Umum lagi kita ketahui bahawa artis ni menunaikan umrah sebelum hari raya kelmarin. Pelakon Puteri Sarah Liyana bersyukur apabila ibadah umrahnya dipermudahkan meskipun akui agak mencabar apabila membawa bersama dua orang anaknya. Malah Puteri Sarah memberitahu pengalaman umrah selama 16 hari itu amat bermakna tak ternilai buatnya. “Syukur Alhamdulilah Allah swt memudahkan urusan Sarah walaupun diakui memang agak mencabar nak melakukan ibadah dengan anak-anak umur 5 dan 3 tahun. “Tapi pengalaman yang Sarah dapat sangat berbaloi dan tak ternilai. Bukan semua orang Allah jemput ke tanah suci sekeluarga macam Sarah kan? Kadang-kadang orang yang banyak duit pun tapi jika Allah tak jemput, tak datang juga.
Katanya lagi “Syukur Alhamdulilah . Sungguh indah dan tak ternilai rahmatNya. Sikit pun Sarah tak menyesal bawa anak-anak mengerjakan umrah sebab memang Sarah dah simpan niat dari awal.“Ibadah Sarah sikit pun tak terbatas, Sarah sangat berpuas hati dapat bawa anak2 kesana,” katanya.Puteri Sarah berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama dan dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun. Dalam kemas kini terbaharu Puteri Sarah dilihat tidak pulang ke Malaysia malah sambung bercuti di Turki bersama keluarganya.
Dia juga turut memuat naik beberapa momen berada di Lubnan menerusi Insta Story miliknya dan anak-anak juga terlihat ceria membeli coklat sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusuf pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun. Sebelum ini, kisah rumah tangganya dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian warganet. Puteri Sarah, 36, turut mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap dingin. Sumber, gempak