Berasa amat terkejut dan terkilan, Aznil luah rasa sebak atas pemergian Adibah Noor

Umum lagi kita mengenali pengacara ini. Pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi akui berita pemergian permata seni, Adibah Noor adalah suatu yang amat mengejutkannya. Malah Aznil memberitahu beliau terkilan kerana sudah lama tidak dapat berjumpa meskipun sering bekerjasama dalam banyak program sebelum itu. “Ia satu berita memeranjatkan. Sebenarnya masa tengok perubahan susut badan arwah dan saat diberitahu dia perlu mengawal makanan saya agak terperanjat juga.

Katanya lagi “Ketika itu juga saya sudah mula tertanya-tanya mengapa dia memakai rambut palsu. Sungguh saya tak tahu rupanya dia sedang sakit. “Bila dengar berita duka ini saya terkejut dan terkilan kerana sudah lama tak berjumpa dengannya,” katanya kepada Astro Gempak. Aznil atau mesra dengan panggilan Pak Nil berkongsi perasaaanya kepada Gempak ketika ditemui selepas rakaman sebuah program nyanyian semalam.

Pun begitu, Aznil memberitahu dia sering bertanya khabar serta memberi kata-kata semangat ketika Adibah menyertai Gegar Vaganza 2021 (GV2021). “Masa dia menyertai Gegar Vaganza 2021 (GV2021) sebenarya saya selalu mesej arwah untuk beri kata-kata semangat. “Setiap kali bila nyanyiannya dikritik semua saya suntik semangatnya kembali. Saya tahu dia memasuki pertandingan itu bukan kerana pilihannya tetapi atas desakan hidup,” dedahnya lagi.

Tambah Aznil lagi Adibah seorang permata seni yang realistic dalam hidupnya tanpa berselindung atau bertopeng disebalik gelaran selebriti. “Kita kehilngan seorang biduanita, suara emas yang luar biasa. Kehilangannya meninggalkan satu ruang kosong yang besar. “Adibah seorang artis yang professional, tak pernah lambat dan tak kedekut ilmu malah tiada rasa takut untuk menegur. “Arwah juga seorang yang realistic. Saya pernah melihatnya melalui tempoh kesukaran kerana mula-mula Covid-19 melanda negara. Dia sanggup menjual rumah untuk kelangsungan hidup. Dia tak malu kerana dia seorang insan yang realistik, tak perlu pura-pura hanya kerana seorang artis,” ceritanya. Adibah dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terkahir pada petang Sabtu di sebuah hospital swatsa di ibu negara selepas difahamkan menghidap penyakit kanser ovari.

Exit mobile version