Tak semua dapat rezeki macam ni, terkejut bila Syatilla Melvin dedah susu badan melimpah ruah sampai nak derma dekat orang

Tak semua wanita mampu merasai nikmat ketika dalam fasa penyusuan bayi. Lebih-lebih lagi, buat para wanita yang baru bergelar ibu buat pertama kali. Fuhhh, penuh macam-macam cabaran yang timbul termasuklah kurang penghasilan susu.Ada yang terpaksa stop pemberian susu badan kepada si bayi, lebih singkat dari tempoh yang disarankan pakar perubatan. Sebelum para ibu baling bendera putih, sebenarnya ada cara yang para-para ibu boleh ikhtiar untuk tambah susu badan. Syatilla Melvin atau lebih mesra disapa sebagai Tilla, sedia maklum sudah selamat melahirkan anak ketiganya pada bulan lalu. Lebih menarik, rezeki kelahiran anak perempuannya kali ini Tilla dipilih sebagai Duta kepada produk.

Tilla mengungkapkan rasa sangat teruja apabila diberi peluang menjadi duta dan bekerjasama dengan produk milk booster ini, kerana dia sememangnya menggunakan produk berkenaan dari kelahiran anaknya yang kedua, Sarima Samheizy. Ketika ditemu bual semasa majlis Hi-Tea, pelakon wanita ini juga menyatakan hasrat untuk menderma stok susu badannya kepada bayi-bayi yang memerlukan. Termasuklah, golongan bayi yang tidak sah taraf ataupun berstatus yatim piatu. Dengan syarat, segala maklumat lengkap dan latar belakang mengenai bayi berkenaan haruslah dikongsi terlebih dahulu kepadanya. *boleh DM ke Instagram @samtilla. Haaaa, bukan senang tau nak dapatkan susu badan yang banyak, siap boleh agihkan lagi! Tahniah Syatilla…

Menerusi perkongsian founder sendiri, Hidayah Suhaimi ataupun Yaya Suhaimi menyatakan pada awalnya produk milk booster ini dihasilkan demi menyelesaikan masalah diri yang gagal menyusu anak pertamanya. Kos yang lebih terpaksa dikeluarkan untuk membeli susu formula tatkala situasi kewangan keluarga ketika itu agak meruncing. Belajar dari “kesilapan” lepas, setelah kelahiran anak kedua Yaya Suhaimi menanam niat untuk menyusu penuh anaknya itu. Tetap mengalami masalah kurang penghasilan susu, Yaya Suhaimi tidak segan mendapatkan nasihat dari jirannya yang berbangsa cina. Dia ketika itu disarankan untuk mencuba herba tradisional cina seperti kurma merah, longan dan goji beri. Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, usahanya ketika itu kini mampu menjadi bantuan kepada golongan ibu yang mengalami nasib yang serupa. Pengasas berusia 28 tahun ini juga, meluahkan hasrat untuk mengembangkan lagi produk rangkaian Nufiya dengan memasuki pasaran makanan baby demi memudahkan lagi urusan ibu-ibu di luar sana.

Exit mobile version