Umum memang kita kenali pelakon ini. Pelakon kongsi beberapa tips persediaan diri memasuki alam perkahwinan kepada peminat. Pelakon, Erya Hazali memberi peluang kepada orang ramai dan para peminatnya untuk bertanya soalan kepadanya menerusi send me anonymous messages! di Instagram Story selebriti ini. Pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina, 23, mendapat banyak soalan-soalan tentang kerjaya, kehidupan peribadi, anak-anak dan juga soal perkahwinan di media sosialnya.
Tips Persediaan Bina Mahligai
Menyentuh soal perkahwinan, pelakon ini mendapat soalan dari salah seorang peminatnya yang meminta tips dan nasihat untuk persiapkan diri sebelum memasuki alam rumah tangga tidak lama lagi. “Hi Eyra!! Saya minat awak dari dulu!! Kita beza setahun.. Saya nak tanya.. Apa yang kita kena sedia untuk kahwin.. Sebab saya tahun depan bulan 2 tarikh nikah, jadi agak gemuruh sikit kemudian bakal suami pula beza dengan dia 3 tahun. Em apa lagi yang saya kena buat untuk diri sendiri, sebab saya rasa macam saya tak sedia lagi nak masuk alam perkahwinan 🙂 Tolong bantu saya!!” Mesej peminat
Melihat soalan tersebut, Eyra berkongsi beberapa tips serta nasihat ringkas tetapi padat dengan informasi yang diperlukan untuk bakal pengantin membina mahligai yang bahagia bersama pasangan tercinta. “Hi awak. Terima kasih banyak. Banyak kena sedia sebab hidup dah berdua, nanti banyak benda kita rasa tak kena bila tak mula dari sekarang. Kena ingat komunikasi adalah kunci.
Bincangkan tentang kewangan dan komitmen. Suka dan tidak suka. Belajar untuk bersabar. Yang penting, ajak pasangan banyak belajar tentang agama.” Balas Eyra Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga bersama suami, Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol bola sepak pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) pada 1 November 2019. Pasangan sama padan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish berusia 3 tahun dan Muhammad Endra Haqimie berusia 2 bulan. Sumber, murai