Ada yang kata Dr Azra tipu, tak boleh berdiam sekali Azri telefon Azra buat ramai yang terkedu

Kuala Lumpur – Meragui kewujudan individu bernama Dr Azra yang dikatakan kekasih kepada bekas suaminya Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty memohon wanita tersebut untuk munculkan diri. Menurut Ellie, 52, sehingga kini identiti sebenar wanita itu masih belum dikenalpasti dan tidak menjumpai sebarang maklumat terperinci menerusi carian di internet. Tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi, namun Ellie bimbang ia sekadar permainan. Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri. “Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya?. Adakah dia scmmr atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok,” katanya.

Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia. Panggilan telefon antara pelakon, Azri Iskandar dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Azra disifatkan sebagai sweet oleh warganet apabila potongan video dari program Melodi itu dikongsikan di TikTok. Dalam potongan video itu, Azri menjawab pertanyaan dan cuba membuktikan bahawa Azra adalah individu yang benar-benar wujud dan bukan palsu atau gimik semata-mata. “Assalamualaikum, baby. Live secara langsung ni tau, nak rakam. Boleh tak you cakap sekejap apa yang ditanya,” kata Azri kepada Azra. Azra yang pada awalnya menjawab panggilan Azri kemudiannya memaklumkan bahawa dia sedang menjalani penggambaran.

“I tengah shooting,” katanya. Azri kemudiannya meneruskan perbualan dengan Azra yang dipanggil dengan panggilan baby. Abang ingat Azra masih break lunch rehat makan tengah hari. Terima kasih, baby. Nanti abang cerita ya. Jaga diri. Sayang awak,” katanya. Terdahulu, Azri mende.dahkan dia bakal berkahwin dengan Azra yang dikenalinya 12 hari selepas berp.isah dengan bekas isteri yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada 17 Mei lalu. Kredit, TV3/Mstar. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Exit mobile version