Siapa tak kenal penyanyi no1 Malaysia ini, kalini Datuk Seri Siti Nurhaliza menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Makkah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa, semalam. Siti dalam satu hantaran di media sosial memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya. “Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.
Tulisnya “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia,” tulis Siti di Instagram Story. Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri minggu depan. Kali terakhir Siti menunaikan umrah adalah pada 2019 bersama suami, anak dan pengasuhnya. Sumber, harian metro
Kali Ini Siti Nordiana Pula Tunaikan Umrah, Ramai Rakan Selebriti Dan Peminat Doakan Urusan Ibadah Umrah Siti Nordiana. Kali ini Siti Nordiana pula tunaikan umrah. Ramai rakan selebriti dan peminat doakan urusan ibadah umrah Nana dipermudahkan Dalam pada artikel ini ditulis penyanyi jelita dan berbakat, Siti Nordiana atau lebih mesra di sapa Nana kini telah berangkat ke tanah suci bersama anak lelakinya Mohd Rayyan Nakhaie dan mengerjakan ibadah umrah. Menerusi muatnaik Nana di Instagram nya semalam, penyanyi ini berkongsi berita keberangkatannya ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Mohon Doa Dapat Umrah Yang Mabrur: Pelatun lagu Angkara ini memohon agar orang ramai mendoakan diri dan anaknya mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan ketika di sana. Dalam pada masa yang sama, Nana juga memohon maaf jika ada melakukan silapan kepada sesiapa.“Bismillahirrahmanirrahim, InsyaAllah Nana dan Rayyan akan berangkat mengerjakan Umrah, Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya, Ampun maaf kalau ada salah dan silap dari kami” tulisnya. Rakan artis dan peminat titip doa. Muatnaik penyanyi tersebut mendapat banyak respon dan komen dari rakan artis, kenalan rapat dan peminatnya, rata-rata mereka mendoakan agar urusan ibadah umrah selebriti tersebut dipermudahkan urusan sepanjang menunaikan umrah.
Ini apa yang dititipkan oleh rakan artis “Semoga dipermudahkan” ucap Tomok. “Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh kemanisan suci” kata Fedtri Yahya. “Semoga Allah permudahkan segalanya.. Yang baik-baik semoga semuanya mudah @sitinordiana” komen Shuib. “Jaga diri kak Nana”. “Amin amin. Moga Allah permudahkan segala urusan ibadah umrah kak Nana dan Rayyan. Moga mendapat umrah mabrur amin”. “Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimudahkan urusan untuk beribadah” komen peminat. Semoga Siti Nordiana dan Rayyan memperoleh ibadah umrah yang mabrur di tanah suci. Sumber: murai.my
Reen Rahim Dedah Terbuka Hati Di Saat Akhir Nak Ikut Ibu Bapa Tunai Umrah. Sekali Doa Untuk Beri Keluarga Hidup Senang.
Reen dedah tunai umrah bersama ibu bapanya. Peluang berada di Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah dimanfaat sebaik mungkin pelakon Reen Rahim untuk memohon doa agar sentiasa dilimpahkan rezeki. Kata Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dia berhasrat suatu hari nanti ibu bapanya dapat hidup senang dengan hasil titik peluhnya sendiri.“Semestinya saya minta pada Allah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Jika terus diberikan rezeki yang banyak, saya mahu bantu ibu bapa dan mereka boleh berehat jadi bos di rumah. Biarlah ibu bapa saya dapat merasa hidup yang lebih senang selepas ini,” katanya. Reen yang berangkat ke sana pada 4 Mac lalu juga tidak sangka dirinya berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali bersama kedua ibu bapa. Menurut Reen, niat asal hanya untuk menghantar ibu bapa sahaja, namun di saat akhir hatinya terbuka untuk turut ikut sama dan segala urusan dipermudahkan.