Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan, ibu kepada Noor Neelofa iaitu Noor Kartini berkongsi kisah perkenalan di antara dirinya dan suami Dato’ Abdul Halim Khan di Instagram. Menurut Noor Kartini, ramai yang ingin mengetahui kisah perkenalan mereka berdua. Kisah macam dalam movie, menurut Noor Kartini, dia dan suami berkenalan menerusi seorang rakan yang digelar ‘Dato’. Pada awalnya, mereka hanya memandang di antara satu sama lain ketika berada di dalam kereta yang berasingan. Siapa sangka, perjumpaan seterusnya berlaku selepas ‘Dato’ yang dikenali mengajak mereka berdua untuk keluar makan.
Malam tu Dato tanya mama free tak nak ajak keluar makan. Mama pun keluar dan tiba-tiba uncle pun ada dekat situ. Lepas saja jumpa masa tu, mama terkejut sebab tiba-tiba esok lusa ubcle nak kahwin dengan mama. Baru kenal 3 hari dan dia tahu mama ada anak 5 orang. Allah mudahkan jodoh kami. Tambah Noor Kartini, penerimaan suaminya terhadap anak-anak sangat baik dan hal itu membuatkannya rasa bersyukur. Ujar Kartini lagi, suaminya sangat bertanggungjawab. Uncle ni penuh kasih sayang dan kasih sayang dia sangat besar. Dia sangat menghormati dan menjaga mak dia. Dia jaga, menghormati dan membahagiakan mama juga. Rasanya ni asbab kejayaan uncle dalam kehidupan dia.
Tak pernah berkira dengan semua anak-anak
Bercerita lebih lanjut, Kartini memberitahu bahawa suaminya tidak pernah berkira dengan anak-anak bahkan melayan kesemua anak-anak secara sama rata. Ujar Kartini lagi, suaminya merupakan tulang belakang dalam melakukan bisnes. Dulu sebelum mama ada bisnes sebenarnya uncle dah mula bisnes. Masa tu semua family mama dia bantu yang mana tak berkemampuan. Alhamdulillah. Mama bersyukur sangat sebab bukan senang nak cari seorang lelaki yang budiman menerima seorang ibu tunggal macam mama dan anak-anak dengan ikhlas. Sumber, oh bulan