Setiap pasangan yang berumahtangga pasti menginginkan untuk dikurniakan zuriat sebagai penyeri keluarga dan penyambung keturunan. Namun rezeki setiap pasangan tidak sama, ada yang tidak perlu menunggu lama namun ada pula yang terpaksa bersabar sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah! Penantian selama dua tahun, sudah pasti tidak dapat digambarkan oleh isteri kepada youtuber terkenal Bella kini sedang berbadan dua. Terbaru menerusi posting di laman ig Bella tidak dapat menahan seb4k berkongsi ‘pregnancy test’. Terdahulu, pasangan ini terpaksa melalui detik duka apabila berbagai dugaan, hinaan dan kritikan yang dilemparkan selama 2 tahun tidak memiliki zuriat sehingga ada yg cakap dirinya mandul.
Di dalam video tersebut, Bella telah berkongsi momen-momen pahit dirinya di dicemuh sehingga mengalami ‘depression’ namun perancangan Allah lebih baik dari segala-galanya. Bella telah membuat kejutan untuk suaminya dengan membawa kotak berisi coklat yang mengandungi ‘something’ disebaliknya. Reaksi si suami yang begitu teruja membuatkan rakan-rakan turut sebak. Terbaru, Allah gandakan rezeki lagi berkat dari kesabaran mereka selama 2 tahun. Mereka mendapat satu berita gembira iaitu mereka bakal dapat anak kembar!
Alhamdulillah .. terima kasih ya Allah atas rezeki yang diberikan. Penantian tepat 2 tahun , akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil dalam perutku. Dengan berbagai dugaan , hinaan & kritikan yang dapat selama 2 tahun ni . Ada yg cakap saya mandul . Ade yg cakap kami x bernasib baik . Allahu akbar! Tapi saya tetap sabar & senyum walau dihina banyak kali . Sebab saya percaya Rancangan Allah swt . Allah maha besar , Maha mendengar lagi maha mengasihani. Terima kasih lagi sekali untuk family saya , family mertua saya yg x putus doakan rezeki zuriat untuk saya dan suami. Cuma nasihat bella untuk semua org kat luar sana . STOP untuk hina org lain, lagi2 korang x tau perjuangan mereka yg nak dapatkan anak . Nampak diorg senyum ,
tapi dalam sumpah diorg sedih & down . Kalau boleh mulut jaga tau . X baik mempertikaikan rezeki dari Allah swt . Allahu akhbar. Untuk anakku , mommy & daddy akan jaga awak baik2 . InsyaAllah. Semoga Allah swt lindungi kandungan ni dan semoga membesar dengan sihat walafiat . Amin ya Allah. Bella juga berterima kasih kepada keluarganya serta kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan rezeki zuriat buatnya. Dia juga berharap kepada warganet diluar sana supaya berhenti untuk menghina orang lain yang sedang berjuang untuk memiliki anak. Semua orang boleh tersenyum namun hati tiada siapa yang tahu. Rata-rata warganet turut sebak dengan perkongsian ini dan brharap semoga Allah menjaga dan melindungi kandungannya. Alieff atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki dan Nurul Nabilah Aliah Hazman telah sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada hari Jumaat 14 Februari 2020 yang lalu. Congrats Bella, Semoga dipermudahkan! Sumber, Youtube Aliff Irfan