Penampilan terkini Hidayah jadi perhatian ramai, memang lain betul dengan yang sebelum ni

Penampilan baharu balu kepada pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali mendapat perhatian ramai. Walaupun berimej sopan namun itu tidak menghalang Hidayah untuk memperbaiki penampilannya saban hari. Menerusi video terbaharu yang dikongsikan di platform Instagram dan TikTok, Hidayah kelihatan semakin cantik dan berseri. Tidak cukup dengan itu, rata-ratanya memuji Hidayah yang dilihat semakin ramping dan pandai bersolek bersesuaian dengan imejnya. Selain itu, video yang merakamkan gelagat Hidayah bersama anaknya, Hamzah itu juga membuatkan pengikutnya terhibur. Klik sini untuk lihat video.

KOMEN WARGANET:

Terdahulu, Hidayah dan Abam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Abam pergi menghadap illahi pada 9 Februari 2020 di kediamannya di Gombak akibat demam panas. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber, bartasangbad

Nak Bayar Duit Saman Sampai Kena Jual Ayam, Sekali Ali Puteh Tampil Bersuara Buat Ramai Yang Tak Sangka. Mengorak langkah ke dunia perniagaan pembekalan ayam mentah bersama jenama Red Grocer, pelawak, Ali Puteh, 34, bagaimanapun menegaskan, usaha yang dilakukan bukanlah untuk membayar sejumlah wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali. Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, hal itu perlu diperjelas olehnya memandangkan dia sedar akan ada mulut-mulut negatif yang akan membuat cerita tidak benar mengenainya.

“Saya baru sahaja menjalin usahasama sebagai duta untuk jenama Red Grocer. Dalam masa yang sama turut menggalas tugas sebagai rakan kongsi. Saya tahu, akan ada yang cakap kini mula berniaga sebab nak bayar duit itu tetapi bila fikir-fikir semula, netizen memang akan sentiasa bercakap pun. “Saya memilih untuk senyum sahaja berkata terima kasih. Saya nak fokus pada kerja dan perniagaan ini saja. Saya tak kerja untuk bayar duit itu, tidak ada kaitan. Fokus berniaga ini lebih kepada fardu kifayah,” katanya.

Ali berkata demikian semasa ditemui di majlis perasmian dan pelantikannya sebagai duta di kilang Red Grocer di sini, baru-baru ini. Selain itu, berkongsi mengenai bidang baru yang diterokainya itu, kata Ali, ia juga bukan penamat kepada perjalanan kerjaya seninya. “Saya ini berpegang kepada pendirian untuk terus maju ke depan dalam apa sahaja yang saya lakukan. Begitu juga bila sebut tentang industri. Berniaga bukan bermakna saya akan mematikan kerja-kerja seni saya,”katanya.

“Jika masih diberi peluang untuk bermain di gelanggang seni, saya akan bermain. Saya dengan Mamak pun tak pernah membubarkan kumpulan Puteh. “Hal ini sudah dibincangkan awal-awal. Kalau membabitkan kerja-kerja untuk Kumpulan Puteh, kami akan bergerak sama. Kalau untuk kerjaya solo, masing-masing akan menghormati jalan masing-masing,”katanya. Untuk info, pada 18 Februari 2022, mahkamah telah memerintahkan Ali untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya itu akibat mengeluarkan kata-kata aib di Instagramnya pada dua tahun lalu. Ali pada masa yang sama memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat. kredit, utusan

Exit mobile version