Mari kita dengar nasihat dari pakar berkenaan ini. Dr Lim Soo Jin menjelaskan gaya hidup antara punca utama seseorang mendapat sakit. “Tiga perkara ini sering dialami oleh pesakit yang berusia 40 tahun ke atas, namun begitu, rutin gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan mereka didiagnosis pada usia yang lebih muda. “Ketiga-tiga perkara ini juga boleh menjadi penyumbang utama kepada penyakit strok, penyakit jantung iskemik dan masalah buah pinggang kronik, di mana ia juga akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain jika diambil ringan,” katanya. Orang ramai katanya perlu tahu bahawa simptom kepada tiga masalah kesihatan ini sering dianggap tidak serius dan pemeriksaan kesihatan berkala untuk memeriksa bacaan tekanan darah, gula dalam darah serta kolesterol sangat penting. Apakah simptom yang perlu diketahui bagi mengenali ketiga-tiga sakit ini.
Bacaan tekanan darah yang tidak normal boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit tanpa disedari.
Tekanan darah tinggi, pening kepala, masalah penglihatan, sakit dada serta sukar untuk bernafas. Kolesterol tinggi, keadaan mata Xanthelasma (ketulan berlemak di bawah kulit berwarna putih kekuningan) atau Arcu Senilis (lengkokan berwarna putih, kelabu atau kebiruan yang jelas kelihatan di bahagian luar kornea mata). Diabetes, kerap berasa dahaga, kerap membuang air kecil, lesu, loya, muntah-muntah serta mengalami kesukaran bernafas dan sakit perut. Ketulan berlemak di bawah kulit berwarna putih kekuningan petanda kolesterol tinggi.
Tanpa rawatan boleh jejaskan jantung dan otak
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, simptom ini boleh membawa kepada sakit mengancam nyawa seperti Sindrom Koronari Akut (ACS) di mana berlakunya pengurangan saluran drh ke jantung secara mendadak. Keadaan ini boleh mengakibatkan kondisi serangan jantung seperti Acute Myocardial infarction, Acute Subendocardial Myocardial Infarction dan angina yang tidak stabil. Pakar Jantung dan Perunding Kesihatan di SMCV, Dr Tee Chee Hian menerangkan bahawa keadaan ini boleh dikenalpasti melalui simptom seperti sakit dada, kekurangan daya toleransi, mudah berasa penat, pening kepala, situasi hampir pengsan dan rasa berdebar tanpa sebab. “Sekiranya tiga perkara ini tidak dikawal dengan sebaiknya, ia akan menyebabkan penyumbatan pada arteri koronari dan mengurangkan aliran drh ke otot jantung.
Dr Tee Chee Tian memberitahu jika dibiarkan sakit ini boleh mengancam kesihatan jantung.
Katanya “Bagi kes yang lebih serius, pesakit boleh tidak sedarkan diri (ketika jantung berhenti mengepam) dan memerlukan rawatan perubatan dengan segera,” ujarnya. Sementara itu, Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan SMVC, Dr Kok Chin Yong pula memberitahu tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya perubahan serta pembentukan semula dinding saluran drh yang tidak normal, seterusnya membawa kepada aliran drh yang terjejas kepada struktur otak yang lebih dalam. Selain itu, kandungan gula dalam darah yang tidak normal juga mampu mengakibatkan kerosakan di struktur yang sama sehingga boleh menyebabkan masalah kekeliruan, masalah pergerakan yang tidak normal dan juga sawan. Jelas Dr Kok, bukan semua masalah tekanan drh mampu membawa kepada hipertensi, tetapi ia adalah tanda amaran yang tidak boleh diendahkan begitu sahaja.
Dr Kok Chin Yong menekankan tentang diagnosis awal dapat mengelak daripada kemungkinan lain.
“Diagnosis awal adalah penting dengan memastikan ketiga-tiga sakit ini dikawal, pesakit dapat mengelakkan diri daripada kemungkinan untuk mendapat strok dan demensia melalui cara menghindari kemerosotan kedua-dua sel otak dan saluran drh dalam otak,” katanya. Langkah proaktif demi kesihatan lebih baik dalam perkembangan sama, Dr Lim memberitahu Malaysia mempunyai fasiliti perubatan terbaik dan sebagai individu bertanggungjawab mereka perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan kemudahan ini dan menjaga kesihatan. Manakala Dr Tee pula menekankan diet yang seimbang dan rutin senaman dapat membantu mengurangkan risiko tiga sakit berbahaya ini. “Diet yang kaya dengan sayur-sauran dan buah-buahan serta mengurangkan pengambilan makanan proses sangat disarankan. Bersenam secara tetap juga adalah cara mengawal tiga penyakit berbahaya ini.
Amalkan gaya hidup sihat dan bersenam.
Tahukah anda “Tidak hanya itu, tabiat merokok juga perlu dihentikan sebagai salah satu usaha mengurangkan risiko menghidap sakit Sindrom Koronari Akut,” ujarnya. Dr Kok pula berpesan agar jangan mengabaikan sebarang perubahan dialami oleh badan kerana sebarang gejala kecil atau pun besar ia boleh memberi impak kepada kesihatan. “Jangan ambil ringan terhadap simptom yang anda alami kerana tekanan drh tinggi, diabetes merupakan faktor utama kepada penyakit lebih berbahaya seperti strok dan hipertensi sendiri dianggap sebagai pembunuh senyap,” ujarnya. Sumber, mstar