Tak tahan rumah bahang ketika cuaca panas, Ketahui tips membuatkan rumah anda menjadi dingin

Memang tak asing lagi kita dengan rasa bahang di dalam rumah ketika cuaca panas. Ketika negara berdepan cuaca panas, rumah mula berasa bahang sama pada waktu siang mahupun malam. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah, negara sedang berada dalam musim Monsun Barat Daya dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September depan. Jelas beliau, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak daripada bilangan hari hujan.

Cuaca panas mengundang rasa tidak selesa berada di dalam rumah, sekali gus membuatkan banyak aktiviti terganggu. Namun, anda boleh membuatkan rumah sejuk meskipun dalam cuaca panas, sekurang-kurangnya sedikit nyaman dengan mengamalkan cara ini:

Kipas

Pasang kipas siling kerana pergerakan udara membuatkan ruang lebih sejuk. Dengan pemasangan kipas siling, pergerakan udara akan membantu anda berasa lebih dingin. Langsir, tutup langsir sekiranya tingkap di rumah anda menerima sinaran matahari secara terus sepanjang hari. Jika cuaca panas terik, eloklah menutup langsir pada waktu siang.

Pelekat tahan panas

Dengan kira-kira 30 peratus daripada haba memasuki rumah melalui tingkap, satu cara yang cepat dan mudah untuk memastikan rumah berasa sejuk adalah dengan menggunakan pelekat filem tingkap yang mengurangkan haba untuk mengawal suhu. Pelekat filem ini juga boleh berfungsi secara terbalik, dengan mengekalkan lebih banyak udara hangat di dalam rumah ketika cuaca sejuk.

Tanam pokok di laman rumah

Pokok

Tanam pokok di sekeliling rumah boleh membantu menghalang haba terus meresap masuk menerusi tingkap dan bumbung. Tapi idea ini hanya sesuai untuk kediaman atas tanah yang mempunyai laman rumah untuk tanaman pokok.

Tingkap

Kebiasaannya cuaca waktu malam adalah lebih berangin, jadi gunakan peluang ini dengan membuka tingkap. Selain dapat menghirup angin sejuk, ia sekali gus membolehkan tidur anda lebih lena. Udara yang lebih sejuk akan berada sepanjang malam, membolehkan anda memulakan hari dengan segar di dalam rumah yang sejuk pada waktu pagi.

Pintu bilik

Biarkan pintu bilik tidur terbuka, terutama jika anda tidak mempunyai ruang tamu berkonsep terbuka. Langkah mudah ini penting untuk memastikan rumah anda sejuk. Pintu terbuka membolehkan udara bergerak secara bebas, menghilangkan titik panas dan mengawal suhu di dalam rumah.

Penyaman udara mudah alih

Penyaman udara mudah alih merupakan penyelesaian terbaik untuk menyejukkan ruang kediaman yang paling kerap digunakan. Oleh kerana ia boleh dialihkan dengan mudah dari bilik ke bilik, anda akan menikmati udara sejuk di mana-mana sahaja yang anda perlukan. Sumber, mstar

Exit mobile version