Ramai sudah ditipu oleh scammer baju raya, Individu ini kongsi cara ketahui online seller ini scammer

Sudah ramai yang teranaiya dari scammer ini. Scammer secara dalam talian kini dikatakan giat menggunakan gambar produk peniaga lain untuk memperdaya mangsa mereka. Pemilik akaun Instagram Alfateema Malaysia, Elaikha Z berkata ini bukan pertama kali scammer menggunakan gambarnya untuk ‘memerangkap’ pembeli, malah, perkara ini sering berlaku. “Ada satu insiden tu scammer tampal logo atau nama IG (Instagram) mereka pada watermark kami. “Sesetengah pelanggan kami ada yang terpedaya dengan taktik ini tapi ada juga yang hubungi kami untuk semak sama ada akaun-akaun tersebut adalah dropship atau ejen kami,” katanya.

Menurut Elaikha dia telah melaporkan akaun-akaun berkenaan kepada pihak Instagram namun sia-sia kerana scammer terbabit sering menukar nama akaun mereka. (Kiri) Gambar asal daripada penjual Alfateema Malaysia yang telah diletakkan watermark dan (kanan) gambar yang telah dicuri dan ditampal logo peniaga lain. Jumlah akaun scammer yang terlalu banyak di media sosial turut menyukarkan usaha untuk menghalang lebih ramai mangsa daripada terpedaya.

Elaikha menasihatkan para pembeli untuk sentiasa menyemak nama akaun dan bertanya kepada individu lain terlebih dahulu terutama sekali sekiranya harga yang ditawarkan oleh sesebuah kedai itu terlalu murah. “Saya tahu sukar untuk mempercayai mana-mana sumber di Instagram (khususnya) tetapi semak semula nama akaun, tengok berapa kali nama dah ditukar, kedai itu asal dari mana dan tanya soalan apabila sesuatu barang tu terlalu murah. “Laporkan akaun (scammer yang telah dikenalpasti) dan semak ruangan komen. “Banyak akaun scammer menutup ruangan komen dan ini mungkin boleh jadi tanda amaran,” katanya. Sumber, rose merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak adin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Exit mobile version