Imam ni terkejut bila dapat sampul surat ada isi duit dalam raga motor, sekali bila tengok surat dalam tu buat dia tergamam

Istilah perigi cari timba acap kali dipandang sinis oleh segelintir masyarakat di luar sana. Bagi mereka, tindakan perempuan memula kan langkah untuk memikat lelaki adalah memalukan. Terkejut jumpa sampul dalam raga. Seiring dengan peredaran zaman, masyarakat tidak lagi mengambil pusing akan perkara tersebut, malah tidak keberatan pun untuk men cuba nasib memikat para lelaki terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh individu misteri ini. Menerusi perkongsian Hakim Arrazali, dia terkejut apabila menerima sampul kecil berwarna coklat di dalam raga motosikal selepas selesai mengimam kan terawikh di sebuah surau.

Individu misteri undang tanya. Selain wang ringgit bernilai RM50, di dalam sampul itu juga disertakan dengan sehelai kertas kecil yang tertulis niat terpendam pengirim misteri berkenaan. “Assalammualaikum Ya Akhi, saya masih mencari bakal imam jika akhi sudi” “Andai belum siap nikah, jangan mendekati” Walau bagaimanapun, dia tidak memaklumkan akan jawapannya terhadap isi surat tersebut, sebaliknya menitip pesan kepada orang ramai di luar sana agar sentiasa menjaga hati. Ujarnya, jika sedang menaruh hati kepada seseorang, persiapkan diri untuk menghalalkan si dia, bukan dengan cara men jalin cinta tanpa ikatan seperti yang kebiasaan dilakukan orang ramai masa kini. SUMBER, hakim_arrazali/Redaksi

Exit mobile version