Si bulus pun nak balik beraya juga, Seorang lelaki kongsi cara bawa kucing balik beraya di kampung

Umum lagi memang kita ketahui setelah dua tahun kita tidak dapat beraya di kampung halaman, akhirnya tahun ini kita dapat bersua dan beraya semula dengan keluarga tercinta. Bagi pencinta kucing, haiwan peliharaan itu juga merupakan ahli keluarga dan mereka akan seboleh-bolehnya ingin membawa kucing untuk pulang beraya bersama, tetapi ramai yang mempunyai masalah untuk memastikan perjalanan itu tenang dan tidak bermasalah. Kebanyakan kucing akan ‘meragam’ sejurus menaiki kereta kerana mereka tidak biasa dengan persekitaran tersebut, kalau kampung jauh lagi lah susah kan.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang difahamkan bekerja di sebuah kedai barangan keperluan kucing berkongsi tips untuk memudahkan perjalanan Si Comel untuk balik kampung. Lelaki itu menyarankan untuk puasakan kucing anda selama 12 jam dan sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan ‘potty pad’ sebagai back up. Dia juga berkongsi, tuan kucing boleh sediakan treats atau snek untuk si manja jika mereka kelihatan moody dan tidak tenang. Selain itu, owner kucing juga boleh menyediakan catnip atau calming spray. Fungsi catnip adalah untuk melegakan kekejangan otot dan kucing akan lebih tenang setelah menghidu tumbuhan tersebut. Dah ada tips ni, korang jangan tinggalkan meow meow dekat rumah pula ye. Sian dorang sunyi nanti. Sumber, lobak merah

Kerap Sembunyi, Ketahui Tanda Mungkin Si Bulus Anda Akan Pergi Selamanya. Tahukah anda kucing boleh dikatakan sebahagian daripada keluarga kita memandangkan mereka juga menetap dalam rumah yang sama. Kucing juga mampu untuk menenangkan minda kita dengan telatah dan wajah mereka yang comel. Namun begitu, bagaimana pula jika pada suatu hari si bulus akan ‘pergi’ meninggalkan kita? Seelok mana pun kita pelihara si bulus, mana-mana yang hidup pasti akan mati juga. Buat pemilik kucing, saat kehilangan haiwan kesayangan ini merupakan satu detik yang sangat memilukan. Untuk itu, kita harus tahu tanda-tanda si bulus bakal pergi meninggalkan kita.

Perubahan rupa dan bau

Seperti yang kita tahu, kucing ialah seekor haiwan yang pembersih dan sering mandi dengan menjilat bulu sendiri. Namun apabila mereka sudah uzur dan tua, mereka akan kehilangan tenaga untuk berbuat demikian. Kesannya, bau bulu kucing akan menjadi sedikit busuk dan bulu mereka juga akan kelihatan kotor dan tidak terurus.

Tidak makan dan minum

Seperti haiwan yang lain, ia adalah satu kebiasaan untuk kucing kehilangan selera makan apabila mereka sudah tidak bermaya dan uzur. Badan kucing tahu mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk makan dan minum. Malah, kucing boleh menjadi terlalu penat untuk makan dan minum apabila mereka sudah hampir ‘pergi’. Suhu badan rendah, seekor kucing yang sihat mempunyai suhu badan di antara 37 hingga 38 selsius. Salah satu tanda kucing anda mungkin bakal pergi ialah mereka mempunyai suhu badan yang rendah. Denyut jantung kucing juga akan menjadi semakin perlahan dan lemah. Selalu periksa kucing anda okay!

Bersembunyi

Kebiasaannya, kucing akan mencari tempat yang dianggapnya selamat, tenang dan gelap untuk berehat buat selamanya. Boleh jadi, tempat ini adalah jauh daripada kawasan rumah. Ini adalah kerana kucing berasa mereka akan lebih terancam kepada haiwan lain apabila mereka lemah, jadi menyorok di tempat yang selamat adalah cara untuk menyelamatkan diri. Perubahan karakter, perkara ini boleh disedari apabila kucing tidak lagi mahu dipegang dan bermanja dengan kita seperti biasa. Boleh jadi juga, kucing yang biasanya tidak mahu bermanja akan berubah dengan mahukan perhatian di saat hujung nyawanya. Sumber, lobak merah

Exit mobile version