Umum lagi kita ketahui dengan sakit mental ini. Anda seharusnya segera dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami gejala gangguan kesihatan mental. Dalam zaman serba mencabar kini, ramai daripada kita mengalami tekanan hebat sehingga mengabaikan kesihatan mental. Meskipun isu kesihatan mental bukan lagi perkara taboo dalam masyarakat, tetapi masih ramai yang enggan ke hadapan mengakui menghadapi masalah kerana stigma selain ada tidak menyedari tentangnya.
Sebab itu ramai tidak sedar tentang tanda-tanda kesihatan mental menurun sehinggakan ada mengambil langkah pintas seperti mencedeerakan diri atau mengambil nyawa sendiri sebagai jalan keluar. Berikut adalah 10 tanda menunjukkan kesihatan mental seseorang terganggu dan memerlukan bantuan segera.
Bersedih tanpa sebab atau kemurungan lebih daripada dua minggu
Semua orang pasti pernah mengalami kesedihan dan kebiasaannya perasaan itu akan hilang dengan sendirinya seiring dengan waktu. Bagaimanapun, The American Psychiatric Association menjelaskan individu yang mengalami perasaan sedih berterusan lebih daripada dua minggu, ia boleh jadi petanda kemurungan.
Perubahan mood tanpa sebab
Kajian yang dilakukan National Center of Biotechnology Information menjelaskan emosi yang berubah-ubah setiap hari adalah perkara normal. Pun begitu, perubahan emosi yang dramatik dan tidak menentu adalah petanda besar dalam perilaku dan tenaga seseorang dan boleh menjadi tanda gangguan bipolar.
Gagal kawal perasaan bimbang dan cemas
Pernahkah anda berasa bimbang atau cemas tetapi gagal mengawal perasaan itu. National Institute for Mental Health menjelaskan ia adalah salah satu tanda daripada gangguan kecemasan melampau (anxiety). Simptomnya turut disertai dengan kesukaran berasa tenang, mengalami insomnia, fikiran kacau, rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan atau mudah tersinggung dengan perkara kecil.
Memencilkan diri
Meluangkan masa untuk diri sendiri dapat membantu kesihatan mental dan fizikal tetapi jika anda mula selesa dengan keadaan itu sehingga menghindari interaksi sosial dan enggan berjumpa orang, ada sesuatu yang tidak kena. Enggan bersosial dan suka memencilkan diri boleh menjadi petanda penyakit mental seperti kemurungan, anxiety atau gangguan psikotik.
Halusinasi atau khayalan
The National Alliance on Mental Health (NAMI) melaporkan 100,000 kes berkaitan psikosis dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat. Tiga daripada setiap 100 kes pula pernah mengalami episod psikotik iaitu gejala skizofrenia. Sukar jalani kehidupan normal, The Australian Department of Health menyatakan situasi sukar yang pernah dihadapi sehingga menggangu kemampuan seseorang berfungsi secara normal lebih daripada dua minggu hingga dua bulan merupakan tanda kemurungan dan anxiety.
Kurang atau terlebih tidur
Universiti Harvard dalam satu kajian mendapati bahawa 10 hingga 18 peratus daripada populasi umum memiliki masalah tidur. Namun kajian itu menyatakan, kurang atau terlebih tidur, dua hingga tiga kali lebih biasa pada orang yang menderita penyakit mental. Penyalahgunaan ubat-ubatan atau alkohol, Mental Health pula menyatakan satu daripada empat atau 25 peratus individu yang mengalami gejala penyakit mental menggunakan alkohol atau ubat-ubatan untuk berasa lebih tenang daripada perkara-perkara seperti kemarahan, kecemasan atau serangan mania.
Kemarahan yang ekstrem
Jika anda pernah merasakan ledakan kemarahan yang hampir mustahil untuk dikendalikan, itu mungkin merupakan peringatan akan tahap tekanan, kesedihan yang belum pulih atau rasa cemas berterusan. Ledakan kemarahan yang ekstrem juga boleh menjadi tanda trauma yang belum selesai, gangguan bipolar, penyalahgunaan alkohol, gangguan obsesif-kompulsif, gangguan eksplosif intermiten atau kemurungan.
Mencederakan diri sendiri atau terfikir tamatkan riwayat hidup
Mental Health Foundation menjelaskan setidak-tidaknya 10 peratus individu di bawah 30 tahun pernah terfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. Terdapat pelbagai alasan mengapa golongan ini berfikiran begitu seperti sering diejek atau dihina, rasa kehilangan yang berat, trauma atau tragedi yang tidak boleh dilupakan. Mengalami gejala-gejala yang disenaraikan bukan bererti seseorang itu sudah tidak dapat diselamatkan. Atas sebab itu, penting untuk mengetahui simptom dialami dan dapatkan bantuan segera. Sumber, mstar