Siapa tak kenal dengan penyanyi tahun 90 an ini, baru baru ini Tomok membuat satu perkongsian mengenai anaknya dilaman instagram. Penyanyi, Tomok akui terharu saat menyaksikan anak sulungnya, Arrian Shah Akid menyanyikan lagu popular kumpulan New Boyz, Meraung dengan sangat lancar di sebuah majlis baru-baru ini. Menurut Tomok yang juga merupakan vokalis kumpulan New Boyz, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka anaknya itu akan menghafal lagu yang pernah menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu itu. “Terkejut ayah dengar Arrian hafal lagu ayah,” tulisnya ringkas.
Video nyanyian tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi hantaran terikini di laman Instagram yang dimuat naik pada Ahad. Video berdurasi hampir seminit itu nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut meluahkan rasa kagum selain turut merasakan Arrian bakal mengikut jejak langkah bapanya satu hari nanti. Kata warganet “Tak lama lagi Arrian buat rambut belah tengah. Tercetuslah fenomena Tomok Junior. “Vokalis New Boyz yang seterusnya. “Rambut kena ubah tau. M is life. Mengimbau kenangan.
Kata mereka lagi “Syok tengok ada waris yang boleh nyanyikan semula kan. Terbaik Arrian. Moga besar jadi anak soleh dan membanggakan ibu ayah. “Fuhh ramai la jatuh cinta dengan Arrian ni nanti,” antara komen-komen warganet di Instagram. Sekadar informasi, Meraung merupakan lagu hasil ciptaan Zul dan Allahyarham Mama Juwie. Lagu ini juga dimuatkan di dalam album kedua New Boyz yang berjudul Akur pada tahun 2001. Pada ketika itu, kumpulan New Boyz dianggotai oleh Tomok (vokalis), Syuk (bass), Jay (gitar utama), Lan (gitar kedua) dan Along (drum). Sumber, media hiburan