia sebenarnya adalah hasil daripada gas yang dikeluarkan oleh bakteria semasa mengambil protein badan dan asid lemak. Menurut kajian pada 2018 yang diterbitkan dalam jurnal Microbiome, apabila anda tidak mandi selama beberapa hari, ini boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan bau yang mungkin tidak menyenangkan.
Kulit boleh kering
Jika anda mempunyai masalah kulit seperti ekzema, mandi dengan kerap boleh membantu menghilangkan masalah ini. Malah, Pertubuhan Ekzema Kebangsaan juga mengesyorkan mandi sekali dalam sehari untuk memastikan kelembapan dalam kulit anda. Jadi jika anda tidak mandi, ini akan menyebabkan kulit anda berasa gatal dan kering.
Rambut berminyak
Jika rambut anda adalah jenis yang berminyak, ia boleh menjadi lebih berminyak dan berasa tidak selesa selepas dua hari tanpa mandi. Rambut secara semula jadi memerangkap kelembapan pada kulit kepala anda. Dengan tidak mencuci selama beberapa hari, sel-sel kulit yang berminyak, kotor dan mati akan terkumpul menyebabkan kulit kepala menjadi gatal dan kering. Jadi, jangan skip mandi okay. Sumber, lobak merah