Ketahui menu masakan semasa raya Aidilfitri di seluruh dunia, Memang unik dan menarik boleh kecur air liur dibuatnya

Tanpa kita ketahui setiap negara dan umat Islam di dunia yang menyambut Hari Raya Aidilfitri ini mempunyai hidangan dan juadah mereka yang tersendiri dalam meraikan kedatangan Syawal. Malah, hidangan yang disediakan ini juga sebenarnya mempunyai banyak makna serta maksud yang tersirat di sebalik penyediaannya. Kalau di Malaysia, hidangan sinonim waktu raya ialah rendang, ketupat, lemang dan banyak lagi. Jadi pada raya kali ni, min nak bawak korang travel dengan kongsikan 7 hidangan semasa Aidilfitri dari serata dunia yang boleh buat korang kecur air liur. Jom kita tengok sama-sama.

Indonesia – Opor Ayam

Opor Ayam ialah masakan dari Jawa Tengah yang merupakan kari ayam versi Indonesia. Ia dibuat dengan campuran rempah yang dipanggil bumbu yang termasuk lengkuas, serai kayu manis, bawang putih dan banyak lagi. Opor Ayam dimakan bersama ketupat dan sambal goreng hati iaitu hati lembu yang dimasak dengan sambal pedas. Sekali makan, confirm nak lagi lah. Rusia – Mant, Manti merupakan hidangan paling signifikan bagi masyarakat Islam di Rusia sewaktu Aidilfitri. Manti ialah doh yang dijadikan sebagai ladu dengan inti yang biasanya diperbuat daripada daging lembu atau kambing. Proses pembuatan manti harus bermula dengan penyediaan doh hingga kepada penghasilan intinya. Ia biasanya dihidangkan bersama sos khas dan juga mayonis. Menyelerakan sungguh!

China – You Xiang

Korang tahu tak yang kumpulan etnik Hui merupakan antara komuniti Islam yang turut meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tau. You Xiang ini merupakan sejenis kek atau roti yang biasa dihasilkan oleh etnik Hui semasa perayaan. Hidangan ini diperbuat daripada bahan-bahan yang ringkas, iaitu tepung, yis, garam dan minyak. Penghasilan You Xiang ini hanyalah sebagai suatu hidangan kecil di samping hidangan utama yang lain dalam masyarakat China seperti sup jeli dan hidangan kambing. Min dah mula terliur ni!

Ethiopia – Doro Wat

Doro wat, merupakan hidangan kari atau stew dari Ethiopia, yang dimasak menggunakan ayam sebagai bahan utamanya. Doro wat biasanya akan dihidangkan di atas injera iaitu roti sourdough, roti nipis Afrika bersama dengan salad. Hidangan ini dihasilkan kebiasaannya hanya menggunakan ayam dan bukannya daging lembu atau kambing. Uniknya hidangan doro wat ini, apabila dah nak hampir masak, telur yang dah direbus akan diletakkan di atas kuahnya. Boleh cuba ni!

Saudi Arabia – Mugalgal

Bila sebut je Saudi Arabia, makanan yang selalunya terlintas dekat fikiran mesti nasi biryani dan kebab. Tipulah kalau korang tak pernah makan kan. Tapi bila je Hari Raya, atas meja dorang mesti akan dihidangkan ‘Mugalgal’ iaitu hidangan daging dan nasi yang mengandungi daging kambing cincang, tomato segar, bawang, dan lada hijau yang digoreng bersama rempah. Fuh, banyak betul bahan nak buat Mugalgal ni!

Nigeria – Elubo

Amala atau dikenali sebagai Elubo, ialah makanan dari negara Nigeria yang diperbuat daripada keladi, ubi kayu, atau tepung pisang. Catchy betul nama hidangan ni. Sebenarnya hidangan ini berasal dari Afrika Barat, yang lazimnya dari suku Yoruba. Elubo ini dinikmati semasa hari raya dan dimakan dengan hidangan sayuran atau rebusan pedas seperti Efo Riro, Egusi dan Ogbono.

Turki – Gullac

Sekarang ni dah ramai yang mula didedahkan dan tahu serba sedikit tentang hidangan dari negara Turki contohnya macam manisan baklava dan lokum. Siapa pernah rasa. Pergi je dekat Pavilion, mesti ramai yang akan serbu kedai jual baklava ni. Namun, selain daripada 2 manisan ni, Turki juga terkenal dengan manisan gullac ketika sambutan Aidilfitri. Untuk pengetahuan korang, gullac ialah wafer yang diperbuat daripada kanji jagung dan tepung gandum serta mengandungi walnut dan badam dan turut diletakkan di antara lapisan yang direndam dalam susu. Teringin min nak cuba gullac ni! Hidangan Aidilfitri negara mana lagi yang korang rasa menarik dan kena dengan selera tekak masing-masing. Sumber, lobak merah

Exit mobile version