Meera Nordin ketika majlis pelancaran produk Meeracle Brightening Booster Ampoule. Salah satu kandungan dalam produk penjagaan wajah sering digunakan adalah niacinamide yang baik mengatasi pelbagai masalah kulit agar lebih bersih dan berseri. Niacinamide atau nicotinamide adalah salah satu zat daripada Vitamin B iaitu niacin dan dalam dunia dermatologi, zat ini digunakan untuk mengatasi jerawat dan bekasnya selain mencerahkan kulit. Selain itu, fungsi lain niacinamide adalah untuk membantu pembentukan protein pada kulit dan memerangkap kelembapan dalam sel-sel kulit yang membuatkan kulit terhindar daripada kerosakan dan lapisannya lebih kuat dan anjal. Berikut adalah lima manfaat niacinamide bagi kesihatan dan kecantikan kulit wajah:
Meningkatkan ketahanan kulit
Niacinamide membantu pembentukan keratin, iaitu protein yang menjaga kulit tetapi sihat dan kuat. Bukan sekadar itu, ia juga merangsang pembentukan lapisan ceramide yang berfungsi sebagai pelindun dan menjaga kelembapan kulit. Merawat keradangan kulit, pembentukan jerawat menyebabkan keradangan pada kulit. Ketika menggunakan produk dengan kandungan niacinamide, zat anti inflamisi dan antioksidan di dalamnya dapat membantu meredakan keradangan kulit sekali gus merawat jerawat. Memudarkan bekas jerawat, hiperpigmentasi adalah keadaan munculnya lubang atau noda gelap pada kulit akibat penghasilan pigmen melanin berlebihan. Nicotinamide lima peratus boleh membantu menghilangkan kesan lubang dan rona gelap pada kulit menerusi pembentukan melanin dan merangsang pembentukan kolagen.
Melindungi kulit dari sinar matahari
Bekas jerawat boleh membuatkan keradangan bertambah parah terutamanya apabila ia terkena sinaran matahari. Nicotinamide juga berfungsi sebagai pelindung wajah selain menjaga kelembapan dan kekuatan kulit. Mencegah penuaan, niacinamide terbukti membantu mencegah penuaan sebelum waktunya kerana bahan aktif yang terdapat padanya mampu menghalang proses itu termasuk akibat terdedah kepada cahaya matahari, pencemaran dan gaya hidup. Meeracle Brightening Booster Ampoule mempunyai 12 peratus niacinamide.
12 peratus niacinamide dalam Meeracle
Menyedari akan kelebihan niacinamide, jenama Meeracle tampil dengan produk terbaharu iaitu Meeracle Brightening Booster Ampoule yang mengandungi 12 peratus niacinamide bagi menghasilkan concentrated booster dalam mencerahkan kulit wajah. Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Meeracle, Bella Luna berkata, produk itu mampu memberi kesan pencerahan seawal tiga hari dengan cara penggunaan yang tepat dan konsisten dan paling penting ia selamat dan halal digunakan. “Produk ini adalah booster dalam mempercepatkan proses mencerahkan wajah selain membantu memperbaiki masalah kulit yang dialami. “Atas sebab itu kita nyatakan kandungan 12 peratus niacinamide terdapat dalam produk ini yang akan memberi kesan lebih cepat. “Meeracle Brightening Booster Ampoule adalah hasil kajian pembangunan dan penghasilan sejak 2019 dan kita ingin menghasilkan satu produk yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dan mendapat kesan yang lebih ketara dan selamat,” katanya.
Meera Nordin menyasarkan produk menembusi pasaran Asia Tenggara.
Produk itu kata Bella, menjadi pemacu produk kecantikan di Malaysia apabila pihaknya menjalinkan kerjasama dengan syarikat pembuatan produk gergasi, Cosmax yang berpengakalan di Indonesia dalam membangun dan menghasilkan produk-produk baharu. Kerjasama ini juga bakal menyaksikan lebih banyak produk dihasilkan oleh Meeracle bagi memenuhi pasaran kecantikan secara global. “Sebagai permulaan, kita sasarkan pasaran produk di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, tetapi kami akan lebih agresif kerana yakin produk ini dapat diterima baik oleh pengguna,” katanya. Cosmax adalah sebuah syarikat pembuatan terkenal di dunia yang menghasilkan produk-produk kecantikan untuk jenama-jenama gergasi dan terkenal di Amerika Syarikat dan Korea. Pada 2020, Cosmax menjadi syarikat pembuatan produk kecantikkan nombor satu secara global yang mencapai jualan tahunan sebanyak AS$2 bilion (RM8.44 bilion) dan berkapasiti menghasilkan dan mengeluarkan produk sebanyak 2.73 bilion unit setahun. Sumber, mstar