Neelofa kecewa dengan dakwaan yang tidak tepat, Sekali ini yang dilakukan usahawan ini untuk membuktikan inai nunha sah solat

Memag tak asing lagi kita dengan wanita ini. Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa tampil memberi penjelasan susulan isu produk inai keluarannya, Innai Nunha yang sebelum ini diperkatakan susulan kekeliruan berkenaan isu mesra solat. Menjawab perkara tersebut, Neelofa atau atau nama sebenarya Noor Neelofa Mohd Nor, 33, berkata, dia lega apabila hal tersebut diperjelaskan melalui satu kerjasama kajian dengan pensyarah dari Fakulti Perikanan Dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozaini. “Saya sudah sedia maklum daripada awal bahawa material produk ini halal dan sah solat, namun masih timbul keraguan dalam kalangan netizen sekaligus ia menjadi viral.

Kata Neelofa lagi “Untuk saya buktikan (mesra solat) kepada orang di luar tak cukup dengan kata-kata semata. Jadi kami ikhtiar jalankan bekerjasama dengan pihak UMT bagi menjawab segala keraguan. “Alhamdulillah saya rasa syukur dan seronok apabila hasil kajian dilakukan sememangnya telah membuktikan bahawa inai ini telap air,” katanya.

Neelofa berkata demikian ketika Sidang Media Innai Nunha yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat. Isu berkaitan inai ini mulai timbul apabila warganet mempertikaikan status produk tersebut di media sosial, baru-baru ini. “Jujurnya bila isu ini timbul kami memang tak tidur malam memikirkannya. Rasa sedih, kecewa dan geram apabila ada dakwaan yang tidak tepat. “Tapi kami sedar sudah pasti ramai yang ramai risau, apatah lagi ia melibatkan soal agama dan sebagainya. Jadi inilah usaha untuk menjelaskan semua keraguan. “Apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perniagaan apabila ramai yang was-was untuk beli produk ini. Syukur, semuanya kini jelas,” ujarnya.

Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail optimis kajian yang dijalankan adalah jalan terbaik untuk meyakinkan orang ramai. “Kalau orang lain risau, kami lebih risau. Kerana sebagai perniaga dan menjual atas tiket agama. Tak mungkin kami tergamak menipu pengguna. Kami reda dengan dugaan ini dan Allah bagi perhatian lebih apabila semua orang ambil berat,” jelasnya. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Sumber, Media Hiburan.

Exit mobile version