Kenangan lama teringat kembali, Ziana Zain tampil kongsi kisah seram semasa penggambaran filem Histeria

Umum lagi kita ketahui dengan penyanyi suara lantang ini. Pelakon dan penyanyi Ziana Zain berkongsi pengalamannya berdepan dengan rasa seram ketika menjalani penggambaran drama bersiri Histeria The Series, yang diangkat daripada filem seram blockbuster tahun 2008 berjudul Histeria. Menurut Ziana yang memegang watak sebagai Puan Nora, pengetua bagi sekolah menengah Sri Fatimah, rasa seram itu akan muncul setiap kali dia lalu di beberapa koridor di dalam kampus lama tersebut.

Katanya lagi “Alhamdulillah sepanjang penggambaran Histeria The Series tu belum ada apa-apa lagi yang pelik ataupun dikacau cuma bila kita masuk kawasan peggambaran iaitu sebuah institusi pendidikan, bila jejak kaki je, terus datang satu vibe yang tak berapa menyenangkan. “Kita jalani penggambaran ni sebuah kampus yang dah lama ditinggalkan di Mantin, Negeri Sembilan, dalam perjalanan bila nak lepas pondok pengawal tu pun, ada rasa agak spooky yang tak sepatutnya ada. “Tapi sebelum buat apa-apa tu, saya hanya cakap, saya berada di sini untuk bekerja dan mohon jangan ada yang kacau. Saya yakin budak-budak lain pun ada yang tak sedap bila berada di sana. “Tambah pula ada beberapa koridor yang bila you jalan, bulu roma you meremang je,” ujar Ziana kepada Gempak.

Histeria The Series mengisahkan, sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu. Selain Ziana, naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.

Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh. Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Sumber, gempak

Exit mobile version