Sama ada wanita atau lelaki, mereka mencuba baju berulang kali sebelum memberi komen tentang diri sendiri. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini meskipun ramai yang mementingkan kesempurnaan. Maka tidak hairanlah terdapat komen-komen neg4tif mengenai penampilan masing-masing termasuk fizikal mereka. Sama ada mereka kurang berkeyakinan mengenai diri sendiri, atau terlalu memikirkan apa tanggapan orang lain terhadap diri mereka. Dilaporkan, orang dewasa mengatakan lebih 1,000 kata-kata negatif mengenai penampilan mereka setiap tahun dengan kebanyakan komen tertumpu kepada rambut, kulit dan berat badan. Menurut satu kajian yang dilakukan terhadap 2,000 orang, satu daripada lima warga Britain (21 peratus) merupakan pengkritik besar mereka sendiri.
Segelintir mereka berfikir sama ada penampilan mereka membuat nampak lebih berusia.
Manakala yang lain mengkritik diri sendiri mengenai gigi, perut dan kaki mereka. Berikut adalah hasil tinjauan yang dilakukan oleh Tu Clothing. Wanita lebih berkemungkinan daripada lelaki untuk berkata atau berfikir perkara negatif tentang diri mereka. Mereka berbuat demikian empat kali sehari atau 1,460 kali setahun, manakala lelaki akan melakukannya tiga kali sehari atau 1,095 kali setahun. Orang dewasa mencuba lima pakaian sebelum merasakan diri mereka terlalu gemuk atau tua, tidak suka bahagian tangan atau kaki terdedah yang menjadi penyebab berasa tidak selesa.
Seorang dalam empat orang (26 peratus) menjadi lebih negatif tentang penampilan mereka apabila mereka semakin berusia. Hampir satu perempat daripada orang dewasa (23 peratus) secara umumnya berdepan dengan masalah untuk mencari pakaian yang dirasakan selesa. Ramai memilih warna hitam sebagai ‘selamat’ untuk dipakai. Ia diikuti biru dan kelabu. Hanya 19 peratus berasa selesa dengan oren, manakala 21 peratus gembira memakai kuning.
Memilih warna hitam sebagai ‘selamat’ dalam berpakaian.
Tinjauan turut mendapati wanita berasa kurang yakin memakai bikini (31 peratus) dan pakaian mandi (33 peratus). Bagi lelaki pula, mereka tidak mempunyai keyakinan untuk memakai seluar mandi atau swimming trunk (20 peratus) atau baju kemeja-T yang ketat (19 peratus). Sebanyak 23 peratus mengakui mereka terlalu mengambil berat mengenai apa yang orang lain fikirkan tentang diri mereka. Manakala 18 peratus juga takut berdepan dengan musim panas kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dipakai. Sementara itu, sebanyak 28 peratus mengatakan mereka terlalu tua untuk gaya tertentu, dan perasaan itu bermula pada usia 32 tahun bagi wanita dan 38 tahun buat lelaki.
Antara mereka mengambil masa untuk membuat pilihan.
Pengarah produk Tu Clothing, Emma Benjafield berkata, dia benar-benar tidak sabar untuk memanfaatkan musim panas ini, dan tiada masa yang lebih baik untuk menghargai tubuh masing-masing menerusi pilihan warna, corak dan rekaan. “Kami mahu menggalakkan orang ramai daripada semua peringkat umur untuk berseronok dengan berpakaian, tidak takut memakai apa yang mereka mahu atau bimbang tentang pendapat orang lain. “Hasilnya menunjukkan orang ramai menganggap mereka ‘terlalu tua’ untuk pakaian tertentu, tetapi kami mahu mengubah mitos ini. “Setiap orang harus memakai apa yang mereka mahu, bagaimana mereka mahu dan bila mereka mahu. Fesyen sepatutnya menyeronokkan dan membuatkan anda selesa,” katanya. Sumber, mstar