Tak perlu merakam lagu yang terlalu berlebihan, Ini pesanan Hazama pada penyanyi baru

Siapa tak kenal dengan penyanyi ini. Penyanyi Hazama berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi tidak merakam lagu baharu yang akan memakan diri hingga mengakibatkan kesukaran untuk menyanyikan secara langsung. Hazama berkata, setiap kali menjalani proses rakaman lagu baharu dia seboleh mungkin membawakan lagu itu secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan. “Setiap kali proses rakaman lagu baharu saya tidak akan keluarkan segala kelebihan yang ada atau beria-ria kerana saya akan ‘simpan’ untuk persembahan secara langsung.

Katanya lagi “Bagi saya, cara itu adalah yang terbaik kerana proses rakaman seeloknya dilakukan secara sederhana dan tiada penambahan lain supaya pendengar lebih jelas dengan lagu yang ingin dibawakan. “Bayangkan kalau semasa rakaman sudah berikan yang terbaik, bimbang nanti masa persembahan secara langsung kita tidak dapat berikan persembahan sama seperti sesi rakaman kerana sistem bunyi yang ada tidak sama,” katanya.

Menurut Hazama, dia mengaku pernah memiliki lagu yang bernada tinggi sehingga menyukarkannya untuk menyanyikan secara langsung. “Saya pernah ada lagu-lagu yang saya takut dan menyesal untuk menyanyikan kerana lagu terbabit bernada tinggi. “Ini berpunca daripada proses rakaman. Jadi saya banyak belajar daripada pengalaman dan tidak mengulangi pada lagu-lagu yang saya bawakan sekarang,” katanya. Sumber, harian metro

Exit mobile version