Memang nostalgia betul filem mereka ni, Ini antara filem senario popular sepanjang zaman

Umum lagi memang ramai yang tahu sebut saja Senario siapa yang tak kenal bukan? Senario boleh dikatakan kumpulan pelawak paling berjaya sehingga hari ini. Malah, Senario juga merupakan pelawak yang mempunyai puluhan lagu dan album yang masih belum ditandingi oleh mana-mana kumpulan lain. Betapa hebatnya Senario! Disebabkan baru-baru ini mereka telah muncul dengan Jaga-Jaga Senariounion, apa kata kita ‘throwback’ sedikit filem terbaik sebelum ini. Berikut merupakan antara filem Senario paling legend.

Senario The Movie (1999) Ini Mengisahkan tentang tapak funfair yang dibuka Apek dan Wahid yang mempunyai abang terencat akal dilakonkan Azlee, kisah ini antara yang sangat ‘evergreen’.Filem ini menampilkan ahli kumpulan Senario termasuk Wahid, Azlee, Mazlan, Saiful Apek serta Syanie, Syamsul Ghau Ghau dan AR Badul.

Senario Lagi (2000) Jangan tak percaya karya ini merupakan filem pertama Senario yang pernah memenangi Festival Filem Malaysia (2001) dalam Anugerah Khas Juri bagi Filem Box Office.Filem ini mengisahkan tentang Azlee yang baru saja membeli kereta terpakai dan ingin membawa isterinya berjalan-jalan ke Cherating.Namun ketika dalam perjalanan, mereka akhirnya mendapat tahu yang kereta tu rupanya kereta curi.Filem ini turut menampilkan pelakon terkenal Umie Aida dan Azhar Sulaiman.

Lagi-lagi Senario (2001) Kejayaan Senario sangat memuncak ketika ini dan pastinya bukan sekali dua orang ramai menonton filem ini.Betapa hebatnya Lagi-lagi Senario!Filem ni mengisahkan tentang Wahid yang baru dibuang kerja dan akhirnya bekerja di kedai milik Azlee bersama Yassin dan Saiful.Namun konflik cerita ni bermula bila Mazlan membuka kedai roti canai di sebelah kedai Azlee dan mereka berdua mula bersaing antara satu sama lain.Filem ini juga banyak menampilkan pelakon hebat termasuklah kemunculan Wardina Safiyyah, Ani Maiyuni dan Nabila Huda!

Senario Lang Buana (2003) Filem ini saksikan haluan Senario yang berubah sedikit. Pendek kata watak dan ‘treatment’ filem ini lebih ke arah serius dan penuh elemen klasik dan sejarah.Lang Buana mengisahkan tentang tiga orang lelaki bernama Gunung, Daik dan Bercabang yang jadi hamba kepada Orang Kaya Seri Bentan.Mereka kemudian berhenti di satu kota bernama Lang Buana yang kemudian secara tiba-tiba terpaksa menyamar menjadi putera raja.

Senario XX (2005) Siapa boleh lupa filem Sci-Fi arahan Aziz M Osman ini.Selain jalan cerita yang ‘fresh’ unik dan melangkau zaman, filem ini juga diserikan dengan kemunculan Fazura!Filem ni bercerita tentang makhluk asing bernama Zoragon yang asal dari Zuhal. Namun secara tak sengaja Zoragon mendarat di Malaysia setelah kapalnya rosak diserang penjahat.Kekecohan timbul sampai ada yang sangka Zoragon ni jelmaan hantu polong.Selain filem, runut lagu filem ini juga sangat malar segar! Dia boleh bertukar wajah!Apapun jangan lupa saksikan flem terbaru mereka Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Sumber, Gempak

Exit mobile version