Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba seorang pengguna Twitter telah tinggalkan ciapan yang nyata mengejutkan hati ramai pihak. Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan dikatakan ingin ‘merembat’ anak kepada pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden. “Anak Sharnaaz si Jebat tu kalau aku rembt kepala dia eeeiiiii,” tulisnya individu tersebut. Tidak lama kemudian, ciapan tersebut telah sampai ke pengetahuan Sharnaaz sendiri. Sebagai ayah, Sharnaaz turut memberikan reaksi balasnya terhadap tweet individu berkenaan. Jelas pelakon filem Jebat ini lagi, dia sendiri kurang pasti mengapa individu berkenaan meninggalkan komen sedemikian. “Kenapa ya? Kalau saya rembt kepala awak boleh? Bila boleh,” balas Sharnaaz. Melihat di ruangan, rata-rata warganet menyelr tindakkan tersebut malah ada juga yang beranggapan individu berkenaan mungkin hanya ingin bergurau cuma penggunaan ayatnya yang salah.
“Rasanya dia Geram atas kecomelan anak sharnaaz kot. Tapi tu la, ayat dia tak kena. Kan Bapak dia dah mai. “Woah! Hebat-hebat nak rembt anak orang, try tengok. “Level geram dia lain macam. “Aku rasa sebab dia geram je tuuu. Tapi kalau dia tak geram sebab kecomelan, kita tembk dia ramai-ramai. “Dengan budak kecik innocent pun nak main rembt-rembt dah kenapa?,” antara komen-komen warganet di Instagram. Bagaimanapun, ciapan tersebut akhirnya telah pun dipadam oleh individu terbabit. Untuk rekod, Sharnaaz dan bekas isteri, Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada 30 Ogos 2018. Manakala, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 36, sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, pada 19 Mac tahun lalu. Sumber, MH