Dikatakan tidak menghormati suami, Sekali ini respon berani Ifa Raziah

Memang tak asing lagi kita dengan usahawan dan selebriti terkenal, Ifa Raziah tidak menafikan ada segelintir masyarakat yang pernah mendakwa yang dia kononnya kurang hormat terhadap suami, Mohd Yani Abdul Rahman sebelum ini. Meski ada segelintir yang menanggap sedemikian terhadap dirinya, Ifa dengan tenang menjawab tanggapan negatif tersebut. Jelas Ifa, kehidupan yang dilaluinya sangat berbeza dan tidak sama sekali dengan kehidupan orang lain.

Katanya “Saya tak nafikan ada segelintir masyarakat akan pandang saya sebagai seorang isteri dan selebriti menganggap saya ini ada rasa hilang hormat pada suami. “Macam kes saya ni berbeza dengan kehidupan orang lain. Bezanya orang lain pergi kerja saya duduk rumah, orang lain bercuti saya bekerja. “Kehidupan saya agak berbeza dengan kehidupan orang lain dan tidak sama. “Suami saya sentiasa berada dengan saya 24 jam di belakang menyokong saya,” katanya.

Dedah penyanyi berusia 46 tahun ini, setiap keputusan dan tindak tanduk yang dilakukan atas arahan serta keizinan suaminya. “Sebenarnya, apa sahaja tindakan yang saya lakukan adalah atas arahan dia saya bertindak. Itu yang membezakan saya dengan orang lain. “Cara kehidupan saya tidak sama dengan orang lain, tetapi tidak ada tilmbulnya rasa tidak hormat pada suami. “Sebab apa yang saya buat adalah restu dan arahan daripada suami saya. Semua suami yang menjaga saya. “Dia tetap suami saya walau ke mana sahaja pun saya pergi rasa hormat itu tetap ada. “Pergaduhan yang manja-manja itu biasa lah kadang-kadang, asam garam rumah tangga tetapi akan diselesaikan dengan cara yang berhemah dan baik,” katanya lagi.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha telah berkongsi hal tersebut ketika di undang sebagai tetamu jemputan rancangan Wanita Hari Ini, TV3 bagi membincangkan topik ‘Hilangnya Rasa Hormat Antara Pasangan’ bersama penonton. Sekadar informasi, Ifa telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Shakir Aqili. Selain Shakir, Ifa turut memilik seorang anak angkat perempuan bernama Sharifah Putri Umairah. Sumber, media hiburan

Exit mobile version