Bersedia untuk berumah tangga, Sherry Ibrahim dedah kini sedang mengenali hati budi seseorang

Umum lagi kita ketahui dengan pelakon cantik manis ini. S.akit a.kibat ditinggalkan sang kekasih membuatkan pelakon Sherry Ibrahim lebih berhati-hati dalam soal jodoh. Pada usia melewati hujung 30an, Sherry tidak mahu membuang masa dengan lelaki yang salah. Malah, Sherry juga enggan terlalu mendmedahkan kisah cinta andai bertemu lelaki yang boleh dijadikan calon suami. Buktinya, meskipun riak wajah dan bahasa t.ubuh ditunjukkan, Sherry atau nama sebenar, Syarizad Ibrahim seolah-olah sedang dilamun cinta, namun agak sukar berkongsi soal hatinya.

Saya akui berkawan dengan seseorang, ketika ini. Dia juga kawan lama saya. Namun, jika nak cakap dialah lelaki yang bakal menjadi jodoh, saya tak berani nak cakap apa-apa. Jika boleh, saya sudah tidak mahu terlalu terbuka bercakap soal teman lelaki. Pengalaman lalu mengajar agar jangan mudah berkongsi sesuatu yang belum s.ahih menjadi milik. Bercinta bagai nak rak, semua orang tahu akan hubungan, namun, akhirnya saya juga yang ditinggalkan,” luahnya.

Enggan pisang berbuah dua kali, pelakon drama rantaian Ayahanda dan Teduhan Kasih itu berkata, dia hanya akan bercerita mengenai kisah cintanya dan mend.edahkan identiti lelaki selepas mempunyai ikatan yang sah. Hanya selepas menerima lamaran barulah saya yakin dialah lelaki dimaksudkan. Jika belum ada ikatan, saya tak mahu terlalu mudah berkongsi perkara ini kepada sesiapa. Saya bimbang hubungan berakhir tanpa sempat ke jenjang pelamin. Saya dan keluarga juga mendapat malu kerana hal seperti ini pasti akan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak, ungkap pelakon filem Kapoww ini.

Ditanya apakah akan bertunang sebelum disatukan dengan ikatan pernikahan, bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan antarabangsa itu berkata, dia mahu majlis dibuat secara ringkas. Kalau boleh saya hanya mahu ada majlis merisik sahaja. Lepas itu, terus nikah. Saya juga tidak mahu ada hantaran dan cukuplah sekadar sebentuk cincin sebagai tanda. Saya seorang yang ringkas dan tidak ce.rewet. Jika ikutkan, saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia mencecah angka 40 tahun. Namun, saya tak mahu ada sasaran usia kerana bimbang ia tidak kesampaian.

Apa yang boleh dikatakan, saya sudah bersedia untuk bergelar isteri, tahun depan. Tahun ini, saya perlu fokus pada perniagaan yang baru hendak bernafas a.kibat terkesan dengan p.andemik C.VID19 sejak dua tahun lalu. Jadi, jangan ganggu saya,” pintanya. Mengenai sambutan Aidilfitri lalu, Sherry berkata, dia bersyukur dapat berpeluang meraikan Syawal bersama keluarga dan teman-teman selepas dua tahun beraya dalam ku.arantin. Tahun ini, seronok sedikit kerana dapat beraya dengan orang tua.

Selalunya, sambutan Syawal kami sangat ringkas. Saya kembali membuka salun rambut, Khatulistiwa Hair Spa pada hari raya ketiga. Saya juga terlebih dahulu meminta izin ayah dan ibu beraya di rumah si dia. Saya sekarang bukan lagi Sherry Ibrahim yang dahulu. Kalau dahulu, depan orang tua saya pun boleh berpegangan tangan. Sekarang, itu semua takkan berlaku lagi, katanya sambil tertawa.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Exit mobile version