Umum lagi kita ketahui dengan pengarah terkenal ini. Pelakon, pengarah dan penerbit Dr Ahmad Idham dan isteri, Jameah Abdul Aziz menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus dengan Tadika Sinar Indah Berkat.Memorandum itu adalah sebagai simbolik jalinan usaha sama bagi meningkatkan pembangunan dan kesedaran terhadap Pendidikan Khas kepada golongan anak-anak istimewa di sekitar Ampang.”Ampang adalah tempat saya dan isteri saya membesar dan di Bukit Indah inilah di mana mulanya saya dan isteri mengusahakan tadika kami selama 14 tahun.”Tadika ini juga adalah tadika pertama di Bukit Indah yang memperkenalkan kaedah montessor.
Katanya lagi “Saya nak mulakan dulu dengan Ampang sebagai Hub Pendidikan Khas dan insya-Allah akan saya kembangkan ke seluruh Malaysia,” ujarnya.Usahasama itu juga menjadi sebahagian daripada tanda penghargaan buat peminat yang menyokong kerjaya seninya sejak 25 tahun lalu.”Berjayanya saya selama 25 tahun di dalam dunia seni ini adalah di sebabkan sokongan peminat dan masyarakat di luar sana, sudah sampai masanya untuk saya membalas jasa mereka dengan memberi balik kepada komuniti sebagai CSR saya..insya-Allah,” tambahnya.Antara yang disenaraikan dalam memorandum persefahaman itu adalah menyediakan khidmat saringan percuma pra-diagnosis untuk anak-anak yang lambat dari segi akademik, mewujudkan program sokongan kepada ibu bapa, menyediakan latihan untuk guru-guru yang mengajar anak-anak istimewa dan program kekeluargaan antara ibu bapa dengan guru.Selepas ini, Idham juga akan memulakan gerakan untuk ke beberapa sekolah di Ampang di samping menziarahi keluarga di sekitar Ampang untuk menghulurkan khidmat bantuan. Sumber, gempak
Ahmad Idham tak tahu kenapa dia diberhentikan. “Saya ditamatkan kontrak tanpa sebarang sebab,” demikian penjelasan bekas Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berhubung isu diberhentikan dalam tempoh 24 jam. “Ya, saya sudah mendapat surat diberhentikan. Saya tahu ramai tertanya-tanya kenapa saya ditamatkan kontrak, hanya sempat berkhidmat selama empat bulan dengan Wisma Putra. “Jujurnya, saya sendiri masih tercari-cari punca dan alasan diberhentikan. Saya tak tahu kerana langsung tidak diberikan penjelasan,” katanya.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengumumkan kontrak Ahmad Idham bersama Perunding Kreatif, Datuk Seri Eizlan Yusof dan setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi sudah ditamatkan. Difahamkan, ia berlaku dalam tempoh 24 jam, namun Saifuddin tidak menyebut secara spesifik tarikh kontrak ditamatkan. “Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya kepada sebuah portal berita. Enggan terus menimbulkan persepsi buruk yang bakal merosakkan reputasi, Ahmad Idham dan Eizlan akan mengadakan sidang akhbar untuk memberikan penjelasan lanjut, petang ini. “Saya akan menerangkan situasi yang berlaku dalam sidang akhbar, petang ini. Saya kena menjelaskannya agar tidak timbul tohmahan lain membabitkan parti politik. Saya percaya pasti ada yang cuba menangguk di air keruh,” katanya.
Menjawab pertanyaan adakah punca ditamatkan kontrak disebabkan bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di bawah tiket Bersatu, Ahmad Idham enggan mengulas lanjut. “Tunggu penjelasan saya dalam sidang akhbar nanti,” katanya. Terdahulu, lantikan Ahmad Idham dan Eizlan selaras objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia pada 1 November, tahun lalu. Sebelum pelantikan itu, Ahmad Idham adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Sumber, harian metro