Pelakon dan pengarah hebat, Ellie Suriaty mendedahkan kemanisan rumah tangganya selama 19 tahun sudah tidak dirasai sebelum mengambil keputusan untuk berundur diri dari perkahwinannya dengan Azri Iskandar. Kata Ellie perubahan pada Azri sudah mula kelihatan dan dia tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya sebegitu. “Azri Mudah Kahwin Dengan Saya, Cerai Pun Mudah”- Ellie Suriaty Dedah Tak Pernah Minta Seutas Rantai. “Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua. Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya.
“Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah… Saya ni bawa pergi malam pun saya dah seronok. Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” luahnya. Ellie meluahkan isi hatinya kepada pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dalam program Hard To Heard yang ditayangkan di Astro Ria, jam 9.30 malam tadi. “Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa… “Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya…Its always about love,” ceritanya lagi.
Banyak lagi perkongsian dan luahan yang dibuat Ellie sehingga mengalirkan air mata selepas berpisah dengan Azri pada 17 Mei lalu.“Sepanjang hidup saya, saya tak pernah minta seurat rantai, saya tak pernah minta barang kemas, saya tak pernah minta cicin berlian what so ever, saya perlukan loyalty” Nampaknya kontroversi yang melanda pelakon Azri Iskandar, Dr Azra mahupun individu yang dikenali sebagai ‘F’ masih tidak menemui jalan penyelesaian. Terbaharu, menerusi program Melodi yang bersiaran semalam, Azri menjelaskan hubungannya bersama Dr Azra benar-benar serius dan masing-masing nekad mahu ke fasa seterusnya. Manakala, individu ‘F’ pula menegaskan dia kini sudah tidak mahu terlibat dengan kontroversi membabitkan hubungan cinta kedua-dua individu terbabit.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen portal hiburan terbabit, rata-rata warganet berasa ‘muak’ dengan kemelut perhubungan dan isu perpisahan membabitkan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini. Malah, ada diantaranya yang ‘meluat’ dan geli mendengar Azri mengungkapkan perkataan seperti ‘I love you’ dan ‘baby’ ketika sesi temu bual yang disiarkan dalam program Melodi. Kontroversi yang berlaku sejak beberapa minggu lalu ini juga pastinya memberi impak yang besar bukan sahaja kepada Azri dan keluarga malah, ibu kepada Dr Azra juga. Difahamkan, ibu beliau terpaksa dikejarkan ke hospital pada Jumaat akibat terkejut dengan kewujudan individu ‘F’. Selain itu, Azri juga kini dilaporkan telah digugurkan daripada membintangi persembahan teater Tan Sri Elyas kerana didakwa memberi imej buruk kepada figura terkenal itu. Sumber xtra, GEMPAK